BAB 37

75 3 0
                                    

" Raees dan Raeesah, jangan lari boleh tak. Mama tak larat." Zara menjerit bila melihat anak-anaknya berlari mengelilingi taman mereka. Tapi marahnya itu tidak di endahkan oleh anak kembarnya.

" Mama nengok (tengok) Abang Ees ni asyik kejar adik." Raeesah mengadu dengan pelatnya itu.

" Ees Ees. Kenapa kamu tak panggil Fabreez je. Penat Mama letak sesedap nama tu kamu panggil Abang kamu." Zara sudah bercekak pinggang. Raees dan Raeesah masih berlari mengelilingi taman permainan mini di Villa mereka.

" Abang ini tolong la kejarkan diorang tu. Saya ini macam mana nak kejar dengan perut macam ni?" Zara memarahi Am yang dari tadi hanya tekun membaca buku perniagaannya itu. Mata Am masih lagi memandang tepat ke arah buku.

" Ala depakan budak-budak lagi. Sayang tengok ja la." Zara menahan marahnya. Tangannya menampar lembut lengan suaminya itu.

" Awak ini sayang yang mengandung sembilan bulan. Lepas tu saya juga yang kena tengokkan. Habis tu Abang buat apa." Zara menunjuk protesnya kepada suaminya. Am hanya tersenyum dan melihat wajah comel isterinya.

" Tanpa Abang, awak tak dapat diorang tau dengan dalam perut tu sekali." Am tersenyum gatal dan mencubit lembut pipi gebu isterinya. Muka Zara kemerahan bila suaminya bergurau begitu.

" Abang jangan nak merepek pula ye. Cepat la pergi tengokkan diorang." Am meletakkan bukunya dan berdiri di depan isterinya.

" Boleh tapikan dengan satu syarat." Am meletakkan jari telunjuknya dibibir kemerahannya.

" Nak jaga anak sendiri pun kena syarat-syarat ka?" Zara menunjuk protes dengan sikap manja suaminya. Baju Raees dan Raeesah sudah comot dengan tanah.

" Ingat senang ke nak dapat anak sendiri so kena la syarat bila nak jaga." Zara mencium pipi Am.

Am sudah pergi ke arah anak-anak kembar mereka. Seronok Raees dan Raeesah bila Abi mereka turut sama bermain sorok-sorok. Zara menghabiskan masanya dengan membaca novel kerana dia tidak dapat bermain dengan anak-anaknya kerana di sedang berbadan dua. Telefon Note Samsung Zara berbunyi.

Tertera di skirn " Kakak Ipar Garang". " Assalamualaikum, kenapa call ini?"

" Waalaikumussalam, amboi sekarang dah tak boleh call dah ke? Kakak tahu la sapa kakakkan. Hanya menagih kasih sayang adik ipar." Zara menahan ketawanya bila Alia memarahinya.

" Kenapa Abang ada dekat sebelah ke?" Alia akan menukar bahasanya bila Abang Zaf berada dengannya.

" Pandai juga adik ipar kakak ni kan. Jangan lupa esok datang." Alia sudah ketawa. Suaminya berada di sebelahnya yang sedang menonton Tv. Dia dan Zara selalu dimarahi kerana panggilan mereka. Susah dapat suami tua ni.

" Leceh la Abang Zaf tu. Mengada. Tak lupa la. Untung la dapat ziarah tempat idaman aku. Kau mengandung tapi dapat pergi aku mengandung tapi tak dapat pergi." Rajuk Zara yang terpaksa ditinggal. Haja Asyraf sekeluarga akan menjalankan ibadat Umrah selama dua minggu. Tetapi Zara disarankan oleh doktor untuk tidak ke sana. Disebabkan kandungannya yang sudah mencecah tujuh bulan setengah.

" Ala bucuk masam seorang ini. Awak tu dah pernah pergi bagi la peluang akak pula. Lagipun kandungan akak baru masuk empat minggu." Alia memujuk Zara.

Dia turut sedih kerana keluarga Zara tidak dapat mengikuti rombongan mereka. Tetapi demi kesihataan Zara mereka perlu akur. Alia sudah disahkan hamil empat minggu setelah lama menunggu khabar ini. Bertapa gembiranya keluarga mereka mendapat tahu yang Abang Zaf bakal menjadi ayah.

" Ye la. Doakan aku dapat pergi lagi ye. Esok kita jumpa kat lapangan terbang ye Akakku sayang." Zara menamatkan perbualan mereka. Am dan anak-anak sudah berjalan ke arahnya. Zara mengambik tuala mengelap peluh anak-anaknya.

LIFE ISN'T A FAIRY TALEWhere stories live. Discover now