BAB 36

26 1 0
                                    

" Tak sedap la Mama. Air ni pahit." Zara menjelir lidahnya kerana kepahitan ubat akar-kayu pemberian mak longnya dari Kampung. Abang Zaf dan Am hanya ketawa melihat tingkah laku Zara yang terpaksa berpantang.

" Rara, awak tu pakar farmasi. Ada ke ubat yang sedap dalam dunia ni?" Zaf memerli adik tunggalnya itu. Zara menjelir lidahnya. Am masih lagi membersih Raeesah. Sesekali sekala terdengar suara rengek Raees. Mungkin cemburu melihat adiknya dibelai Abinya.

" Tunggu la Abang. Bila Alia pantang. Padan muka Abang."

" Yang berpantang akak Alia bukan Abang. So Abang boleh makan apa sahaja coklat or cold water. Sedapnya. Yummmmyyy." Zaf menjongket keningnya. Zara hanya menahan amarahnya. Am dan Alia mengambil keputusan bermain dengan Raeesah dan Raees

" Zara minta Abang kena morning sickness macam Am. Baru Abang tahu langit tinggi ke rendah." Zara menarik muncungnya. Tanda protes dengan Abang Zaf yang sedang minum air bandung ais di hadapannya. Mama yang baru datang dari arah dapur bercekak pinggang.

" Dah ada anak bini suami pun masih bergaduh macam budak-budak. Malu la sikit." Puan Mila hanya menggeleng dengan perangai anak-anaknya. Akhirnya ruang tamu dipenuhi dengan gelak ketawa mereka.

****

Petang itu Abang Zaf dan Alia meminta diri untuk pulang ke Melaka. Kini tinggal mereka berempat. Am masih sibuk melayan Raees. Raeesah masih lena. Zara tersentuh melihat suaminya yang banyak membantunya menjaga anak-anak mereka kerana pergerakkan terhad. Zara tersenyum sendiri.

" Sayang okey tak? Kenapa senyum seorang-seorang ni?" Am memandang pelik isterinya tersenyum sorang-sorang.

" Zara suka tengok Abang layan Raeesah dengan Raees. Nampak macho. Abang thanks sebab banyak tolong sayang. Sorry sebab susahkan Abang." Zara memeluk lembut lengan suaminya.

" Apa yang sayang cakap ni. Sayang tak pernah susahkan Abang. Tapi kalau tanpa sayang yang akan susahkan Abang." Am mencium bibir mungil Zara. Zara menepuk lembut tangan suaminya. Takut kalau perbuataan mereka dilihat Mama dan Ba. Am hanya ketawa bahagia.

" Abang memang suka tengok muka Zara tahan malu. Sebab tu dulu Abang selalu kacau Zara. Sebab isteri Abang nampak comel bila marah."

" Sebab tu ja nampak comel. Habis tu hari-hari lain tak comel la?" Zara memuncungkan mulutnya. Am menarik lembut bibir isterinya.

****

" Mana cucu-cucu, Tok Atta." Keesokan harinya seawal pagi Engku Naz dan Engku Dahlia datang untuk melihat cucu-cucu mereka.

" Eh Papa, awalnya datang." Am menguap dan rambutnya kusut masai menunjukkan dia baru bangun daripada mimpi. Papa Naz hanya tersenyum melihat anaknya itu.

" Dah, Papa tak mahu tengok kamu tapi nak tengok cucu- cucu Papa." Engku Naz menolak lembut anaknya yang menghalang pintu. Am mencebik melihat sikap Papanya.

" Tengok Mama. Anak sendiri di tolak sebab cucu." Am mengadu dengan Mama Lia. Engku Dahlia hanya tersenyum manis. Am menyalami tangan Mamanya.

" Awak tu dah besar, jadi bagi la cucu-cucu Papa pula manja dengan Tok Atta dia." Engku Nazzrin memerli sikap manja anaknya.

" Walau apa-apa pun Am tetap anak Papa dengan Mama." Zara hanya ketawa dengan sikap manja suaminya itu. Raees ketawa kecil bila diusik dengan Tok Atta mereka.

" Zara macam mana. Okey tak? Ada apa-apa beritahu Mama semua. Mana Mama dengan Ba kamu." Mata Engku Dahlia meliar mencari besannya. Suaminya masih sibuk bermain dengan Raees manakala Raeesah masih lena.

LIFE ISN'T A FAIRY TALEWhere stories live. Discover now