Lee Sangyeon;
Lee Jaehyun;
Lee Juyeon;
Readers as Lee Jihyun;▼▼▼
Atmosfera di rumah agam keluarga Lee terasa amat amat tegang hari ini
Lee Jihyun terduduk di lantai ruang tamu dengan keadaan baru sahaja lepas dibelasah sambil menangis teresak esak. Bawah bibir berdarah. Tepi mata lebam. Sebelah tangan yang tak mampu ditegakkan atau digerakkan kerana sakit dan beberapa luka lain
Menggeletar akibat kesan trauma selepas apa yang berlaku padanya
Sementara tiga lagi beradik sedang berdiri keliling Jihyun. Memerhatikan Jihyun yang terduduk di lantai dengan wajah mendatar
"Siapa buat kau" Soal Sangyeon
Jihyun menggeleng kepala laju. Tidak mahu menjawab
Tiga beradik lelaki itu tidak akrab dengan Jihyun. Jihyun sering diketepikan oleh mereka dan mereka tidak ambil kisah mengenai Jihyun. Memandangkan Jihyun anak bongsu. Tambahan pula perempuan. Tidak sekepala dengan mereka
Disebabkan itu Jihyun memilih untuk diam. Tahu bahawa mereka tidak akan mempedulikannya
Sangyeon mengetap gigi selepas gelengan kepala menjadi jawapan Jihyun. Geram dengan respon Jihyun. Tetapi dia harus fikir akan keadaan gadis itu
Pasti dia sedang ketakutan ketika ini
Daripada berdiri, Sangyeon duduk mencangkung. Mencari anak mata Jihyun
"Bagitahu. Siapa buat kau? Apa dia buat selain belasah kau teruk macam ni?" Soal Sangyeon namun kini dengan suara yang lebih lembut
Jihyun mengambil nafas dalam dalam. Cuba menghentikan tangisannya sebelum menjawab soalan Jihyun
Melihat keadaan Jihyun, Juyeon duduk di sebelah Jihyun. Daripada tiga adik beradik lelaki itu, Juyeon salah orang yang sedikit sebanyak memberi perhatian kepada Jihyun. Walaupun tidak seberapa, tetapi setiap kali Jihyun perlukan sesuatu, dia akan meminta pertolongan Juyeon berbanding yang lain
Rambut Jihyun yang menutup dahi diselak ke belakang. Maka terpapar luka pada dahi yang sedang berdarah. Terus berkerut dahi Juyeon
Jaehyun yang sedang berdiri, terus memeluk tubuh setelah Juyeon menyelak rambut Jihyun. Memerhati setiap perinci luka pada tubuh Jihyun. Daripada atas hingga ke bawah
"A-ada sorang sunbae cakap dia nak jumpa Hyun dekat belakang sekolah..." Jihyun berhenti seketika mengambil nafas
"Dia desak Hyun suruh pergi. Hyun i-ingat ada urusan penting"
"Tapi bila H-hyun pergi... hiks..." Tangisan Jihyun kembali mengalir setelah mengingati apa yang berlaku padanya tadi. Tubuh kembali menggeletar
"Apa? Dia buat apa?" Soal Sangyeon mula terasa marah
YOU ARE READING
𝐇𝐨𝐦𝐞;ᴼⁿᵉˢʰᵒᵗ
FanfictionThe Boyz Oneshot Series 2 cuz why not? Ehe <3 ?Cringe Alert? Selamat membaca❤️ Started: January 14, 2022 Ended: