Disebabkan malam minggu jadi sudah semestinya Gurney akan penuh dengan manusia yang datangnya daripada orang tempatan dan juga pelancong. Zara jarang ke Gurney kerana kebanyakan barangannya adalah barang yang berjenama seperti LV, GUESS, dan macam-macam lagi. Lain la Am yang sememangnya pengemar barangan berjenama. Walaupun Zara datangnya daripada golongan berada tapi tidak la sekaya Am.
" Zara, jom kita makan Seoul Garden nak tak. Semperna awak dapat kerja." Dia mengaku yang dia rasa sangat bersalah jadi demi menebus kesalahannya dia akan belanja Zara.
" Eh, biar betul awak ni. Mana awak tahu saya suka pergi Seoul Garden." Zara seperti kanak-kanak yang diberi lolipop. Dia dan Alia memang sangat sukakan Seoul Garden.
Apabila Am selesai bayar, mereka di bawa ke meja. Bagi siapa yang gemar makan seperti Zara memang patut singgah ke Seoul Garden. Restoran yang mengamalkan layan diri. Terdapat banyak jenis makanan yang berunsurkan kehidupan korea. Tiada had waktu yang diberikan kepada para pelanggan.
Ketika Am dan Zara mejamu selera. Iphone Am berbunyi, Am meminta diri untuk menjawab phone. Zara masih menjamu selera tanpa memperdulikan siapa pemanggil itu. Am berjalan dengan lemah longlai serta pucat.
"Am, are you okey. Kenapa ni? Siapa yang call?" Mata Am sudah berkaca. Dia terus menarik tangan aku dan beredar dari situ.
" Am apa ni. Awak kenapa? Sakit la Am." Jerit Zara tanpa memperduli mata-mata yang memandang ke arah mereka.
" Baby..Baby...Dia accident masa di taman mainan tadi. Langgar lari. Dia dalam ICU Hospital Lam Wah Ee." Jantung aku seperti berhenti. Air mata aku sudah mengalir ke pipi. Begitu juga dengan Am. Tangannya terketar-ketar. Am segera memandu ke hospital. Terbayang wajah comel Baby sewaktu kami pergi ke Zoo Taiping.
"Baby, kuat ye sayang. Jangan tinggalkan auntie princess dan Uncle Am. Sayang kena kuat. Ya Allah tolong selamatkan Baby." Hati aku berdoa sepanjang perjalanan. Mata Zara sudah dibanjiri air mata. Am hanya membisu dan terlihat air jernih membasahi pipi putih kemerahannya.
****
Setelah sampai ke parking Hospital Lam Wah Ee. Am berlari tanpa memperdulikan aku. Aku tahu Am risau kerana Baby dan Am sangat rapat. Aku mencepatkan langkah. Tapi aku tengok Am sudah terduduk . Abang Adha sedang memujuk Akak Tiara.
" Baby macam mana. Mana Baby?" Aku kuatkan diri aku. Aku tak boleh menangis depan mereka. Di situ hanya ada kami berempat. Mama dan Papa belum sampai lagi. Kakak Tiara memeluk tubuhku. Terdengar esakan kuat tangisan kak Tiara.
" Zara masuk la tengok. Kemungkinan dia hidup hanya 50-50." Kata Abang Adha yang cuba kuatkan diri walaupun matanya sudah kemerahan. Am masih terduduk dan tidak mahu masuk ke bilik ICU. Aku masuk ke bilik ICU yang menempatkan Baby. Aku di bawa oleh seorang nurse bernama Massakinah ke katil Baby.
" Auntie princess datang juga. Mana Uncle?" Keadaan Baby membuatkan kolam air mata aku pecah. Tapi aku tetap ukirkan senyum hambar. Aku keluar memanggil Am kerana aku tahu Baby mahu berjumpa dengan dia. Am akur dan dia mengelap air mata dan berpura-pura ceria. Am memegang tanganku.
" Baby,kenapa Baby tak hati-hati sayang. Baby sakit kat mana. Baby janji dengan Uncle, Baby kena kuat tau." Am memegang tangan Baby. Aku tahu Am sedih tapi dia tahan supaya kelihatan ceria depan Baby. Aku mengusap belakang Am untuk menguatkan Am.
YOU ARE READING
LIFE ISN'T A FAIRY TALE
Storie d'amoreEngku Fahad Irham dan Azzahraa Kayla ibarat angin dan ribut. Pasti akan bergaduh dan bertikam lidah akibat ego masing-masing. Tanpa mereka sedar mereka merupakan kawan baik ketika kecil-kecil dahulu dan merindui antara satu sama lain. Tetapi apabila...