🌷 JCB ¦ Split Personality

162 27 6
                                    

Jacob bae;
Readers as Bae Hyejun;

Jacob bae;Readers as Bae Hyejun;

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

▼▼▼

"Take a seat, Sir"

Sempat aku menoleh kearah Jacob yang sudah berkerut memandang aku dengan keluhan kecil

"Again? Hyejunie?" Bisiknya perlahan sambil mengambil tempat di sebelah aku menghadap pengetua yang tak sedar diri kubur memanggil

Aku cuma diam dan tersengih kecil

"Tuan... Apa yang Hyejun buat kali ni? Kalau perkara ni tak penting, baik saya sambung kelas saya" Kata Jacob cuba untuk lari daripada membela aku buat kali ke berapa tak tau

Aku sebagai student, dan dia sebagai guru di sekolah yang sama. Famous? Tak payah cakaplah

Jacob terlalu baik orangnya. Hingga dihormati sekelian manusia di sekolah ini. Manakala aku, sering dipandang jahat. Takdelah jahat mana... Paling jahat pun meniru masa exam je💁🏻‍♀️

"Hyejun ikat guard dekat pokok pagi tadi. TANPA SEBAB" Tegas pengetua memandang aku

Jacob pun sama memberi pandangan tajam

"Well... Dia tidur. Itu kira pengajaranlah. Siapa suruh dia tidur bawah pokok masa buat kerja?" Lawan aku. Pengetua mengurut pelipis dahi lalu membuka cermin matanya

"Kemudian awak paksa dia telan kacang"

"Dia nampak lapar--"

"Dan awak tahu dia alergi dengan kacang" Potong pengetua. Aku buat buat terkejut menutup mulut tak percaya

"Ouh? Ahh jeongmalyeo? Saya tak tahu. Dia pun tak bagitahu. Tu bukan salah saya" Sengihan kecil terukir sebagai penutup kata

"Tch... Hyejun..." Decit Jacob menyiku lengan aku lalu dia menggeleng kepala

"Minta maaf" Aku mencebik

"Bukan salah hyejunlah"

"Minta. Maaf" Ulang Jacob dengan nada tegas. Seram ye dia buat muka garang

"Fine... Saya minta maaf" Sebut aku tanpa nada ikhlas

"Kali ni saya tak boleh maafkan awak. Terlampau banyak masalah yang awak cetuskan. Patahkan tiang netball, letak pewarna dalam kolam renang, tukar air minuman water dispenser bilik guru dengan beer, hack komputer bilik guru, tukar password wifi sekolah dan conteng kereta saya!"

Buk!

Pengetua mengetuk meja dengan kuat hingga bahu aku dan Jacob terhinjut sedikit

"Dengan itu, saya terpaksa buang awak daripada sekolah ni. Kalau macam ini perangai awak, takde satu sekolah pun yang boleh terima awak Bae Hyejun" Aku tunduk ke bawah memandang lantai

"Tuan... Saya faham dengan keputusan tuan. Sebagai abang Hyejun, saya minta maaf dan akan bayar ganti rugi yang Hyejun buat dekat sekolah ni. Gaji bulan ni sebagai pampasan kerosakan" Kata Jacob kedengaran kesal

"Terima kasih, Jacob seongsaenim. Awak tersangat pemurah. Kalaulah dalam dunia ni hanya wujud manusia macam awak, mesti aman damai" Puji pengetua manakala aku mengajuk dlm diam sambil menggulingkan mata menyampah

"Hyejun, ikut perangai abang awak. Saya tak tahu dari siapa dan apa yang awak belajar sampai berperangai macam ni" Aku berdecit kecil sebelum memandang kearah Jacob

"Daripada siapalah agaknya..." Bisik aku

Jacob mula tersengih sinis. Hujung bibir terangkat menayangkan smirk. Aku yang sudah faham maksud dia turut tersengih

"Kalau takde apa apa, awak berdua boleh beredar" Kata pengetua. Jacob terlebih dahulu bangun daripada kerusi setelah menunduk hormat

Dia berhenti di pintu seketika

"Erm... Tuan... Saya ada benda nak bincang dengan tuan" Ujar Jacob menoleh kearah pengetua semula

"Boleh. Apa dia?" Dalam diam Jacob menyeluk poket belakangnya. Aku pergi dekat dengan suis mematikan suis cctv

Sempat dia mengintai keluar pejabat sebelum masuk semula dengan sepucuk pistol diacu tepat kearah pengetua

Hingga terangkat kedua tangan si orang tua itu dibuatnya

"Aku cuma nak cakap, aku rimas tengok muka kau" Ujar Jacob kasar sebelum menekan picu pistol

Baam!

Peluru tepat mengenai sasaran iaitu  jantung pengetua  hingga dia mengerang kesakitan

"U-urghh"

"Uwahhhh Jacob oppaaa!!! Charatda!" Aku menepuk tangan dan terlompat kecil teruja

Dia tersengih puas menyimpan pistolnya semula. Bukan tak mahu tembak supaya cepat mati, memang niat Jacob mahu membiarkan dia terseksa dahulu

"Dah jom. Kau pun satu hal. Menyusahkan. Siap siap diri kau untuk kena rotan dgn hanger balik ni" Pesan Jacob dgn nada serious sblm tinggalkan pejabat 

"Alaaaa..."

Aku mencebik lalu memandang kearah pengetua. Satu keratan surat khabar aku letak di hadapannya sementara dia sedang bertarung nyawa

"Annyeonghaseyo, seongsaenim~ Saya pergi dulu~" Kata aku lalu meninggalkan dia

Punat loceng kecemasan aku tekan semasa aku melintasi butang tersebut

"Wanted: Jacob Bae and Bae Hyejun. Pembunuh bersiri yang terlepas daripada penjara tahanan. Sila berhati hati"

▲▲▲

🍁: Ada idea tapi tak sampai

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

🍁: Ada idea tapi tak sampai.
Sorry kalau story ni terlalu
mengarut🙏🏻

𝐇𝐨𝐦𝐞;ᴼⁿᵉˢʰᵒᵗ Where stories live. Discover now