BAB 4

44 2 0
                                    

Macam kebiasaan, dewan kuliah akan bising macam pasar malam jika tiada pensyarah. Masing-masing dah dewasa tapi langsung tak matang. Yang lelaki sibuk mengorat, yang perempuan sibuk bergossip . Mungkin sebab Ba agak kawal aku semasa aku remaja hinggakan aku tiada perasaan apabila ada kena-mengena dengan topik lelaki. Tapi aku bukan lesbian.

Ish kenapa pula Prof ni lambat masuk ni? Prof Famir, seorang Prof, yang cukup Handsome bak kata Alia muka dia iras- iras Aril Zafril. Tapi memang benar kalau kata mereka adik beradik, mesti orang percaya.

" Oit Zara, kau menungkan apa? Mai la duduk dengan kami. Kami tengah gossip pasal boyfriend Hang ni." Aku yang single macam mana pula boleh ada boyfriend ni? Zara membuat muka pelik. Kerut seribu dahinya, Zara menutup buku karya Teme Abdullah yang baru menjadi salah satu koleksinya dan mengambil tempat di sebelah Alia.

" Hellooo , cheq ni single okey. Hang pa ni gossip pasal sapa?" Aku ni asal orang Penang jadi loghat Penang tu dah sebatila dalam diri aku ni. Mami Penangla kata kan.

"Siapa lagi kalau bukan Prince Charming USM kita. Engku Fahad Irham Bin Engku Nazzrin . He so cute, handsome and kaya. Kalau siapa tak kenal family dia, tak payah duduk Malaysia la buat malu ja. Semalam pun majalah Jutawan ada pasal keluarga dia. The most important thing, semua aset aset kekayaan Nazlia tu akan diwariskan kepada anak tunggal mereka. Engku Fahad tu dah di nobatkan sebagai jutawan muda Malaysia tau. " Siapa tak kenal Engku Nazzrin, sebut ja Syarikat Perkapalan Nazlia akan terbayang bangunan yang gah di seluruh pelusuk dunia. Engku Nazzrin pun terkenal dengan sikap yang cukup rendah diri tapi sayang anak dia tu perangai sebijik macam hantu. Zara membuat muka kelat dan menyampah. Tetapi Zara tidak pernah melihat raut wajah ahli keluarga Engku Fahad.

" Dia boyfriend aku. Dia cute and hensem? Oiii, Farah Hang ni buta ka apa. Muka macam pecah rumah boleh kata handsome. Dia hanya kaya dengan duit ayah dia. See, dia hanya perlu menjalankan perniagaan ayah dia. Tanpa usaha dia, dia jadi kaya. Sorry bagi aku, dia hanya seorang lelaki yang dimanjakan dengan kekayaan keluarga sahaja." Senior yang paling aku benci adalah Engku Fahad Irham. Prince Charming konon muka ja handsome macam iras-iras Lee MinHo tapi perangai nauzubillah.

" Muka pecah rumah hang kata. Oii ang tu yang buta. Dia tu sikit punya handsome macam Lee MinHo. Alah nanti dah kerja mesti dia jadi CEO Syarikat Nazlia. Mesti dia akan berusaha untuk memajukan syarikat dia." Sah Zara ni buta. Tapi satu perangai Zara ni, dia ni macam tak ada perasaan dekat lelaki. Semua lelaki mengorat dia mesti kena tolak. Tak ada satu pun yang berjaya buka pintu hati si Zara ni.

" Dah la, aku malas nak cakap pasal 'Prince Charming' hang pa tu. Wehy, jom p makan, aku lapaq ni. Kuliah pun dah batal." Malas nak dengar Alia berleter. Bagi dia luaran bukanla jaminan kebahagian tapi yang penting hati yang ikhlas. Tapi kenapa dia benci sangat dengan Engku Fahad Irham tu?

Kafe hari ni sangat ramai orang. Hari ni hari lapar sedunia ka? Tak ada langsung meja yang kosong. Yes ,target berjaya ada satu meja kosong. Meja, aku tak akan lepaskan kau!

Alhamdulillah, kami berjaya dapat meja ni. Zara dan kawannya meletakkan semua barang mereka di atas meja.

" Wehy, aku pergi beli makanan sat eak. Hang pa jangan bangun tau. Satgi bila aku balik baru turn hang pa pula beli makanan okey." Macam emak yang bagi amaran kat anak suruh duduk senyap-senyap. Alia dan Farah hanya mengangguk dan mengambil tempat duduk.

Selesai aku beli, aku terus ke meja kami tapi kenapa muka beruk tu yang duduk kat situ? Aku silap tempat ka? Tapi tu kan buku-buku and files kami. Sah tempat kami kena kebas. Bodoh punya pencuri meja!!! Zara melangkah kasar menuju ke arah mejanya.

LIFE ISN'T A FAIRY TALEWhere stories live. Discover now