🌷 LJH ¦ The Witch

104 17 26
                                    

Lee Hyunjae;
Readers as Ahn Hyejin;

Lee Hyunjae;Readers as Ahn Hyejin;

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

▼▼▼

"Halah comel!"

DSLR camera dikeluarkan Hyejin daripada beg sandang. Menangkap gambar dua ekor anak kucing putih dan hitam berbulu lebat sedang bermain dengan sekuntum bunga Daisy

Naik lunyai bunga itu setelah dikerjakan dua ekor haiwan berbulu tersebut. Hyejin hanya mampu tersenyum sambil jari lincah menekan butang pada cameranya

Suasana yang indah di taman tambahan pula di pagi hari. Nyaman sahaja cuaca di situ buatkan Hyejin sedikit sebanyak rasa gembira dengan atmosfera sekarang. Segar

Sudah alang alang kamera di tangan, Hyejin mula mengambil beberapa gambar di taman itu. Mengisi masa dengan menangkap gambar adalah hobinya

Langkah diatur tanpa arah tuju. Hanya menikmati masa sambil menangkap gambar yang cantik di matanya

Selang beberapa minit, Hyejin mengambil tempat di sebuah bangku. Duduk berehat sambil menangkap sebuah pondok telefon lama

"Vintage" Gumam Hyejin. Gambar gambar tadi dilihat semula

Pada mulanya, tiada satu pun gambar yang mencurigakan sejak gambar pertama

Hinggalah beberapa gambar terakhir, Hyejin tersedar ada satu tangan sedang buat jari 'peace' di sebalik pokok dan tiang

Dahi Hyejin mula berkerut

Digambar terakhir, gambar yang baru sahaja ditangkapnya tadi iaitu di pondok telefon

Figura seorang lelaki sedang bergaya bersandar pada pondok telefon. Tangan disilangkan pada dada sambil tersenyum indah memandang kamera Hyejin. Bagaikan Hyejin sedang menangkap gambarnya secara sengaja

Melihat wajah figura itu, Hyejin mula mendengus geram

"Hai"

Tiba tiba sahaja tempat kosong di sebelah Hyejin diisi oleh figura di dalam gambar tadi

Hyejin langsung tidak terkejut. Sudah biasa dengan kemunculan tiba tiba si dia. Lelaki itu sedang tersenyum pada Hyejin

"Awak ikut saya"

"Of course. It's my job to protect you"

"No. I don't need your protection, witch! Ish!" Dada Hyunjae ditumbuk Hyejin lantas bangkit daripada kerusi

"Auchh! Sakitlah!"

𝐇𝐨𝐦𝐞;ᴼⁿᵉˢʰᵒᵗ Where stories live. Discover now