BAB 29

22 1 0
                                    

Mama Lia sudah siap memasak makanan malam. Kalau tengok meja makan di rumah Am macam nak buat kenduri kahwin. Mata Am membutang melihat udang masak pedas. Itu juadah untuk Papanya yang sangat gemarkan udang masak pedas. Am memang tidak boleh menyentuh udang. Nampak tak bertapa mengadanya suaminya itu.

" Mama sedapnya udang masak pedas ni. Nak sikit boleh tak teringin sangat ni." Am merayu kepada Mamanya. Macam budak tadika meminta lollipop. Mama Lia hanya menggeleng menandakan tidak setuju.

" Am, awak tu tak boleh makan udangkan. Nanti masuk hospital lagi macam mana?"

" Ala Mama,sikit je. Just nak rasa. Teringin sangat ni. Masa tu Am dah makan. Sihat ja." Am membuat muka seposen. Haish umur dah tua bangka ada hati nak buat muka comel. Comel la sangat.

Mama Lia hanya mengangguk dan Am loncat kegembiraan. Dia menyenduk tiga ekor udang ke dalam pinggannya dan memakan dengan selera. Mama Lia hanya memerhati kerana risau ada kecemasan berlaku. Aku pun takut juga kalau Am jatuh sakit tapi nampak macam okey je. Siap tambah lagi tu.

" Alhamdulillah, rasanya awak tu dah boleh makan udang la ni. Ha Zara makan cepat." Mama Lia sudah membasuh tangannya dan membaca doa makan.

Kami bersembang kosong. Papa masih belum pulang daripada berjumpa sahabat lamanya. Tidak lama kemudian dengar bunyi enjin kereta. Mama bangun untuk menyambut kepulangan Papa. Am hanya meneruskan suapannya dengan penuh nikmat. Macam tak pernah makan.

" Ha Am, Zara. Kamu berdua baru sampai ka?" Papa berjalan ke arah meja makan. Mama Lia berjalan di belakang Papa. Aku menyalami Papa begitu juga dengan Am. Mama Lia mahu menyedukkan makanan ke atas pinggan papa tetapi di halang oleh papa. Kemungkinan sudah makan makanan malam bersama kawan- kawan lama Papa.

" Oh ya Am. Macam mana dengan projek-projek syarikat kita? Papa ingat nak melawat pejabat esok. Kamu free tak?" Papa bersuara memecah kesunyian di ruang makan. Am hanya tersenyum dan mengangguk menandakan di setuju dengan cadangan papanya untuk mengadakan lawatan di syarikat. Sudah lama papanya tidak melawat syarikat mereka.

" Bagus juga tu Papa. Papa pun dah lama tak datang. Alhamdulillah, semua projek berjalan dengan lancar. Cuma Papa, Am nak bincang dengan Papa untuk kembangkan empayar kita dalam dunia penghotelan. Nanti Am akan tunjuk kertas kerja dekat Papa." Zara dan Mama hanya mendiamkan diri. Lelaki kalau dah bersembang tentang kerja, anak bini pun dah lupa. Tapi aku dan Mama faham. Semua yang mereka buat adalah untuk mencari rezeki yang halal untuk kami anak-beranak.

" Bagus idea kamu tu Am. Oh ya, kamu ada dengar berita tak. Tadi papa jumpa dengan Papa Linda." Am hanya kerutkan dahi. Dia hanya menggeleng kepala.

" Linda kena tangkap sebab kes bunuh. Ala apa nama budak tu. Anak Dato Kamal tu." Engku Nazzrin cuba ingat tentang perbualan dia dengan sahabatnya tadi.

" Zack ke Papa? Biar betul. Kenapa pula?" Tiga pasang mata terbutang. Mama Lia hanya menggelengkan kepalanya. Dia tidak sangka Linda sanggup membunuh.

" Ha nama budak tu Zack. Entah la polis jumpa mayat budak Zack dalam bilik hotel. Linda sendiri yang mengaku yang dia yang bunuh." Engku Nazzrin hanya menggeleng. Terkejut juga dia bila tahu tentang Linda. Nasib baik la bukan Linda menjadi menantunya. Suap Am terhenti. Zara hanya mendiamkan diri. Zara tahu yang Am risaukan Linda. Dia turut bersimpati tetapi hatinya diusik rasa cemburu.

" Nasib baik la kamu tak kahwin dengan Linda tu." Mama Lia bersuara sekian lama mendiamkan diri. Am hanya mendiamkan diri. Seleranya mati. Am hanya merenung.

" Rara, Mama nak tanya sikit boleh tak?" Mama Lia menukarkan perbualan mereka. Zara hanya tersenyum dan mengangguk.

" Kamu dengan Am belum dapat berita gembira lagi ke?" Mama Lia tersengih. Dia teringin nak menimbang cucu. Semua kawan-kawannya sibuk mencerita tentang kehebatan cucu masing- masing. Zara hanya memandang Am yang sedang mendiamkan diri sejak tadi.

LIFE ISN'T A FAIRY TALEWhere stories live. Discover now