Kim Younghoon;
Readers as Minju;▼▼▼
"Uncooked!"
Thang!
Terjungkit bahu aku mendengar bunyi garpu di baling kedalam pinggan kaca gara gara daging yang mentah di dalam tidak cukup masak
Takut takut aku mengintai Head-chef yang masih berdiri di hadapan chef pertama. Sedang menilai masakan dia. Dalam hati aku sudah berdoa banyak banyak agar lelaki tinggi lampai itu berlembut sikit bila menilai masakan aku
Aku di giliran terakhir. Kalau dah orang pertama dah kena campak garpu, turn aku pulak risau dia baling terus meja
Sekarang, Head Chef iaitu Kim Younghoon merangkap pemilik restoran ternama ini sedang mengadakan penilaian masakan. Kami diberi tugas untuk menghidangkan makanan daripada stesen masing masing. Aku, di bahagian dessert. Sebab itu aku di giliran terakhir
Kim Younghoon, lelaki yang digeruni setiap staff. Sudahlah garang, cerewet pula tu
"Rubbish! Kau nak hidang makanan atau sampah dekat pelanggan ni?!"
"Steak ni medium rare kan aku mintak tadi?"
"Y-yes chef"
"Kau masa masak main phone ke apa?! Ni dah jadi well! Dengan sos comot macam ni! Selama ni, kau hidangkan sampah dekat pelanggan aku ke apa?!"
"S-sorry chef, saya akan perbaiki balik--"
"Tak payah! Aku nak kau berhenti! Buat semak je dalam dapur aku! Pergi balik!"
"Did I ask you to cook a rotten lizard?"
"N-no chef"
"Then what the fck is this?! Kalau aku bagi kau makan pun, kau sanggup ke nak makan?! Get out from my kitchen! NOW!"
Setelah mendengar beberapa makian, akhirnya sampai ke bahagian aku. Mata aku terkatup rapat. Jantung aku sedang berdegup kencang bagaikan mahu terkeluar badan dah ni
Beberapa kali aku mengambil nafas untuk buat aku tenang
Bila aku terdengar bunyi telapak kasut mahal dia berdiri di hadapan aku, mata automatik terbuka
Wajah garang Younghoon menjadi santapan mata sebelum pandangan aku teralih ke tepi
Kosong! Cuma tinggal aku dan Younghoon sahaja di dewan VIP ini. Makin dada terasa sempit. Walaupun tempat ini dah pasang aircond, aku masih rasa panas dan berpeluh
YOU ARE READING
𝐇𝐨𝐦𝐞;ᴼⁿᵉˢʰᵒᵗ
FanfictionThe Boyz Oneshot Series 2 cuz why not? Ehe <3 ?Cringe Alert? Selamat membaca❤️ Started: January 14, 2022 Ended: