🌷 CCH ¦ Chemistry

82 14 0
                                    

Choi Chanhee;
Readers as Kim Heejin;

Choi Chanhee;Readers as Kim Heejin;

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

▼▼▼

"Ssaem, harini saya ada cakap ssaem cantik tak?"

"Dah kali ketiga. Sudah, Heejin. Saya takkan ubah apa apa keputusan saya. You and Chanhee. One group. Fullstop" Dengan suara mendatar dan wajah serius dia memberi jawapan. Mata langsung tak pandang ke arah aku

Sibuk menyemak data data pelajar di hadapannya dan abaikan aku

Keluhan berat dihembus seraya menghentak dahi di hujung meja. Aduh tak sakit! Mana dinding?! Biar aku hentak kepala kat dinding sampai pecah!

"Tapi ssaem, dia tu pembuli!" Wajah ssaem sedikit berubah. Dahi terkerut sebelum memandang aku penuh curiga

Guru bimbingan dan kaunseling. Mestilah dia tiba tiba peduli

"Buli?" Tanya dia semula terlihat berminat. Laju aku mengangguk kepala

"Dia suka buli saya. Lepas tu dia suka tunjal tunjal kepala saya, ssaem. Mentang mentang la dia tu nampak handsome, comel orang tak percaya dia tu sebenarnya pembuli. Mulut dia tu tak ada insurans. Pakai cakap lepass je! Suka ejek dan hina saya. Yelah, saya tak sekaya dia" Cerita aku bersungguh sungguh walaupun kebenarannya hanya 30% sahaja

Tolonglah dia ni percaya! Aku taknak grup dengan Chanhee!

Ssaem mengangguk kecil

"Lagi? Apa dia buat dekat awak?" Soalnya. Aku senyum tipis. Yes! Ada peluang terluang!

Sewaktu aku hendak menyambung, aku tersedar figura yang di sebut sebut di dalam imbasan cermin di belakang ssaem. Sedang berdiri dan bersandar di pintu. Tangan bersilang pada dada. Mata tajam memandang aku seperti hendak membunuh

Oh sheet sheet!

Terus aku ketap bibir. Tiba tiba jadi rendah diri. Tiba tiba aku tunduk dan diam membisu. Jantung dah lari tinggalkan sangkar rusuk. Nak selamatkan diri katanya sampai tinggalkan tuan

"Lagi? Heejin?" Soal ssaem namun aku balas dengan gelengan

"Ssaem"

Dia akhirnya bersuara. Tidak lama kemudian, kerusi kosong di sebelah aku didudukinya. Terasa satu pandangan tajam sedang tenung aku lama. Bagaikan ada laser merah sedang menyasar di dahi aku. Tunggu masa saja sedas peluru daripada senjata sniper terbenam ke dalam tengkorak

Sebegitu bahaya tatapan tajam seorang Chanhee

"Kim Heejin... Desperate betul kau" Dia bersuara penuh sinis

"Ssaem, jangan percaya dia. Dia ni makhluk Siren. Suka hasut orang sampai orang percaya. Saya pembuli? Saya cuma jalankan tugas sebagai ketua kelas. Dia yang suka sangat buat saya hilang sabar"

"Sebab tulah aku taknak satu grup dengan kau!" Aku kembali angkat wajah setelah mengumpul keberanian. Pandang Chanhee tak puas hati. Dia cuma tenang membalasan tatapan aku

"Nanti daripada mula, sampai habis membebel tak henti henti" Sambung aku lagi. Chanhee tertawa sinis

"Kalau kau ikut arahan, aku takkan bising"

"Bila aku tak ikut arahan kau?"

"Kau nak aku list satu satu ke? Aku ada banyak bukti"

"Tulah kerja kau. Cari salah aku je kerja"

"Kau memang suka buat masalah pun" Mata terguling menyampah. Kalaulah ssaem tak ada kat depan, memang aku tumbuk muka dia kuat kuat

Eyy geram!

Aku pandang ke arah ssaem semula. Dia tak layan langsung dengan drama kami. Masih sibuk menanda sesuatu

"Ssaem--"

"Good chemistry. Tak salah saya pilih awak berdua jadi pasangan" Ssaem senyum pada aku sebelum bangkit daripada kerusi dia. Mulut ternganga luas

"Apa?" Chanhee bersuara tak percaya

Chemistry?! Celah mana?

"Selagi awak berdua tak berbaik, setiap kerja kumpulan saya akan tetapkan kamu berdua. Sampai bila bila" Senyuman sinis diukirnya memandang aku dan Chanhee silih berganti

Chanhee sudah tergamam. Mungkin tidak sangka guru sebaik ssaem akan bertindak di luar nalar dengan ugutan dia

"No buts. No more excuses for both of you. Keluar daripada bilik saya sekarang" Halau dia

Aku mencebik kecil. Bangkit daripada duduk, tunduk hormat pada dia kemudian keluar daripada bilik kaunseling

"Chemistry. Dia fikir aku ni bahan chemical ke apa?" Gumam aku sendiri

"Memang pun. Kau tu toxic. Jauh sikit daripada aku. Rosak skin aku nanti" Chanhee di belakang bersuara. Sempat lagi dia menjeling aku sebelum beredar

"Halah kau! Dasar merkuri!" Aku mengejek

"Kaulah banyak pakai merkuri dalam skincare. Muka putih, tangan hitam"

"Oi biadap! Ni sebab sunburned aku bersukan, gila! Lainlah kau. Duduk bawah pokok elak matahari macam vampire. Weak"

"Kalau aku tendang kau ni, tergolek jugak kau sampai pintu kelas. Aku tak lemah"

"Tch! Tendang tak gerak adalah. Konon tergolek. Heh"

▲▲▲

▲▲▲

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
𝐇𝐨𝐦𝐞;ᴼⁿᵉˢʰᵒᵗ Where stories live. Discover now