BAB 23

21 2 0
                                    

Di dapur.

Puan Mila sedang memasak sambal ikan keli. Alia dan Zara menghidangkan dalam pinggan. Memang semua family Zara tahu yang Alia memang sukakan sambal ikan keli masakan Mama. Jadi makan untuk malam ini semua bertemakan kegemaran Alia. Walaupun dia agak cemburu tapi dia cepat-cepat buang perasaan itu. Dia tahu Mama, Abang dan Ba nak Alia rasa selesa dalam keluarga ini. Zara hanya berdiam diri sejak tadi.

" Wah pelik anak Mama ni, diam je dari tadi. Ni ha ada ayam masak kicap. So tak payah buat muka macam tu eak sayang. Terkejut Am kalau tengok." Puan Mila tahu Rara tak berapa suka makanan laut. Dia memang pengemar ayam. Kasih sayangnya tidak pernah kurang terhadap anak-anaknya. Mama, membuka periuk dan memanaskan lauk ayam kicap.

" Ish mana ada Mama ni. Orang dok buat kerja. Kena fokus. Thanks Mama. Mama la yang paling best dalam dunia ni." Zara memeluk dan mencium Mamanya. Dia tidak pernah malu menunjuk kasih sayangnya kepada Mama. Alia hanya tersengih melihat keakraban dua anak beranak ini.

" Ish dah tua pun nak peluk-peluk lagi. Pergi peluk suami kamu tu. Alia, Rara. Mama nak naik atas kejap. Kamu berdua tolong hidangkan makanan ye." Mama meminta untuk beredar ke atas. Dia mahu membersihkan diri. Satu hari dia dan Zara duduk di dapur menyediakan jamuan makan malam. Alia dan Zara hanya mengangguk.

" Zara, hang marah dekat aku ka. Daripada tadi diam ja." Alia memulakan bicara. Dia kuatir jika Zara membencinya sebab berkahwin dengan Abangnya. Zara masih lagi berdiam sambil memotong timun.

" Zara, aku minta maaf la kalau aku ada buat salah. Hang tak suka aku jadi kakak ipar hang ka?" Sayu pertanyaan Alia. Memang dia mencinta Abang Zaf tapi Zara adalah kawan dunia dan akhirat. Dia tidak mahu sebab cinta dia hilang kawan karibnya.

" Ish mana ada lah ang ni. Aku suka ang jadi kakak ipar aku. Ala nak gurau sikit pun dah takut." Zara tersenyum. Dia memeluk Alia. Air mata kegembiran mereka membasahi pipi.

" Weyh ,tapi depan Abang aku ja tau aku panggil ang 'Akak'. Nak muntah 'green' kot panggil ang akak." Zara mengintai di pintu dapur. Takut-takut Abang dia terdengar. Gila nak panggil Alia dengan panggil akak.

" Hang ingat ang sorang ja nak muntah 'green' aku ni macam nak muntah 'pink' ang panggil aku akak. Macam tua sangat." Alia sudah ketawa terbahak-bahak. Nak bayangkan Zara panggil dia kakak pun dah geli hati inikan pula realiti.

" Nasib hang la dapat suami tua. Hahaha. Hang tolong jaga dan sayang Abang aku ye. Dia dah lama menderita. Tolong sayangkan dia macam mana aku sayangkan dia. Boleh?"Zara memegang erat tangan Alia. Zara tahu yang hati Abang Zaf dah cukup menderita.

" Aku akan sentiasa di sisi dia dan hang. Hang jangan risau. Insyaallah aku akan sayang dia." Alia memeluk Zara. Zara selalu cerita kisah Abang Zaf kepadanya jadi dia tahu yang Abang Zaf pernah dikecewakan. Alia lapkan air mata Zara.

" Dah la hari ni birthday aku. Yang hang menangis, pasal apa. Wehy nak tanya sikit boleh tak." Alia mengambil pinggan mangkuk dan di susun atas meja makan . Abang Zaf dan Am ada di ruang tamu jadi dia memperlahankan suaranya. Takut akan didengar perbualan mereka. Zara yang sedang membancuh air mengangguk kepalanya.

" Hang dengan Am dah okey ke. Aku tengok dia dah macam sayangkan ang. Risau gila dia tadi masa ang naik atas tu.

Hang berdua dah bercinta eak?" Sepanjang hari ini yang perhatikan Am yang selalu mengambil berat tentang Zara. Alhamdulillah kalau mereka sudah bercinta tapi Zara macam biasa ja.

" Aku dengan dia okey je. Tapi kami bukan macam pasangan suami isteri yang hangat bercinta. Tapi Alia aku rasa aku dah mula sayangkan dia. Tapi aku rasa sayang aku hanya bertepuk sebelah tangan. Sebenarnya bila dia dah sah menjadi suami aku. Aku dah mula sayang dan cintakan dia.Tapi aku sedar siapa aku di hatinya." Zara malu dengan kenyataan jujurnya tetapi dia perlu meluahkan perasaannya kepada seseorang. Alia hanya tersenyum.

" Mana eak perempuan yang kata dia tak akan pernah sayang lelaki yang bernama Engku Fahad Irham? Haahahahahah. Tu la betul tak apa aku cakap dulu." Alia ketawa. Lengan Alia menjadi mangsa cubitan Zara.

" Hang ni cakap tengok-tengok la sikit. Kalau dia dengar macam mana. Haish." Zara menjeling ke pintu masuk dapur. Dia sedar yang hatinya kini milik lelaki yang bernama Engku Fahad Irham. Cuma dia tahu yang dia hanya bermimpi di siang hari. Am kahwin dengan dia kerna terpaksa bukan atas dasar cinta. Perwatakan suaminya yang pandai mengusik membuatkan hati wanitanya tertawan.

" Ala kalau dia dengar pun, tak pa la. Korang tu suami isteri. Aku tahu dia pun mesti sayangkan hang. Cuma hang pa dua ni ego tinggi mengalahkan KLCC tu."

Alia hanya tersenyum melihat Zara. Mereka sudah siap menghidangkan makanan. Semua makanan kegemaran dia dan Zara terhidang di meja makan. Tetapi mereka tidak sedar sepasang mata dan telinga mendengar perbualan mereka. Tiba-tiba bibir kemerahan itu tersenyum.

LIFE ISN'T A FAIRY TALEWhere stories live. Discover now