Lee Sangyeon;
Readers as Ahn Soojin;▼▼▼
"Model awak dah bersedia? Saya nak mulakan photoshoot"
Sangyeon mengangguk perlahan sambil meneliti hiasan ruang photoshoot yang akan digunakan dalam majalah client dia
Dia seorang pengurus syarikat permodelan. Manakala aku, seorang photographer professional. Syarikat Sangyeon bayar aku jadi photographer syarikat dia. Sebab aku tunang dia
And of course... Aku tak kurangkan harga ◠‿◠
"Okay ke setting?" Soal aku
"Lawa. Pandai awak buat" Sangyeon mengukir senyuman pada aku
Sengihan nampak gigi aku hadiahkan pada dia
"Bukan sayalah awak. Kalau saya yang buat, daripada tema flower, boleh jadi tema hutan amazon" Tawa maskulin Sangyeon terhambur kecil. Terhibur dengan fakta yang aku katakan
"Mestilah bukan awak yang buat. Saya saja je sindir" Aku mencebik
Beberapa ketika kemudian, pintu studio terbuka lalu dijejak beberapa orang lelaki berbadan tegap yang tidak berbaju
Terus terbutang mata aku melihat mereka. Terkejut, terkedu, terkesima dan kejung. Mata aku seakan akan dicuci oleh tubuh tidak berbaju mereka. Jelas otot otot yang timbul
Selang beberapa saat, wajah aku terus memerah
Serentak itu, wajah aku ditekup lalu dipusingkan kearah lain
Mata aku menyapa wajah berkerut Sangyeon
"I-ini... Photoshoot untuk perfume atau majalah lucah---"
"Ahn Soojin. Fokus. Jangan pandang diorang lama lama" Ujarnya
"Kalau saya tak pandang macam mana saya nak buat kerja? Tapi tengoklah tu" Tangan Sangyeon aku tolak kemudian menunding jari kearah lelaki lelaki tadi yang sedang bersolek
"Jelas lagi nyata abs diorang. Fuhh!"
"Fuh??!!" Suara Sangyeon naik seoktaf. Tangan dia sudah mula bercekak pinggang dengan mata tajam memandang aku sedikit tunduk
Disebabkan tubuh aku agak kecil, aku terpaksa mendongak. Bermakna aku kelihatan lemah di bawah pandangan Sangyeon. Dia sedang mendominasi aku. Dan semestinya berjaya. Jantung aku kalau boleh hendak meletup sekarang. Sudahlah kedudukan kami agak dekat sekarang ni
YOU ARE READING
𝐇𝐨𝐦𝐞;ᴼⁿᵉˢʰᵒᵗ
FanfictionThe Boyz Oneshot Series 2 cuz why not? Ehe <3 ?Cringe Alert? Selamat membaca❤️ Started: January 14, 2022 Ended: