Ju Haknyeon;
Readers as Choi Chaewon;▼▼▼
"Dia hilang ingatan. Haknyeon, tolong jaga anak ahjumma boleh? A-ahjumma risau. Setiap kali kami datang, mesti dia terpekik suruh kami balik dan langsung tak ingat ahjumma dengan ahjushi"
Pesanan yang dia dengar oleh puan Choi terngiang ngiang dalam fikiran
Chaewon berlaku kecederaan semasa di sekolah. Tidak tahu pula kemalangan tersebut begitu parah hingga menyebabkan gadis itu boleh amnesia
Haknyeon menuju ke wad Chaewon dengan sejambak bunga bersaiz sederhana
Masuk sahaja kedalam, hanya ada dua orang jururawat sedang mengemas katil yang kosong
Haknyeon sempat menjunguk nama penghuni wad untuk seorang itu
' Choi Chaewon '
"Haksaeng ah, cara pesakit nama Chaewon ke?" Soal Jururawat memandang Haknyeon
"Eo... Dia dah discharged ke?"
"Taklah. Dia kata nak jalan jalan dekat luar tadi" Kata jururawat lalu keluar bersama bekas makanan
Haknyeon mengangguk faham kemudian meletakkan sejambak bunga di atas meja
Keluhan kecil dilepaskan. Fikirannya tidak habis memikirkan tentang Chaewon
Risau dia tidak akan mengingati dirinya
"Haih yang dia ni pun satu. Kuat pulak dia nak merayap padahal baru sedar kelmarin" Bebel Haknyeon sambil berjalan keluar daripada wad Chaewon
Kiri dan kanan dia menoleh hingga ternampak sesusuk tubuh sedang berjalan memegang IV Fluid Holder sedang merewang tercari cari sesuatu
Haknyeon tersengih melihat keadaan gadis itu. Sedang memakai gaun hospital dengan kepala dibalut dan rambut dilepaskan
Seperti hantu daripada jauh
"Yah Choi Chaewon!" Panggil Haknyeon semasa dia tidak jauh daripada gadis itu
Chaewon menoleh memandang Haknyeon dengan sengihan
"Eo Birthday boy~ Datang lawat aku ke? Gumawo~" Langkah Haknyeon terhenti dan mulutnya ternganga
"Ingatan kau dah pulih?" Chaewon mencebik lalu menggeleng
YOU ARE READING
𝐇𝐨𝐦𝐞;ᴼⁿᵉˢʰᵒᵗ
FanfictionThe Boyz Oneshot Series 2 cuz why not? Ehe <3 ?Cringe Alert? Selamat membaca❤️ Started: January 14, 2022 Ended: