🌷 LJH ¦ Crown Prince

65 13 1
                                    

Lee Jaehyun;
Readers as Soori;

Lee Jaehyun;Readers as Soori;

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

▼▼▼

📍Dinasti Joseon;

"Jaehyun daegun, 5 wanita bangsawan ini adalah calon-calon yang melepasi setiap peringkat ujian diraja untuk menjadi bakal permaisuri tuanku"

Putera Mahkota Jaehyun, si teruna diraja yang bakal ditabalkan menjadi sang raja untuk negara Joseon. Terpaksa dan dipaksa untuk berkahwin dengan mana mana wanita bangsawan yang melepasi ujian diraja memandangkan Jaehyun tidak mempunyai calon sendiri

Jaehyun mengambil selangkah ke hadapan. Keluhan halus dihembus perlahan sambil mata menatap satu persatu wajah jelita wanita wanita tersebut yang sedang bersenyum manis

Namun Jaehyun lebih tertarik pada seseorang. Soori. Pembantu setia putera mahkota itu. Merupakan anak kelahiran bangsawan yang dilantik dan dipilih oleh permaisuri sebagai pembantu setia Jaehyun. Mereka sudah berkenalan sejak sedekad dahulu. Kawan akrab si putera mahkota ketika kecil

"Kau lambat" Ujar Jaehyun pada Soori mendatar. Tersengih lebar Soori apabila tertangkap oleh Jaehyun

"Maaf. Terlajak tidur. Hehe" Soori kemudian berdiri di sebelah Jaehyun. Berpakai seragam Hanbok biru gelap dengan solekan natural pada wajah. Cantik. Perangai? Satu istana boleh terpusing kepala

"Ahem! Lima orang. Tak mungkin seorang pun tuanku tak terpikat?" Soori bertanya. Jaehyun sekadar mengjungkitkan bahu tanda tidak tahu

"Tak kenal"

"Biar saya kenalkan" Jawab Soori selamba sebelum menarik tangan Jaehyun ke arah mereka. Terbeliak mata mata pembantu istana yang melihat. Tingkah laku Soori amat selamba menarik tangan Jaehyun. Sudah biasa. Jaehyun langsung tidak melenting

"Lee Areum aggashi. Pandai memanah. Rajin belajar. Pandai uruskan bayi. Pandai menjahit" Miya memperkenalkan bermula daripada yang paling kanan

Kemudian, bergerak ke seterusnya

"Kim Soojin aggashi. Anak kepada menteri perang. Peramah. Manis. Lemah lembut. Suka membaca buku"

"Choi Haneul aggashi. Anak kepada bangsawan Choi. Pandai memasak. Tahu menunggang kuda. Cemerlang akademik. Tapi tak suka budak budak" Jaehyun mencebik. Reject!

"Ahn Yoori. Reti bercakap 3 bahasa. Suka meneroka dalam dan luar negara. Graduan daripada sekolah tertinggi Joseon. Pelajar cemerlang. Pandai menembak"

Tangan Jaehyun masih digenggam kemas. Mengheret jejaka itu mengikut jejaknya

"Dan Moon Chaerin. Anak kacukan negara Inggeris. Bapanya merupakan penasihat permaisuri. Manis dengan senyuman. Lemah lembut. Pandai melayan kanak kanak. Pandai memasak." Terang Soori satu persatu

Kesemua gadis itu tersipu malu bila berdiri dekat dengan Putera Jaehyun. Namun, Jaehyun. Biasa. Tiada perasaan

"Jadi?" Soal Soori. Jaehyun sekadar diam. Memikirkan sesuatu sambil menatap wajah manis Soori

Alis mata gadis itu sungguh sempurna. Dengan sepasang mata yang cukup indah. Setiap kali Soori tersenyum, pasti mata bulatnya akan tertutup membuatkan Soori terlihat lebih comel. Lesung pipit yang dalam gadis itu dan bentuk bibir Soori yang munggil itu

Bila difikirkan semula, hanya Soori sahaja yang memahami dirinya lebih daripada dirinya sendiri. Soori dan Jaehyun sudah lama. berkawan

"Kalau yang ini?" Jaehyun menunding ke arah Soori. Bergurau. Soori tergelak kecil.

"Oh yang ini! Kuat makan, kuat main, tapi cantik dan comel! Suka haiwan, suka buat orang keliling runsing, tapi baik hati. Pandai pujuk orang kalau merajuk" Soori membalas. Mengagak bahawa tuanku hanya bertanya sebagai gurauan

"Hm. Bujang?" Soori mengangguk

"Aku nak kau. Jadi permaisuri aku"

"HAH?!" Terbeliak mata Soori mendengar. Tiba tiba otak tidak mampu berfungsi. Calon calon tadi juga terkejut dan terkelu. Begitu juga dengan orang suruhan di keliling

Jaehyun sekadar tersenyum senget. Terhibur dengan reaksi mereka. Lebih lagi Soori

"Soori, dengar betul betul apa yang aku nak cakap" Soori mengangguk

"Sedia?"

"Sedia..."

"Bulan hadapan..."

"B-bulan hadapan?"

"Kita kahwin"

"K-Kita kahwin?!
Gila!"

"Aku tergilakan orang gila macam kau.
Jadi permaisuri aku, Soori"

▲▲▲

🍂; MAAF LA BOSANN

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

🍂; MAAF LA BOSANN

𝐇𝐨𝐦𝐞;ᴼⁿᵉˢʰᵒᵗ Where stories live. Discover now