🎁 JCM ¦ Birthday Twin

94 12 2
                                    

Ji Changmin;
Readers as Ahn Hyejin;

Ji Changmin;Readers as Ahn Hyejin;

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

▼▼▼

"Dia ni lagi..."

Daripada tadi aku termenung ke luar tingkap. Cuaca harini tersangatlah indah dengan gumpalan awan yang tak ubah seperti kapas

Bila secara tiba tiba ada seseorang menganggu pandangan aku

Siapa lagi kalau bukan Ji Changmin? Lelaki yang tinggal di rumah bersebelahan aku

Setiap hari aku nampak dia buatkan aku menyampah

Setiap hari aku nampak dia senyum

Reaksi comel dia bila ada anak anjing ataupun kucing tersesat di hadapan rumah dia...

"Eo! Annyeong chingu! Awak sesat ke? Omo omo omo comelnya diaaaaa!!!"

Bunyi aneh yang keluar daripada mulut dia semasa menggomol binatang berbulu lebat tu. Tersangat sangat comel

Buat aku rasa macam nak gomol dia pun ada

Lepas tu, setiap kali dia balik ke rumah mesti dia lambai kawan kawan dia, Chanhee

Tak lambai, mesti gaduh dulu depan pagar

"Woi! Aku dah lambai kau, lambailah aku balik!"

"Taknak"

"Choi Chanhee. Esok kita ada exam. Kau nak jawab exam dalam dewan ataupun dekat hospital?"

"Aigoo changminie~ Annyeong chinguyaaa! Esok kita jalan pergi sekolah sama sama tau? Bye byeeee!"

"Nae annyeong~~"

Sampai bertukar mood Chanhee sebab takut akan ugutan Changmin dengan wajah seram dia

Aku yang jadi pemerhati hanya terhibur. Changmin terlalu comel bila dia ugut orang

Bukan setakat itu je buat aku menyampah dengan dia dan berharap supaya dia pindah rumah

Setiap kali aku secara tak sengaja berselisih dengan Changmin, dia mesti senyum dekat aku

Senyum sampai ternampak dimple dia yang manis tu. Menyampah gila bila aku cair dengan senyuman dia tu

Haih!

"Hai Hyejin! Kenapa kau pakai baju sukan hari ni?"

"Sebab hari ni aku ada pertandingan netball"

"Ouh ye ke? Aku datang support kau boleh?"

"E-er... bukan kau ada exam harini?"

"Ah... hm... tak apalah... Hyejinie hwaiting! Team kau mesti boleh menang punya! Kau kan hebat?"

"Thanks Changmin"

Dan seharian aku senyum sorang sorang lepas dia ucap selamat dekat aku. Aku benci gila haritu bila difikir fikirkan balik. Senyum senyum sebab dia sampai orang fikir aku ni mental

Aku nak report boleh tak? Sebab jiran sebelah aku ni buat jiwa aku tak tenteram. Semakkan kepala aku je. mengganggu segala fokus aku

"Ahn Hyejin!"

"Haih... tengok tu?" Gumam aku sambil memandang ke bawah melihat Changmin sedang melambai daripada bawah dengan senyuman paling comel di dunia.

Aku buka tingkap. Mudah aku nak halau dia daripada ganggu hidup aku

"Kau nak apa?"

"Marah lagi ke? Sorry lah... Aku bukannya lupa birthday kau sama dengan aku. Cuma tak ingat"

"Tch... lelaki. Semua benda tak ingat. Dalam otak kau tu semak dengan perempuan lain je kan?" Changmin juihkan bibir bawah lalu menggeleng kepala

Halah halah anak orang niii. Comel betul! Betul betul aku report dengan pejabat majlis perbandaran karang!

"Aku minta maaf... Jomlah turun. Kita lepak lepak. Ni aku ada bawakkan kek. Kita celebrate birthday kita sama sama"

"Taknak aku celebrate dengan kau. Pergilah celebrate sorang sorang"

Makin muncung bibir Changmin

Kali ini dia melutut pula

Aduh. Ni kalau jiran lain nampak ni

"Y-yah! Bangunlah!"

"Janganlah merajuk lama lama. Sumpah dalam otak aku tak ada sesiapa selain kau"

"Habis tu macam mana boleh tak ingat birthday aku sama dengan kau?"

"Sebab aku sendiri lupa birthday aku harini" Aku terdiam

Dia terdiam. Dua dua terdiam. Cuma bunyi burung gagak sahaja terdengar sekarang ni

Jawapan yang sungguh boleh dipercayai

"Nak aku turun?" Changmin mengangguk

"Kalau aku lompat je boleh? Aku malas la nak berjalan" Aku tengok ke bawah melihat jarang tanah dan tempat aku berdiri

Tinggi jugak. Ni kalau lompat, kaki patah woo

"Mati pulak kesayangan aku nanti. Aku nak celebrate birthday dengan siapa lepas ni? Open party dekat kubur kau?" Aku tersengih dengan jenaka kasar dia tu

"Iya ke sayang?"

"Iyaaa sayanggg!"

"Kalau sayang, sambut aku daripada atas"

Changmin pandang aku dengan wajah mendatar. Mata dia yang sentiasa bulat itu terus jadi sedikit tirus

Okay dia maroh

"Lompatlah. Aku sambut kau dari sini"

"Eish dia ni! tak sweet!"

▼▼▼

🍁;Happy birthday changminssss

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

🍁;Happy birthday changminssss. sorry cerita dia tergantung. oh

𝐇𝐨𝐦𝐞;ᴼⁿᵉˢʰᵒᵗ Where stories live. Discover now