BAB 25

26 2 0
                                    

Zara sudah sibuk menyediakan sarapan pagi. Am sudah lama keluar ke club golf. Dia masih terkejut dengan soalan Am. Adakah dia dengar perbualan aku dengan Alia. Teka hati Zara.

Zara menggeleng. Mana mungkin dia cakap slow ja. Mungkin dia saja nak mengusik aku. Dia lupakan soal itu. Dia mula mengeluarkan bahan untuk digunakan dari peti ais. Dia segera memasak bihun goreng dan juga cekodok. Selepas selesai dia meletak semua makan di atas meja. Dia segera ke atas untuk menunaikan solat sunat Dhuha.

Bila selesai dia membaca doa. Kedengaran deruman kereta memasuki perkarangan Villa mereka. Zara segera melipat telekungnya dan simpan di dalam almari. Dia turun ke bawah dan membuka pintu. Kelihatan wajah ceria Am.

" Assalamualaikum, awak dah bangun ke."Am tersenyum kepada Zara dan Zara menyambut salam suaminya.

" Awal, awak balik. Tak best ke? Selalunya tengah hari baru sampai." Zara mengambil beg golf dan meletakkannya di tempat asalnya. Di dalam almari stor. Am sudah duduk di atas sofa empuk di ruang tamu mereka. Matanya tertumpu dengan rancangan super spontan ulangan. Terdengar ketawa kecil Am dengan keletah para pelawak negara kita.

" Tadi akak Tiara call cakap nak ajak kita pergi Zoo Taiping. Tengah hari nanti awak free tak?" Am merenung mata Zara. Zara melarikan bola matanya dan menghindar daripada direnung oleh Am. Am tersenyum kecil. Matanya kembali ke skrin televisyen

" Satu hari ni saya free. Awak kalau nak makan, saya dah masak. Jom la turun bawah." Zara mengajak suaminya turun makan. Dia sengaja mahu menunggu Am makan sekali.

" Saya nak naik atas dulu. Nak solat sunat Dhuha sekejap. Kalau awak lapar. Awak makan la dahulu eak." Am mencubit dagu Zara sebelum lalu naik ke atas. Zara merasakan panas di seluruh wajahnya. Tersenyum gembira bibir gadis ini. Dia melihat gambar potret perkahwinan mereka di dinding ruang tamu. Entah kenapa hatinya gembira melihat senyuman Am.

"Adakah dia dah cintakan aku?" Tanya hati kecil Zara. Zara berangan tentang kehidupan yang seperti seorang puteri yang dicinta oleh seorang putera yang bernama Engku Fahad Irham. Tersengih seorang diri.

" Oit,berangan la tu. Tersengih sorang-sorang. Dah la saya lapar ni. Lepas makan awak bersiap la ye. Sebab pukul dua belas. Akak Tiara dan Abang Adha tunggu kita kat sana." Am menarik lembut tangan Zara. Zara hanya membiarkan dan mengikuti langkah Am ke tingkat bawah. Am mengambil tempat duduk di kepala meja. Zara menyendukkan bihun ke dalam pinggan Am. Am menyuap bihun goreng ke dalam mulutnya. Kepala Am terangguk-angguk. Dah macam Chef dalam program memasak dah gayanya.

" Sedap. Awak memang pandai masak." Am memandang Zara yang sedang tekun makan. Zara hanya tersenyum malu. Sebab buat pertama kali Am memuji masakannya. Selesai sudah mereka menjamu selera.

****

Zara dan Am bersiap untuk ke Zoo Taiping. Am hanya memakai simple. Baju kemeja putih dan seluar hitam manakala jubah Abaya menjadi pilihan Zara. Mereka keluar tepat pukul sebelas setengah. Hati Am gementar. Semoga rancangannya bersama kakak Tiara berjaya. Tepat pukul dua belas setengah, Am dan Zara sampai ke Zoo Taiping. Disebabkan hari minggu terdapat ramai pelancong di sana. Zoo Taiping sesak dengan lautan manusia. Rata-rata yang datang bersama anak-anak kecil. Tersentuh hati Am melihat sebuah keluarga yang sedang bergambar dengan Burung Kakak Tua. Memang hatinya mahukan sebuah keluarga dan dia teringin sangat menjadi seorang ayah.

LIFE ISN'T A FAIRY TALEWhere stories live. Discover now