BAB 2

78 5 0
                                    

TOk tok tok tok

"Ish, kacau betul la hari minggu pun nak kacau." Dah la semalam balik pukul 3 pagi sebab habiskan masa dekat club dengan Linda. Ini mesti bibik Intan yang dok bising ni. Aku buang kerja baru dia sedar ! Tak sedar diri punya bibik. Am berbisik letih. Dia mencapai bantal dan menutup telinganya.

" Engku sudah subuh. Pak Engkunya udah tunggu di bawah untuk ke surau supaya boleh jemaah sekali." Liat sungguh budak ni bangun. Dengar keluhan kecil bibik Intan.

"Ya Allah bukakan la pintu hatinya Engku Irham ni." Dulunya dia tidak begini tetapi sejak menetap di New York perangainya berubah sekali.

" Kau diam la! Aku nak tidur. " Dah berapa kali dah aku bagi tahu dekat dia ni jangan menyibuk pasal aku. Fahad membaling kasar bantal ke arah pintu biliknya.

" Kata dekat Papa, aku demam. Aku solat dalam bilik saja." baik aku solat cepat lepas tu boleh sambung tidur balik. Walaupun kehidupannya sosial. Dia masih menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang Islam dan tidak pernah melakukan larangan agama. Dia masih dapat membezakan halal dan haram. Akan tetapi darah yang masih muda yang mahukan keseronokan dalam kehidupan membuatkan Fahad gemar mendekatkan dirinya dengan perkara- perkara yang sepatutnya dijauhkan.

"Pak Engku, Engku cakap dia solat di atas . Dia bilang dia letih mahu tidur."

Makin hari makin menjadi perangai Irham ni. Salah aku juga bawa dia pindah ke New York. Bagi sangat kebebasan dan kemewahan. Engku Dahlia hanya mengeluh kecil.

" Bibik, semalam Irham balik pukul berapa?" tegas Engku Nazzrin.

Engku Irham sudah beri amaran jika aku beritahu Pak Engku, dia mahu buang aku daripada kerja. Bagaimana ini? bisik hati bibik. Bibik Intan hanya menunduk ketakutan.

"Bibik, kamu usah takut. Beritahu saja." Aku yang bayar gaji, pandai-pandai pula Irham tu nak buang kerja Intan ni.

"Pukul 3 pagi, Pak Engku. Maaf Pak Engku, Engku Irham bilang jika saya beritahu Pak Engku dia mahu buang saya daripada kerja. Pak Engku jangan bilang saya yang beritahu Pak Engku ya."

Kenapa la Engku Irham tidak sama perangai dengan Mak Engku dengan Pak Engku? Mungkin Engku bukan anak kandungnya Pak Engku? Aduhh, Intan kalau Engku Irhamnya tahu kamu kata begini mahu di pancungnya kepala kamu.

Makin hari makin menjadi perangai Irham ni. Semenjak dia berkawan dengan si Linda lagi teruk perangai dia. Ingat lagi pertama kali Irham bawa Linda ke rumah. Pakaian terdedah sana terdedah sini. Anak Tan Sri tapi duit nak beli kain pun tak ada!

"Abang, jom la kita solat. Biarkan la Irham tu. Letih sangat la tu." Engku Dahlia yang daripada tadi memerhati gelagat suaminya. Ibu Bapa mana yang tidak risau anak yang selalu pulang lambat. Umur dah 23 tapi pemikiran masih hanyut inginkan keseronokan.

Setelah selesai beribadat kepada Maha Pencipta. Mereka menghirup udara segar di Taman mini Nazlia yang dibina untuk mereka seisi keluarga berkumpul.

"Lia, Abang tengok makin hari makin teruk perangai si Irham tu. Awak nak ke Linda tu jadi menantu awak?" Sudah tiba masanya dia ingin menunaikan janjinya 13 tahun dahulu.

" Ish, Abang ni. Tak sanggup saya dapat menantu tak tentu hala macam tu. Abang, si Linda tu baik dengan kita pun ada sebab Abang. Macamlah kita tak tau agenda Bapa Linda tu?" Linda tu talam dua muka. Sebab Irham tu berharta dan ada rupa. Dia sanggup kalau Irham tu jadi bujang terlanjak daripada berkahwin dengan Linda tu.

" Lia kamu ingat tak dekat keluarga Haja Asyraf?" Setelah puas mencari akhirnya jumpa juga. Penyiasat persendiriannya baru menghubunginya sebentar tadi. Alhamdulliah, Haja kini tinggal di Putrajaya.

" Abang ni ingat saya ni tua sangat ka. Saya belum nyanyuk lagi la Abang. Rindunya saya dekat Rara, Bang. Dah besar dah budak tu. Kenapa Abang tanya pasal mereka?" Dulu Irham dengan Rara tu rapat sangat. Macam mana la rupa Rara tu sekarang.

" Tadi, Aaron ada call Abang. Dia dah tahu mana mereka tinggal. Dekat Putrajaya dan Abang nak tanya awak ingat tak janji kita berempat masa Irham dan Rara kecil dahulu." Aku akan pastikan Irham kahwin dengan Rara. Esok aku akan ke Kuala Lumpur dengan flight. Harap-harap niat aku ni tercapai. 'Ya Allah aku hanya mampu merancang, tolong la makbulkanlah doa hamba- Mu ini.'

" Untuk satukan Rara dengan Irham ka Bang? Tapi Rara tu masih single ka? Biasa la budak-budak zaman sekarang, Bang. Semuanya nak pilihan masing-masing jadi pasangan hidup. Dah 13 tahun kita tak jumpa dia. Ingat lagi ka dia dengan kita? Irham tu pun kalau tanya pasal Rara, entah-entah lupa." Teringat aku masa Irham kecil-kecil, nak sangat kahwin dengan Rara. Lia mengenangkan kenangan dulu ketika anak bujangnya masih kecil lagi.

" Mama, boleh tak kalau Irham nak tanya satu soalan? Tapi Mama jangan marah Irham tau."

"Apa dia sayang? Tak kan la Mama nak marah anak kesayangan Mama ni." Ada la tu soalan yang mencabar minda dia nak tanya.

" Boleh tak kalau Irham nak kahwin dengan Rara? Rara tu comel la Mama. Irham selalu tengok tv, orang yang bercinta nanti kahwin. Boleh la Mama, please." Sambil menggengam kedua-dua tangannya dan memuncungkan bibirnya.

" Oh, Irham nak kahwin dengan Rara ke? Mama pun suka Rara tu jadi menantu Mama. Tapi Irham tu budak lagi, mana boleh kahwin. Irham belajar pandai-pandai lepas tu Mama merisik Rara untuk Irham okey." Adoii, budak-budak pun dah pandai nak kahwin. Irham nanti kamu besar memang kamu kena kahwin dengan Rara sebab kami dah berjanji nak satukan kamu berdua. Ketawa kecil apabila mendengar permintaan anak tunggalnya

" Mama, menantu dengan merisik tu apa? Boleh makan ke? Irham nak, sebab Irham lapar sangat. Penat tadi main kejar-kejar dengan Rara."

"Irham ni makan saja tahu kan. Ikut perangai Papa kamu la tu. Sebab tu la badan ni chubby sangat." Irham ini la satu-satu anak aku dengan Abang Engku sebab menurut doktor, tinggi risikonya jika aku mengandung lagi kerana rahim aku sudah tidak kuat.

" Mak Engkunya, saya tengah tanya awak ni. Boleh pula awak berangan. Amboi ada buah hati baru ka?" Usik Engku Nazzrin. Engku Dahlia sudah menjeling manja. Walaupun kami kahwin atas paksaan Ibu Bapa kami. Tapi kami masih bahagia. Aku harap Irham kalau kahwin dengan Rara pun macam tu juga.

"Ish, apa yang awak tengah merepek ni. Buah hati saya tu awakla. Saya terkenangkan masa Irham budak-budak dulu. Masa dia minta nak kahwin dengan Rara. Awak tanya apa?" bergurau pula suami aku seorang ni. Aku ni pun tengah bersembang dengan suami boleh pula berangan.

"Saya cakap esok saya nak ke Kuala Lumpur . Lepas sampai Kuala Lumpur , saya suruh Pak Li bawa saya ke rumah Haja. Awak nak ikut ke tidak? Awak tu kan tak boleh berpisah dengan anak kesayangan awak tu." Lia ni bukan boleh pisah dengan Irham lama lama. Nanti demam rindula apa la. Macam mana budak tu tak perangai macam tu asyik manjakan sangat.

" Nak pergi jumpa Rara, Mila dengan Haja ke? Mesti la saya nak ikut. Kalau duduk dekat rumah pun siapa yang ada . Irham tu dahla suka keluar sampai lewat malam. Lebih baik saya ikut awak saja." Irham tu bukan boleh duduk rumah lama-lama. Kalau tak ada class mesti keluar dengan kawan-kawan. Perangai budak zaman sekarang jauh beza dengan budak zaman dulu, biasala semua Ibu Bapa sediakan.

"Kalau macam tu, awak pergi kemas barang-barang untuk sehari dua. Flight kita pukul 10 pagi." Lagi cepat urusan ni selesai lagi senang hati aku. Lepas Am habis belajar. Harapla Rara tu bertemu jodoh dengan Irham. Biar Irham tu belajar sikit pasal tanggungjawab.

" Aik, saya baru cakap nak pergi tapi tiket dah beli." Engku Dahlia tersenyum kecil.

" Hahaha, tempat isteri adalah disamping suami jadi kalau awak tak nak ikut pun awak kena ikut." Engku Nazzrin mencubit pipi isterinya itu.

LIFE ISN'T A FAIRY TALEWhere stories live. Discover now