🌷 ERS ¦ Han River

108 20 3
                                    

Eric Sohn;
Readers as Kwon Eunha;

Eric Sohn;Readers as Kwon Eunha;

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

▼▼▼

"Saya tak cintakan awak pun"

Ayat tersebut membuatkan Eunha ketawa sinis. Terasa begitu bodoh kerana ditipu lelaki yang sudah lama dia cintai

"Tak guna" Sebut Eunha perlahan

"Sebabkan kaulah aku berjalan dekat sini. Kau pun bodoh nak melayan perasaan. Banyak lagi jambatan pendek kau boleh pergi" Bebel Eunha pada diri sendiri

Konon hendak mengambil angin sambil berjalan di jambatan sungai Han. Sudahnya, menyesal kerana jambatan ini terlalu panjang dan terasa agak jauh untuk sampai ke seberang

Angin malam yang bertiup menyebabkan Eunha kesejukan lalu menarik hood kepala. Tangan diseluk kedalam poket sambil menggengam pek pemanas

"Ahh nak balikk" Sebut Eunha berhenti di penghadang jambatan

Telefon diambil tergesa gesa untuk memanggil grab car

Entah dimana silapnya, telefon Eunha tergelongsor daripada tangan

Nasib malang terkena pada Eunha, tanpa sengaja, Eunha menyepak telefonnya semasa dia hendak mengutip semula telefon yang jatuh

"Andwae!!!" Eunha hanya mampu menjerit melihat telefonnya tersepak jatuh daripada penghadang

Telefon yang dihadiahkan oleh Puan Kwon melayang jatuh hingga termasuk ke dalam sungai Han yang sedang mengalir deras

"Iphone 12 aku! Ahhhhhh!!!" Kepala dicengkam sambil menghentak kepala pada penghadang jambatan dengan perlahan

Kemudian, Eunha kembali berdiri terjungkit melihat aliran sungai di bawah. Memastikan di mana tempat ia terjatuh

"Ish tak nampak!" Marahnya sendiri sambil mengeluarkan separuh daripada badan pada penghadang

"Andwaeyeo! Kwon Eunha ah!"

Namanya tiba tiba dilaung seseorang. Wajah cuak Eric menghiasi kornea mata Eunha. Lelaki itu berlari cemas kearah Eunha lalu menarik gadis itu jauh daripada jambatan

"Eric--"

Tubuh Eunha ditarik ke dalam dakapan erat Eric. Disebabkan keliru, Eunha hanya membalas pelukan sambil merehatkan dagu pada bahu lebar Eric

"Aku tahu kau kecewa sebab kena tipu, tapi tu bukannya alasan untuk kau bunuh diri. Kau kena moveon dan percaya yang ramai lagi sayang kau Eunha ah..." Pujuk Eric mengusap perlahan belakang badan Eunha

Kata kata Eric yang agak mengarut sedikit sebanyak membuatkan Eunha sebak

"A-ada orang sayang dekat aku?" Eric mengangguk

"Kalau kau pergi, percayalah. Hidup aku takkan sama macam dulu. Tolong jangan tinggalkan aku. Aku sayang kau" Luah Eric penuh ikhlas

Eunha mengangguk perlahan. Buat kali pertama dia merasakan hidupnya dihargai oleh seseorang. Terima kasih untuk kekeliruan yang terjadi, akhirnya Eunha tahu isi hati seketul Eric Sohn

"Gumawo... Eric ah... aku nak balik" Eunha meleraikan pelukan Eric lalu mengelap air mata yang mengalir di pipi

"Jom? Aku bawa kau pergi makan dulu. Lepas tu aku hantar kau balik" Bahu Eunha dirangkul membawa dia jauh daripada jambatan

"Lepas ni, kalau kau perlukan seseorang untuk luahkan perasaan terpendam kau, call aku. Kau ada save nombor aku, kan?"

"Tak boleh... Telefon aku dah terjatuh daripada jambatan" Jari telunjuk Eunha yang runcing menunjuk tepat kearah sungai Han

Serta merta langkah Eric terhenti buatkan Eunha terhenti sekali

"Telefon kau jatuh?" Eunha mengangguk

"Eo. Aku nak tengok dekat mana phone aku jatuh, tiba tiba kau tarik aku ke belakang" Mata Eric sedikit terbuka memandang Eunha tidak percaya

"K-kau bukan nak terjun--" Perut Eric disiku Eunha

"Micheoseo? Aku dahla gayat. Takkanlah aku nak bunuh diri dekat sini? Lagipun, aku ni tak sebodoh tu nak kecewa dan bunuh diri"

Wajah Eric berona merah mendengar penerangan Eunha. Buat malu sahaja dia memeluk Eunha ditengah jambatan tadi. Pakej meluahkan perasaan pula tu

"O-ouh..." Tawa kecil terhambur daripada Eunha

"Takpela Eric. Sekurang kurangnya aku tahu ada orang sudi nak sayang aku" Eric bertambah malu

"Eric kau blushing eh?" Tali hoodie ditarik menyorokkan wajah sambil berjalan laju meninggalkan Eunha dibelakang sedang sakan mentertawakan dirinya

"HAHAHAHA! Eric Sohn!" Cepat cepat Eunha mengejar langkah Eric hingga mereka berjalan seiring

"Eric kau sayang aku, kan?" Lengan Eric dipeluk sambil memandang wajah di dalam hoodie yang sedang tersenyum malu

"Sanggup tak kau belikan phone baru untuk aku?" Gurau Eunha

"Boleh. Sebelum ni kau pakai iphone 12 kan? Aku belikan iphone 13 pro terus"

"Mwo?! A-aku gurau je"

"Aku tak main main. Cause money just money. I'll spend it on you"

▲▲▲

🍁: Taklah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

🍁: Taklah. Mana ada saya rindu Eric Sohn 😌 Saya rindu dia banyak
sikit je🤏🏻

𝐇𝐨𝐦𝐞;ᴼⁿᵉˢʰᵒᵗ Where stories live. Discover now