Lee Hyunjae;
Readers as Ahn Hyesun▼▼▼
"Any last words, agent Jae?"
Kedua belah tangan terangkat ke udara sambil melutut di hadapan lelaki yang sedang mengacu pistol tepat pada dahi
Hyunjae sedikit menggeletar lemah. Penat berlawan tenaga hingga berdarah darah wajahnya. Kini dia terpaksa mengumpul tenaga untuk kekal teguh
"Second chance" Bisik Hyunjae perlahan. Bukan pada lelaki itu
Tetapi pada pembesar suara yang tersorok di sebalik kolar baju
Second chance merupakan kod para ejen perisik yang bererti dia perlukan bantuan ejen lain
Sejak tadi kod sama disebut beberapa kali. Namun masih tiada bantuan yang muncul
Kali ini, kali yang terakhir. Sekurang kurangnya, Agent HQ tahu di mana kali terakhir mayat Hyunjae dibunuh sebagai petunjuk
[" Are you dying? "]
Soalan tersebut menerpa gegendang telinga Hyunjae
Panjang lelaki itu menghembus nafas sambil mengeluh
Sumpah dia pasrah dibunuh oleh lelaki di hadapannya ini daripada menjawab pertanyaan tersebut
Dan kenapa pula suara gadis merangkap musuhnya yang menjawab talian hayat ini? Baik dia mati sahaja kalau dia yang datang
"Tembak je aku" Sebut Hyunjae
Terkerut dahi lelaki itu mendengar arahan Hyunjae
"Semudah tu? Kau dah give up?"
"Ya. Tembak je aku"
[" Wow wow! Sabar! Aku on the way ni! Halah halahh! Nak mati pun sempat majuk lagi! "]
Pistol dibuka kekuncinya. Ditekan tepat hujung pistol pada dahi Hyunjae
Hyunjae terus menutup mata
"Goodnight Agent Jae--"
Vroom vroom!
Bunyi motor berkuasa tinggi memutuskan kalimat terakhir penjahat tersebut
Sempat memusingkan tubuh melihat seseorang sedang menunggang motor sambil sebelah tangan mengacukan pistol
Tidak sempat dia hendak memberi arahan, beberapa das tembakan dilepaskan hingga terkena tepat pada beberapa orang suruhannya
YOU ARE READING
𝐇𝐨𝐦𝐞;ᴼⁿᵉˢʰᵒᵗ
FanfictionThe Boyz Oneshot Series 2 cuz why not? Ehe <3 ?Cringe Alert? Selamat membaca❤️ Started: January 14, 2022 Ended: