🚨Trigger Warning - Murder
Jacob Bae;
Readers as Yuri;▼▼▼
"Aku... aku nak mati"
"Tolonglah... tolong... tolong, aku nak mati"
Suara rintihan itu, bersilih ganti dengan esakan kecil. Tangisan yang bergema di seluruh ruang, hanya dibalas dengan kesunyian. Berbeza dengan keadaan bilik Yuri dan di luar pintu itu
Parti. Keluarganya sendiri. Terus menghiraukan kesakitan darah daging mereka sendiri. Dapat dia melihat lampu berwarna warni daripada ruang di bawah pintu dan lagu yang amat kuat
Yuri di gari di dalam bilik. Tangan kiri dan kanan tergari elok pada dinding. Duduk terjelopok sambil teresak. Menahan peritnya luka pada pergelangan tangan dan lenguh pada lengan yang menahan. Sudah seharian tubuhnya tergari begitu. Hampir 4 hari tidak diberi makan atau minum
Bilik yang sepatutnya menjadi ruang tidur dan rehat, bertukar menjadi ruang penyeksaan baginya. Sementara keluarga Yuri, berpesta dengan saudara terdekat. Bagaikan meraikan penyeksaan gadis itu
Semuanya kerana Yuri telah mengandung. Dirinya dirogol beberapa bulan sebelumnya. Walaupun Yuri cuba meminta pertolongan mereka, mereka sekadar memandang Yuri dengan pandangan jijik
"Aku... aku tak kuat... tolonglah. Tuhan, kau ambil saja nyawa aku..." Rintih Yuri seraya menangis. Tubuhnya sungguh lemah. Dengan darah mengalir daripada luka di pergelangan tangan. Mengalir ke bahu
Terasa bunyi berdesing menerpa telinga. Pandangan mula menjadi kabur. Suara orang ketawa dan bunyi musik yang kuat perlahan lahan menjadi perlahan. Bau pelik mula menusuk ke dalam rongga hidung. Lama keadaannya begitu. Yuri hanya dapat mendengar suara pernafasannya sahaja. Dada terasa perit. Amat perit hingga buatkan Yuri terasa mahu pengsan
Sehinggalah terasa tangannya dilepaskan daripada gari, Yuri tersedar semula
Seorang lelaki membuka kedua gari
"Dah. Siap!" Katanya bangga pada diri sendiri sebelum memandang ke arah Yuri. Senyuman manis diukir megah
"Oh hi! Dah sedar rupanya" Ujarnya sebelum tersengih sambil menayangkan barisan gigi yang tersusun cantik dan rapi
"Terima kasih... awak...?"
"Jacob." Balas lelaki itu sebelum duduk bercangkung di hadapan Yuri
"Takkan nak duduk je dekat situ? Kau tak nak bangun? Tak penat?" Soal Jacob. Bagai langsung tidak hairan dengan keadaan ngeri Yuri itu. Pedulikah dia?
Tidak
Jacob. Sudah biasa. Sudah ini tugasnya
"Terima kasih... selamatkan say-"
"Selamatkan?" Terjungkit sebelah kening Jacob dibuatnya. Jacob tertawa kecil
"Mana ada selamat. Kau dah matilah. Kau yang minta tadi, kan?" Selamba Jacob berkata
Mata Yuri terbeliak. Tubuhnya di pandang. Patutlah tiba tiba dia tidak merasakan apa apa kesakitan sewaktu Jacob membuka garinya tadi
"Tengok tu" Kata Jacob sambil menunding ke arah belakang Yuri. Saat Yuri menoleh, dia terlihat tubuh sendiri yang longlai di gari pada dinding. Pucat lesi. Mulut ternganga dengan darah mengalir. Tubuh berdarah. Mengalir daripada setiap luka yang Yuri ada
"Kau mati disebabkan gas beracun" Kata Jacob sebelum sempat Yuri hendak bertanya
Yuri berpaling ke arah Jacob semula
"K-kau siapa?" Soalnya. Jacob sekadar tersenyum
"Good question! Disebabkan kematian kau berhasil daripada jenayah manusia, aku adalah pilihan terakhir kau. Revenge or let go. Dan aku, aku adalah dendam manusia yang telah mati. I am your grudge. In a human form" Jacob tersenyum lagi
"People call me Dark Side Grudge. But I'm too bright to be called as that" Katanya sebelum memuncungkan bibir
Yuri tercengang. Setiap perasaan... rupanya wujud selepas mati? Itu sahaja yang dia dapat tafsirkan
"So. Revenge..." Jacob mengeluarkan pisau belati menggunakan tangan kiri
"Or let go?" Tangan kanan disua padanya. Isyarat agar menyambut tangan Jacob, menuju ke alam kematian tanpa melakukan apa apa
Senyuman mesra diukir pemegah. Menatap wajah Yuri dengan penuh kesabaran
"Revenge" Balas Yuri tanpa berfikir panjang lalu merampas pisau belati daripada tangan Jacob
"Yes! That's the spirit! Let's go, my girl!" Sorak Jacob teruja. Bangkit daripada bercangkung, Jacob mencapai tangan Yuri dan membawa dia keluar daripada bilik yang diisi udara beracun itu dengan berjalan menembusi dinding
"None of them can see you. Well, kau dah jadi roh. So, do as you want" Bisik Jacob. Menghasut Yuri untuk membalas dendam. Bila sedar Yuri menggenggam erat pisau itu, Jacob tersenyum sinis dan puas
"Go..." Bisik Jacob di telinga Yuri. Bagaikan disampuk, Yuri melangkah ke arah mereka menikam kesemuanya tanpa serba salah
Di dalam pandangan keluarga Yuri, mereka terlihat keliru melihat ibu Yuri muntah darah dan dada terobek secara tiba tiba. Keadaan rumah itu menjadi huru hara. Ada yang mahu lari keluar, namun Jacob menutup semua tingkap dan pintu
"Nuh uh... Tak ada sesiapa akan keluar sampai My Favourite girl puas" Katanya sambil tersenyum bangga. Jacob menghampiri speaker. Memutarkan suatu lagu
Musik klasik. An der schönen, blauen Donau. Sungguh menghiburkan Jacob. Segala darah tercurah membasahi setiap pelusuk marmar rumah itu. Suara sayu jeritan perit yang dikaburkan dengan lagu klasik opera tersebut buatkan Jacob tertawa senang. Suka dia melihat Yuri yang melampiaskan dendam terhadap keluarganya
"What a good view and good choice of song"
▲▲▲
YOU ARE READING
𝐇𝐨𝐦𝐞;ᴼⁿᵉˢʰᵒᵗ
FanfictionThe Boyz Oneshot Series 2 cuz why not? Ehe <3 ?Cringe Alert? Selamat membaca❤️ Started: January 14, 2022 Ended: