Ji Changmin;
Readers as Lee Hana;▼▼▼
"Aku tengok, semua kawan kawan kau ada boyfriend. Kau je tak ada"
Dahi Hana terkerut. Segala penulisan terhenti gara gara Changmin yang tiba tiba bersuara semasa dia sedang fokus menyiapkan kerja kumpulan
Kepala diangkat. Menoleh ke kiri dan kanan melihat semua rakan rakannya. Kesemuanya telah memilih untuk berpasangan dengan kekasih masing masing kecuali Hana
Guru yang menetapkan pasangan Hana iaitu Changmin. Walaupun mereka tidak seberapa rapat, tapi masih boleh berkomunikasi
"Kau? Boyfriend kau mesti kelas lain, kan?" Hana menggeleng kepala
"Boyfriend aku tak wujud dekat dunia ni" Kata Hana selamba
"Eh?"
"Lelaki yang baik dan cukup sifat dalam dunia ni, tambahan zaman sekarang, cuma fictional characters. Itu apa yang aku maksudkan" Changmin mengangguk faham
"Apa aku nak agak daripada kau? Novel reader... Jarang nak tengok kau berjauhan daripada buku tebal tu" Sempat Changmin menjuihkan bibir pada buku novel yang berada di atas meja Hana. Memang langsung tidak boleh lari dari pandangan mata
Memang takkan lepas novel daripada tangan Hana
"Kenapa? Kau nak cakap aku gila macam orang lain? Suka dekat fictional characters?" Kening dijungkitkan sekilas memandang Changmin penuh serius
Changmin menggeleng kepala
"Baguslah tu. Itu maknanya standard kau terhadap lelaki tak rendah. Tak adalah kau buta pergi pilih lelaki yang perangai pelik pelik. Dari sudut positif, bagus untuk elak toxic relationship dan tersilap pilih partner. Selain tu, baca novel boleh jadi healing. Kan?" Laju Hana mengangguk
Agak terpegun dengan kata kata Changmin
"Janji buat apa yang boleh buat kau gembira. Tak macam ada relationship. Tak tentu masa, hari ni happy, esok tiba tiba gaduh. Itu belum lagi dapat partner yang kuat merajuk atau ego tinggi. Satu hal pulak nak jaga diorang. Last last stress. Pastu depress. Baik single" Panjang Changmin berhujah. Hana pula hanya mendengar dengan penuh minat
"Dari sudut negatif pulak?" Soal Hana ingin tahu pendapat Changmin terhadap pembaca novel yang tegar
"Dari sudut negatif, kau kena ingat, lelaki dekat atas muka bumi ni tak sesempurna yang dalam novel. Kalau nak cari tu, memang 50/50. Apa apapun, kau kena rendahkan sikit standard lelaki kau dan terima kekurangan diorang"
"Novel dengan realiti tak sama. Realiti, dikarang oleh Tuhan yang cipta kita. Tapi novel, imaginasi manusia yang cuma nak menidakkan realiti. Faham?" Hana mengangguk
Setuju dengan apa yang dikatakan Changmin
"Kau mesti ada ciri ciri perempuan yang kau suka, kan?" Changmin mengangguk
"Mestilah. Tapi tak semestinya ideal type aku tu akan dapat semuanya. Salah satu pun aku dah okay. Aku terima je kekurangan dia. Ada kekurangan, kita boleh perbaiki. Kan?" Hana tersenyum. Mengiyakan jawapan Changmin tanpa suara
"Kalau... girlfriend kau suka baca novel, kau akan suruh dia stop membaca ke?"
"Tak. Itu cara dia untuk buat diri sendiri gembira. Kenapa aku nak halang? Lagi satu, kalau dia berjaya pilih aku, bukan ke itu maknanya dia akan perlahan lahan lupa kan fictional characters dia tu? Maksud aku, dia dah terjumpa yang sebenar sebenarnya dalam realiti"
"Betul" Jawab Hana
"Jadi kau? Tak ada ideal type lelaki realiti? Tipulah tak ada?" Hana mengangguk laju
"Kau" Tanpa teragak agak Hana menjawab. Mengekalkan wajah bersahaja sambil tenung Changmin dalam dalam. Kelihatan polos dan amat serius
Changmin pula terdiam. Tubuh sedikit mengeras. Wajahnya tidak bereaksi memandang Hana seperti apa yang dijawab Hana tadi tidak kedengaran
Sama merenung mata jujur Hana
Lama kelamaan, telinga Changmin berubah tona. Halkum bergerak turun naik seraya wajah mula berbahang
Cuba dikawal degupan jantungnya
"Aku tak main main tau?" Sambung Hana
Terus terjungkit hujung bibir sebelum wajah ditekup dengan buku. Tidak berjaya mengawal ekspresi wajah
"Apa ni? Kau malu ke--"
"Dah sambung tulis. E-esok nak buat pembentangan"
Hana tersengih lantas mengangguk. Sambung menulis apa yang tergendala tadi
"Tapi Ji Changmin..."
"Aku cakap kau ideal type aku"
"Bukannya aku suka kau"
▲▲▲
YOU ARE READING
𝐇𝐨𝐦𝐞;ᴼⁿᵉˢʰᵒᵗ
FanfictionThe Boyz Oneshot Series 2 cuz why not? Ehe <3 ?Cringe Alert? Selamat membaca❤️ Started: January 14, 2022 Ended: