🌷 KSW ¦ Friend In Need

119 24 13
                                    

Kim Sunwoo;
Readers as Min Hana;

Kim Sunwoo;Readers as Min Hana;

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

▼▼▼

"Kau ingat kau layak jadi girlfriend dia?!"

"Habis tu kau ingat kau layak arh?! Ada jerawat dekat dahi pulak tu!"

"Amboi?? Aku ada pecahkan jerawat kau ke pompuan?! Asal nak main jerawat aku? Aku ada jerawat atau tak, aku tetap lawa!"

"Euw!"

"Kau nak gaduh?"

"Ha mehla sini!"

"Kau yang setuju! Jangan menjerit kalau aku pecahkan jerawat kau tu!"

"Lawan! Lawan! Lawan!"

Pintu locker dibuka sambil mata memandang ke arah kerumunan pelajar yang sedang menyaksikan dua orang perempuan sedang bergusti

Gaduh pasal lelaki la tu. Rutin harian biasa di universiti ini. Penat aku nak layan perangai sorang sorang

"Haihh... Such a great day untuk tengok dua ekor ulat bulu betina berebut seekor ulat bulu jantan" Gumam aku sambil membuka pembalut Kimbap dan terus makan

Tiba tiba, ada satu tangan rampas Kimbap aku. Dengan tak tahu malunya, dia makan sarapan aku tu

Siapa lagi kalau bukan si ulat bulu jantan yang direbut rebut kan? Ni kalau aku hempuk guna buku Laws aku, agaknya biul seumur hidup

Mati pulak si anak Kim ni karang

Disebabkan terbiasa. Aku biarkan je dia. Bukan anak Kim lah kalau tak muncul tiba tiba dan rampas semua benda enak dekat tangan aku

Sunwoo rehatkan lengan dia pada bahu sambil mengunyah tenang. Aku pandang dia atas bawah dengan muka paling menyampah di dunia

Dia balas pandangan aku kemudian jungkitkan keningnya sedikit

"Apa?"

"Aku tahulah aku pendek. Tapi kau ada tak nampak tulisan 'tempat parking lengan percuma' dekat bahu aku?" Sinis aku buatkan Sunwoo ketawa

"Aigoo Hana ah~ Tak elok marah marah. Jadi pendek ni banyak kebolehannya. Dan bukan ini ke fungsi orang pendek dekat dunia ni? Jadi tempat rehat tangan aku--"

BUK!

"Uhuk!" Tanpa sebarang amaran aku siku perut dia

"Betul apa yang kau cakap. Banyak kebolehan jadi pendek ni. Ngamngam je siku aku dengan perut kau" Mata digulingkan menyampah

"Sakitlah! Kau period ke?"

"Ye memang! Asal tanya? Nak tolong belikan pad untuk aku? Huh?!" Sunwoo menggeleng kepala sambil tersengih

𝐇𝐨𝐦𝐞;ᴼⁿᵉˢʰᵒᵗ Where stories live. Discover now