Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
▼▼▼
"Kau tahu? Practice room kita tu ada hantu. Staff panggil hantu cermin. Dia datang betul betul tengah malam sampai 4 pagi!"
Cerita daripada Younghoon kembali terimbas buat Hyunjae ketawa kecil
"Hantu cermin konon" Ujarnya lalu menggeleng kepala sambil membuat cooling down
Hampir 5 jam dia berkurung di dalam bilik latihan ini. Jam sudah menunjukkan pukul 12 tengah malam dan dia perlu pulang ke dorm untuk berehat memandangkan dia ada pengambaran pada pukul 4 pagi nanti
Botol air yang telah kosong dimasukkan ke dalam beg. Bersedia untuk keluar
Tirai pada cermin ditarik. Namun tindakannya terhenti seketika setelah melihat ada bahagian cermin yang berkabus
"Haih. Ni kalau aku tak lap, salahkan aku pulak cermin berlumut" Gumam Hyunjae lalu mencari tisu
Selepas itu, dia kembali ke cermin untuk mengelap
Baru sahaja dia hendak menyentuh cermin menggunakan tisu, tiba tiba cermin yang berkabus itu seakan akan diusik oleh sesuatu membentuk satu tulisan
' Lee Jaehyun '
Namanya muncul pada cermin. Terus terbeliak mata Hyunjae melihat tulisan yang masih diteruskan
Keringat dingin sudah mula membentuk. Bulu roma berdiri tegak terasa seram sejuk. Namun kakinya bagaikan dipaku. Hendak cepat cepat lari. Tetapi dalam masa yang sama mahu tahu apa yang akan disambung si 'hantu cermin itu'
' happy birthday :D '
Terkebil kebil mata Hyunjae berkelip setelah membaca mesej tersebut. Air liur ditelan kelat. Melihat keliling ruang bilik latihan
Kalau kalau ini hanya rancangan rakan rakannya untuk mengenakan dia
Tapi kosong. Dan mustahil tulisan pada cermin akan bergerak sendiri
"E-erm... gumawoyeo" Ujar Hyunjae lalu tunduk 90 darjah pada cermin
Pandangan kembali dialihkan pada cermin tersebut. Melihat biasan diri sendiri
Hinggalah dia tersedar bahawa figura dia di dalam cermin sedang menyeringai sambil menyebut 'sama sama' secara perlahan dan berbisik
Terus Hyunjae mengalihkan pandangan. Jantung hampir saja meletus ketika ni. Langkah diatur laju keluar daripada bilik latihan sambil memandang lantai
Cepat cepat suis lampu ditutup dan keluar daripada pintu bilik latihan
"Hyunjae? Dah kenapa muka kau pucat ni?"
"Waish kapchagiya!"
Kehadiran tiba tiba Jacob di depan mata buat Hyunjae terjerit kecil
"Wah kau ni! Gugur jantung aku!" Rungut dia lalu mengusap dada perlahan
"Hehe sorry~ Kau nak balik? Jom balik dengan aku. Aku takut nak naik lift sorang sorang" Ajak Jacob lalu Hyunjae mengangguk setuju
Kedua dua mereka berjalan seiringan
Melihat kelakuan pelik Hyunjae yang senyap, buatkan Jacob menjadi curiga