Lee Jaehyun;
Readers as Lee Jihyun;▼▼▼
"Kesan daripada hentakan yang kuat pada belakang kepala Lee Jihyun telah menyebabkan kedua dua mata Jihyun gagal berfungsi. Maaf. Kami sudah cuba sedaya upaya kami"
Ayat daripada doktor yang merawat Jihyun beberapa minggu lepas berulang sekali lagi. Ini bukan kali pertama. Bahkan, ayat tersebut mulai menghantui dirinya hingga tidak dapat tidur malam mengenangkan nasib malang yang menimpa si adik iaitu Lee Jihyun
Buat sekian kali air mata bertakung pada kelopak mata. Sebelum ia mengalir, Hyunjae terlebih dahulu menyeka air mata lalu mengukirkan sebuah senyuman palsu
Tok tok tok
"Jihyunie. aku ada beli makanan untuk kau" Ujar Hyunjae dari luar pintu bilik Jihyun
Namun, tiada sahutan. Seperti hari hari biasa
"Aku masuk eh?" Hyunjae mengira beberapa saat di dalam hati sebelum menggagahkan diri untuk memulas tombol pintu bilik
Buka saja pintu, langsung tiada sumber pencahayaan. Bilik Jihyun begitu gelap dan sejuk disebab aircond yang dipasang bersuhu paling rendah tambahan lagi cuaca yang sedang bersalji
Hyunjae meraba dinding mencari suis lampu
Plak!
"Keluar..." Halau Jihyun yang sedang berselimut diatas katil
"Aku belikan makanan untuk kau--"
"Jihyun tak lapar. Keluar" Ayat Hyunjae dicantas begitu saja dengan nada dingin
"Jangan macam tu. Dah 2 hari kau tak makan apa apa. Nanti sakit, kan susah?"
"Buat apa hidup kalau boleh mati?" Hyunjae menarik nafas dalam. Cuba mengumpul kesabaran untuk memahami nasib adiknya
Dia menghampiri katil Jihyun
Selimut direntap sekaligus memaparkan gadis yang sedang kemurungan meratapi nasib
"Jihyun bangun" Tegas Hyunjae
"Shireo... Biar Hyun mati dalam bilik ni. Takde guna Hyun hidup lagi dah" Suara Jihyun mula bergetar
Sebak Hyunjae mendengar ayat adiknya itu
"Jangan cakap macam tu boleh? Dah, sekarang bangun dan makan. Jangan asyik terkurung dalam bilik je"
"Jadi Hyun nak buat apa?! Oppa faham tak Hyun dah buta?! Hyun dah tak boleh nampak apa apa! Kosong! Hidup Hyun dah musnah! Takde harapan lagi untuk Hyun teruskan hidup! Baik Hyun mati jelah!" Semua barang yang ada berdekatan Jihyun dilempar tanpa arah tuju sambil menangis
Secepat mungkin Hyunjae menghentikan balingan Jihyun. Kedua belah tangan Jihyun digenggam erat lalu menarik gadis itu ke dalam dakapannya
Wajah Jihyun tersembam pada bahu Hyunjae. Manakala Hyunjae perlahan lahan menepuk belakang badan Jihyun cuba menenangkan Jihyun
"Aku tahu susah untuk kau terima takdir. Tapi apa apa pun, hidup mesti diteruskan. Apa gunanya aku sebagai abang kalau tak mampu nak jaga kau?" Jihyun menggeleng kepala lalu membalas pelukan Hyunjae dengan erat
"H-hyun dah tak boleh nampak apa apa... hiks Hyun takut nak hidup. M-musseoweo" Luluh jantung Hyunjae mendengar luahan Jihyun yang begitu ketakutan
Air mata tidak mampu bertahan dibiarkan mengalir sambil mengusap rambut Jihyun dengan lembut
"Gwenchana... Aku akan jaga kau. Tolong jangan mintak mati lagi. Aku tak boleh terima kehilangan kau kalau kau mati. J-jaebalyeo..." Rayu Hyunjae dengan suara bergetar
Ini kali pertama Jihyun mendengar nada bergetar Hyunjae. Bukan mudah untuk Hyunjae mengalirkan air mata. Apatah lagi merayu pada Jihyun
" A-arraso... oppa, maafkan Jihyun sebab terpaksa menyusahkan hidup oppa" Hyunjae meleraikan pelukan lalu mengesat air mata Jihyun
"Tak, kau tak menyusahkan aku. Kau kan dongsaeng aku yang paling aku sayang? Dah jangan menangis. Buruk" Kutuk Hyunjae sambil mengelap air mata sendiri lepas mengesat air mata Jihyun
"Laparkan? Aku ada beli makanan kegemaran kau. Jom" Hyunjae bangun daripada katil membantu Jihyun untuk berdiri
Selepas itu, Hyunjae melilitkan tangan pada lengan Jihyun supaya mudah untuk membawa Jihyun berjalan
"Mulai hari ini, aku akan sentiasa ada dengan kau, dongsaengie"
▲▲▲
🍁: Get well soon, my annoying bias wrecker 😊
YOU ARE READING
𝐇𝐨𝐦𝐞;ᴼⁿᵉˢʰᵒᵗ
FanfictionThe Boyz Oneshot Series 2 cuz why not? Ehe <3 ?Cringe Alert? Selamat membaca❤️ Started: January 14, 2022 Ended: