Lee Juyeon;
Readers as Kim Soohyun;▼▼▼
"Manager-nim gwenchanayeo~ Kami dah tahu lama dahh~"
"Mhmm~ Saja je kami sebut nama Juyeon sunbae tadi"
"Juyeon pun, kitorang dah baca chat kau dekat archived numbers"
"Itulah, siapa suruh sengih sengih masa balas chat? Kan dah kantoi?"
"Kami janji, rahsia ni, kami je yang tahu!"
"Setuju!"
Selepas kejadian beberapa minggu lalu, akhirnya kami kembali sebagai pasangan semula
Atas desakan Juyeon. Dia gunakan muka comel dia untuk pujuk aku. Dan hasilnya menjadi. Tch... taguna... Tak sangka aku boleh kalah semudah itu
Sekarang aku bersama Fromis_9 di sebuah gelanggang bola keranjang untuk sesi latihan di MAMA. Perlukan kawasan luas untuk ukur sekali keluasan pentas nanti
Bilik praktis mereka tak besar. Jadi terpaksa sewa untuk 3 jam. Ramai lagi artis yang akan gunakan tempat ini
Dan sesi Fromis_9 hanya tinggal 1 jam sahaja lagi
Aku sedang sibuk menanda jadual. Hingga tiba tiba ada seseorang duduk di samping aku
Daripada anak mata, aku yakin dia staff Fromis_9. Jadi aku tak berapa hendak ambil peduli sangat. Mungkin dia bosan tak tahu hendak buat apa. Jadi dia duduk di sebelah aku
"Ehem.. Sibuknya manager sorang ni" Bahu aku menjadi tempat dia rehatkan kepala
Meluas mata aku selepas mengecam suara itu
"Juyeon awak buat apa dekat sini?" Bisik aku selepas memakai mask
"Datang untuk praktislah~ Giliran kami lepas Fromis_9. Tak baca jadual?" Sindir dia lalu ketawa kecil
Aku toleh memandang dia
Lengkap memakai penutup muka dan juga topi baseball. Dia naikkan hood kepala membuatkan 100% wajahnya tidak kelihatan
Tubuh disarungkan dengan jaket padding yang hampir sama dengan semua staff yang ada. Patutlah aku ingatkan staff tadi
Sah dia tengah buat undercover mission
"Awak ni... Kalau orang sedar macam mana?"
"Soohyun, janganlah overthinking sangat. Tak ada apa akan jadi. Jangan risau okay? Tak ada fansite pun dekat dalam tempat ni. Kawasan larangan kut. Diorang takkan masuk" Bebel Juyeon dengan nada sedikit marah
YOU ARE READING
𝐇𝐨𝐦𝐞;ᴼⁿᵉˢʰᵒᵗ
FanfictionThe Boyz Oneshot Series 2 cuz why not? Ehe <3 ?Cringe Alert? Selamat membaca❤️ Started: January 14, 2022 Ended: