Lee Juyeon;
Readers as Hana;▼▼▼
"Saya rasa tak sedap hati. Dua tiga hari lepas saya baru pindah ke sini, saya rasa macam ada orang perhatikan saya masa saya tidur"
Terkerut seribu dahi Juyeon mendengar aduan Hana, iaitu jiran baharunya. Wajah menunjuk riak risau dan simpati. Sesekali Juyeon memandang ke arah rumah Hana itu
"Awak rasa macam tu?" Soalnya lantas Hana mengangguk laju
Hana baru sahaja berkenalan dengan Juyeon. Lelaki ini yang membantunya berpindah minggu lalu. Angkat perabot dan menyusun. Dia juga ada memberi beberapa pesanan awal memandangkan dia tinggal di kawasan itu agak lama. Selalu dia melihat Juyeon bersama anak saudaranya berjalan sewaktu pagi. Lelaki yang mesra dengan semua jiran di kawasan ini. Aura positif Juyeon telah menarik perhatian Hana. Makanya, Hana peroleh seorang kenalan di sini
"Mungkin... sebab awak tak biasa lagi duduk rumah baru? Manalah tahu awak takut sangat sampai terbayang benda yang tak sepatutnya?" Juyeon meneka namun Hana menggeleng tidak setuju
"Tak, awak. Saya memang dapat rasakan. Setiap kali tidur, saya akan terjaga. Saya ada rasa jari usap hidung dengan bibir saya. Bila saya buka mata, saya nampak bayang tu lari ikut tingkap" Beritahu Hana dengan cemas
"O-oh... kalau macam tu... Awak ada installed cctv dekat rumah, kan? Biar saya check. Sementara tu, saya akan call polis untuk inspect rumah awak. Alang-alang dekat depan rumah saya, apa kata awak masuk dulu? Saya ada bakar cookies. Boleh awak rasa seketul dua" Pelawa Juyeon dengan sengihan manisnya. Senyuman itu. Senyuman polos yang manis buatkan Hana mengukir senyuman
Hana mengangguk kecil
"Jom" Juyeon berjalan dahulu masuk ke dalam rumah manakala Hana mengikut di belakang. Masuk sahaja ke dalam rumah bujang itu, Hana terus terpegun dengan dekorasi ruang tamu milik Juyeon. Terlihat kemas dengan estetik campuran warna coklat dan krim
"Pandai awak deco rumah"
"Oh ni? Saya upah orang je. Hehehe" Jawabnya segan
"Sekejap ya, biar saya call polis. Awak buatlah rumah ni macam awak punya" Juyeon tersengih sebelum berlalu keluar bersama telefonnya. Membuat panggilan untuk membuat laporan mengenai masalah Hana
Hana bangkit daripada kerusi. Berlegar di rumah dua tingkat itu. Memandangkan dia seorang juru gambar profesional, mula rasa tertarik dengan dekorasi di rumah ini yang sungguh menekankan konsep Alami. Sesekali Hana menangkap gambar deretan dekorasi pokok bonsai di atas kabinet Juyeon
YOU ARE READING
𝐇𝐨𝐦𝐞;ᴼⁿᵉˢʰᵒᵗ
FanfictionThe Boyz Oneshot Series 2 cuz why not? Ehe <3 ?Cringe Alert? Selamat membaca❤️ Started: January 14, 2022 Ended: