🌷 LJH ¦ Teary

137 18 18
                                    

Lee Jaehyun;
Readers as Soojin;

Lee Jaehyun;Readers as Soojin;

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

▼▼▼

"Badan dia panas sejak tengahari tadi, saya suruh makan pun dia taknak. Dia cakap dia tak ada selera"

Hyunjae mengeluh kecil setelah mendengar berita yang di kabarkan oleh pembantu rumahnya itu

Hyunjae dan Soojin sedang di dalam mood perang dingin. Sejak semalam tidak bertegur sapa walaupun duduk serumah

Tidur sekatil, namun ada benteng yang dicipta oleh Soojin menggunakan bantal

"Tak apalah. Saya boleh uruskan" Dulang yang berada di tangan pembantu rumah diambil Hyunjae lalu mendaki tangga menuju ke bilik tidur mereka

Buka sahaja pintu, jelas kelibat Soojin sedang berselubung dengan selimut tebal duduk bersandar pada kepala katil sedang menonton tv

Di sebelahnya, terdapat sekotak tisu

"H-hachum!!" Bersin Soojin sebelum sedar kehadiran Hyunjae di muka pintu

Terus gadis itu menarik muka menjeling Hyunjae

"Kenapa demam tak bagitahu?"

"Buat apa nak bagitahu" Gumam Soojin lantas baring sambil berpaling ke tempat lain

Hyunjae menggulingkan mata. Dia pun kalau boleh hendak merajuk lebih lama. Tapi situasi begini, dia perlu juga pendekkan tempoh merajuk. Demi kesihatan Soojin

Dulang diletakkan atas meja sebelum labuhkan punggung di birai katil

Gumpalan selimut itu ditepuk perlahan

"Bangun, makan"

"Taknak"

Hyunjae merengus

"Dahlah tak payah nak merajuk lama lama sangat. Benda kecik je pun. Saja nak besar besarkan" Terdengar suara Soojin tawa kecil yang sungguh sinis. Seperti tergugat dengan apa yang Hyunjae katakan

"Kecik awak cakap? Dating dengan pekerja sendiri awak cakap masalah kecik?" Soal Soojin masih tidak memandang kearah Hyunjae

"Saya dah banyak kali ulang. Kami tak dating. Stop overeacting... Lunch biasa je pun"

"Saya masak untuk awak tau masa tu? Dengan semangat saya masak--"

"Saya ada suruh awak masak ke? Awak pun tak bagitahu yang awak nak masak" Potong Hyunjae

Dengan itu, sesuatu telah menggertak di dalam diri Soojin. Perasaan geram dan marah

Lantas dia menoleh kearah Hyunjae. Jelas wajah wanita itu berkerut kerut kecewa

"Itu jawapan awak? Lee Jaehyun shi! Saya ni iateri awak!"

"Jadi? Saya kena balik rumah setiap kali lunch semata mata makan masakan awak? Awak ingat saya ada masa ke?"

𝐇𝐨𝐦𝐞;ᴼⁿᵉˢʰᵒᵗ Where stories live. Discover now