🌷 CCH ¦ Spotcheck

107 21 2
                                    

Choi Chanhee;
Readers as Byun Haejin;

Choi Chanhee;Readers as Byun Haejin;

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

▼▼▼

"Spotcheck!!!"

Pengumuman tiba tiba daripada seorang classmate buatkan aku mengeluh

Kenapa sekarang? Kenapa harini jugak nak buat spotcheck? Kenapa masa aku ada dekat sekolah jugak nak buat? Ahhh tak guna!

Semua rakan sekelas aku mula gelabah menyimpan barang barang terlarang mereka dan membetulkan pakaian

Aku dah redha. Sudahla harini aku pakai stokin bewarna pink. Siap ada corak strawberry lagi. Ini sebab aku tak jumpa stokin putih masa dah lambat nak ke sekolah

Muncul guru disiplin tidak lupa rotan di tangan, Park Seojun seongsaenim. Di belakang Seojun ssaem muncul pengawas a.k.a crush aku mengikut langkah dia sambil memegang kotak

Choi Chanhee yang handsome. Tersengih aku dibuatnya. Cepat cepat aku membetulkan rambut dan baju

"Semua berdiri di locker masing masing sekarang!" Tegas Seojun ssaem

Laju aku dan rakan sekelas berdiri di locker masing masing

Malang untuk aku. Aku pemilik locker nombor 1. Sahlah aku yang kena dulu

Seojun ssaem dan Chanhee datang kearah aku. Sempat aku memandang Chanhee. Kami berlawan mata. Seketika kemudian, dia senyum pada aku

Dengan rasminya jantung aku membuat parti liar. Kadar denyutan begitu laju hingga jam smartwatch aku berbunyi disebabkan degupan yang seperti baru lepas buat aktiviti

Comelnya dia senyum. Lagi lagi senyum dekat aku! Auch!

TTAK!

Seojun ssaem tiba tiba melibas rotan pada meja buat aku terjungkit bahu terkejut

"Sengih sengih kenapa?!" Laju aku menggeleng kepala

"T-tak ada apa..."

"Bukak locker awak sekarang" Arah Seojun ssaem

Aku mengangguk kecil lalu membuka pintu locker

Terpampanglah locker yang dipenuhi makanan dan minuman botol. Sudah macam peti ais pun ada

Percayalah, aku antara pelajar yang paling banyak menabur budi pada kawan kawan sekelas aku. Setiap kali diorang nak makan, aku akan bagi. Baikkan?

"Awak ingat ni stor makanan?! Locker ni semua untuk buku tahu tak?!" Tegur Seojun ssaem. Chanhee pula mengukir senyuman melihat isi locker aku

Alah... tak payahlah gelak... ish

"Ssaem. Cuba bayangkan. Tiba tiba sekolah kita ni kena kuarantin sebab ada zombie serang bandar. Takde sesiapa boleh keluar daripada sekolah untuk beberapa hari. Jadi saya sebagai pelajar yang berfikir di luar kotak, saya sediakan stok makanan yang mencukupi kalau zombie serang kita nanti" Ujar aku tidak ubah seperti pengacara siaran Goshop

𝐇𝐨𝐦𝐞;ᴼⁿᵉˢʰᵒᵗ Where stories live. Discover now