🌷 KYH ¦ Mission Gone Wrong

125 26 3
                                    

Kim Younghoon;
Readers as Lee Jihyun;

Kim Younghoon;Readers as Lee Jihyun;

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

▼▼▼

[" Kau dah boleh masuk. Aku dah matikan semua pengera dan cctv rumah dia "]

Aku mengangguk kecil lepas mendengar apa yang Hyunjae katakan menerusi in-ear

Perlahan aku mengeluarkan kunci pendua pintu sliding door bilik utama Younghoon

Sekarang aku sedang menjalankan misi. Curi kunci pintu tempat simpanan batu berlian paling bernilai di dunia milik Younghoon. Yep. Dia kaya sebabkan batu tu

Sekarang aku akan curi berlian tu dan jadi kaya. MuaHahahah!!

Klik!

"Yes. Dah terbuka" Bisik aku sebelum perlahan lahan menolak pintu

[" Hati hati. Younghoon tengah tidur. Kau cuma perlu cari kunci dalam bilik dia dan keluar. Senangkan? "]

"Cakap memanglah senang. Kalau kantoi macam mana?"

[" Kau dodoilah dia suruh tidur balik. HAHAHAHA! "]

Geram pulak aku dengan si tak guna ni. Ingat kelakar ke? Ni kalau aku kantoi, aku akan kena sumbat masuk penjara atas kesalahan pecah masuk rumah dan cubaan mencuri

"Tau la kau tak sayang aku, tak payah la korbankan aku"

[" Aigoo aigoo dongsaeng ah~ Buat kerja cepat. Tak payah nak berdrama. Gedik "]

Aku mencebik sambil melangkah masuk kedalam bilik Younghoon yang malap. Dia sedang tidur lena atas katil sambil berdengkur

Mesti comel en dia tidur? Huehuehue

"Younghoon ah... izinkan saya merompak rumah awak" Bisik aku perlahan menghampiri sebuah almari dia yang besar

Bermulalah kerja aku iaitu menggeledah segala isi almari tanpa sebarang bunyi

Touchlight aku gigit untuk memudahkan pencarian. Tidak lupa juga memakai glove supaya tiada sebarang cap jari ditinggalkan

[" Jihyunie, fighting! "]

*◇*◆*◇*◆*◇*◆*◇*◆*◇*◆*

"Kata dia letak dalam bilik? Tak jumpa punn!"

[" Shuhh! Senyaplah sikit! Kau nak masuk penjara ke?? "]

𝐇𝐨𝐦𝐞;ᴼⁿᵉˢʰᵒᵗ Where stories live. Discover now