Hari ni Zara memakai baju kurung modern polka-dot berwarna pink. Sesuaila kot untuk kenduri nanti. Mana Ba ni kata lagi 10 minit sampai dah dekat 20 minit dah ni. Tak akan sesat kot, Pulau Pinang ni kan tempat kelahiran kami sekeluarga. Dah la cuaca bukan main 'sejuk' ni. Zara mengomel seorang diri di depan pintu gate asrama. Kelibat kereta sudah kelihatan memasuki pagar kawalan asrama. Ha sampai pun Ba dengan Mama ni.
"Mama dengan Ba, kenapa lambat sangat? Lama tau Rara tunggu." Memang perangai dia daripada dulu sangat tak suka menunggu orang.
" Amboi tunggu la sekejap. Pulau Pinang sekarang jalan semua sesak. Cantik baju Rara ni, Mama tak pernah tengok pun baju ni. Beli dekat mana ni, sayang? " Anaknya nampak sungguh ayu memakai baju kurung polka-dot ni. Dia berharap sangat, Am berkenan melihat anak dara tunggalnya ni. Tapi dia tidak mahu memaksa Zara. Biar la keputusan diputuskan oleh Rara dan Am.
Memang betul cakap Mama. Semakin hari Pulau Pinang ni macam KL dah. Semua tempat sesak.
" Mama ni Rara tengah bercakap. Mama buat tak tahu ja. Tu la suka sangat marah Rara kalau berangan. Mana tak tumpahnya kuah kalau tak ke capati. Hahah. Alia yang belikan baju ni. Hadiah untuk birthday Rara. Nice kan." Memang dari kecil dia rapat dengan Mamanya itu. Tiada istilah berahsia antara dia dengan Mamanya. Memang semua ahli keluarganya memanggil aku dengan panggilan Rara.
"Pandai la kamu capati la roti canai la. Jangan pandai- pandai tukar peribahasa. Ha, Rara macam mana study? Semua okey ke tak. Alia sihat tak? Lama Mama tak jumpa dia." Dia kenal dengan kawan baik anak gadisnya itu. Pernah sekali Zara bawa Alia bermalam di rumah mereka. Berkenan sungguh dia dengan Alia yang sangat lemah lembut dan tahu hormat orang tua. Tapi sayang Zaf tidak mahu berkenalan dengan Alia kerana dia hanya anggap Alia sebagai kawan adiknya saja. Lagipun jarak umur mereka terlalu jauh.
" Alhamdulillah, semuanya okey. Alia kirim salam dekat Mama dengan Ba. Zara ingat nak bawa Alia sekali. Kenduri apa ni Mama? Sampai Alia tak boleh ikut. Wedding siapa ni?" Selalunya Mama yang suka kalau Alia ikut sekali tapi bukan untuk kali ni.
" Kita bukan nak pergi wedding Rara. Tapi nak pergi rumah kawan Ba. Nanti Rara tengokla siapa orang tu. Lain kali kita bawa Alia okey. Tapi hari ni ada perkara penting nak di bincangkan." Haja bersuara .
Sepanjang perjalanan hanya Zara yang banyak mengomel. Mama dan Ba hanya gelak dan bersuara bila perlu. Lepas rindu dekat Mama dan Ba selepas sebulan tak jumpa. Mereka masuk ke pekarangan perumahan mewah. Banyak juga rumah cantik-cantik disini. Kan best kalau satu hari nanti aku dapat belikan Mama dan Ba rumah macam ni. Bisik hati Zara. Kawasan perumahan in bukan calang-calang orang boleh duduk. Semua kerabat la Tan Sri semua.
" Okey kita dah sampai. Zara ,jangan terkejut sampai pengsan okey. Sebab tak ada siapa larat nak angkat Zara nanti." Kata-kata Ba buatkan aku jadi tanda tanya. Siapa kawan Ba tu?
" Wah besarnya rumah ni Mama. Mesti jutawan ni, rumah sampai tiga tingkat. Serious rumah ni besar and nice." Dari luar kawasan perumahan mewah ni dia dapat meneka bahawa penghuni di kawasan perumahan ni bukan calang-calang orang. Rumahnya saja boleh muatkan beribu-ribu orang kalau buat kenduri. Siapa pemilik rumah mewah ni? Villa Prince Charming. Pelik betul nama Villa ni.
" Assalamualaikum." Haja memberi salam.
" Waalaikumusalam, Alhamdulillah. Dah sampai pun bakal besan aku ni. Jemput masuk Haja. Ini Rara ka, Ya Allah cantiknya menantu Papa ni." Zara semakin comel dan cantik tambahan dengan pakai yang cukup sopan. Tak salah pilihan dia untuk menjodohkan Am dengan Zara. Mata Zara terbutang apabila melihat lelaki di hadapannya.
" Ini bukan Uncle Na ka? Mama, ni kan Uncle Na dengan Auntie Lia." Tak sangka dia akan berjumpa dengan mereka. Kini dia faham maksud Ba. Tapi mana Am, dia masih ingat dekat aku ka?
YOU ARE READING
LIFE ISN'T A FAIRY TALE
RomanceEngku Fahad Irham dan Azzahraa Kayla ibarat angin dan ribut. Pasti akan bergaduh dan bertikam lidah akibat ego masing-masing. Tanpa mereka sedar mereka merupakan kawan baik ketika kecil-kecil dahulu dan merindui antara satu sama lain. Tetapi apabila...