" Abang, dah berapa hari ni Am tak call pun. Saya risau dekat Rara . Kalau Am tu buat perangai ka dera Rara ka." Risau hati Engku Lia kerana anak menantunya tidak call mereka. Dia Cuma risaukan keadaan Rara saja.
" Ish awak ni cakap macam Am tu penjenayah. Lia awak tu kena la doa baik-baik. Saya kenal anak saya tu macam mana." Terkejut dia bila mendengar keluhan isterinya.
" Tak adala. Lepas wedding terus balik. Lepas tu senyap macam tu ja. Tahula dah ada isteri tapi janganla sampai lupakan kita ni." Dia kesal dengan perangai Am yang seperti melupakannya. Bukan cemburu dengan Rara cuma dia risau. Tambah-tambah mereka berkahwin bukan atas dasar cinta.
" Hai la Lia oiii. Awak ni dengan menantu sendiri pun nak cemburu. Masa Am tak mau kahwin, awak paksa-paksa. Lani dah kahwin cemburu dengan menantu sendiri. Biar la mereka tu nak selesa antara satu sama lain. Entah-entah mereka sekarang tak boleh hidup berenggang. Biasa la macam kita muda-muda dulu." Engku Nazzrin tersenyum nakal. Engku Lia faham maksud senyuman itu. Muka Engku Lia berubah menjadi merah.
" Abang jangan nak mengatal. Ingat kita ni dah tua."
" Lia, awak jangan lupa saya ni masih muda. Awak tu yang tua. Awak tau kalau saya ni nak kahwin, ramai yang nak tau. Silap hari bulan, anak dara muda daripada Rara pun nak kat suami awak ni." Tersembur ketawanya bila melihat muka isterinya menahan marah.
" Awak jangan nak mengatal. Kalau awak nak tengok isteri awak ni mengamuk. Awak buat la! Silap hari bulan dengan tok-tok kadi sekali saya hempuk. Dah la saya nak tidur."Engku Nazzrin tahu bila isterinya marah mesti berawak-saya. Hahahah tua-tua pun nak cemburu , huduh la orang tua merajuk. Engku Nazzrin menerus bacanya di tepi kolam renang.
****
Di rumah Banglo dua tingkat lain pula ceritanya
" Awak ada call Rara tak? Dah berapa hari tak call ni." Haja bertanya kepada isterinya yang sedang khusyuk menonton drama bersiri Adam dan Hawa . Dia hanya menggelengkan kepalanya.
" Awak ni macam tak risaukan anak awak ja. Siap boleh tengok Adam dan Hawa lagi ni." Sakit hati dengan perangai
isterinya yang ambil ringan pasal anak gadis mereka itu. Apa la yang dia suka sangat dengan Aaron Aziz ni.
" Abang ku sayang. Anak perempuan awak tu bukan pergi perang dia ada dekat rumah suami dia. Yang kita nak risau kenapa? Bagi la dia sikit masa nak selesa dengan villa baru dia tu." Suaminya tu amat risau tentang anak gadis mereka. Sejak Rara kecil lagi amat kawal setiap gerak-geri Rara. Tu la orang kata kalau anak lelaki, si mak cemburukan menantu. Kalau anak perempuan pula, si Bapa pula yang cemburukan menantu.
Haja hanya teruskan bacanya. Dia tahu isterinya itu memerli sikapnya. Bukan apa, dia hanya risau keadaan mereka berdua mahunya Rara tu buat perangai dekat Am. Macam mana?
" Ish, Mama ni asyik tengok cerita ni ja. Dulu Rara dengan cerita korea dia. Sekarang Mama dengan Aaron Aziz pula dah. Cerita ni dah lama la Mama. Tak bosan ke tengok berulang kali. Mama, mana semua teddy bear Rara dekat bilik dia? Tak nampak pun." Zaf yang baru turun ke ruang tamu. Dia mendapat cuti rehat dua minggu kerana kenduri Rara. Lagi 4 hari nak balik dah.
"Oh teddy bear tu semua Am ambil hari tu. Kenapa kamu masuk bilik adik kamu? Kamu macam tak tahu perangai Rara yang tak suka orang ambil barang dia atau pegang kan." Susah dapat anak gadis cerewet macam tu. Sebiji perangai ayah dia ni.
" Oh apa pula. Dia tu suka-suka hati ambil lappy (notebook) orang. Orang masuk la nak ambil. Dia ingat dia sorang ja tak suka orang lain ambil barang dia habis dia ambil barang orang tak pa?" Sperti biasa Zaf dan Rara suka bergaduh kerana hal yang remeh- temeh. Tapi mereka sangat rapat.
" Kamu ni macam budak-budak la. Ingat umur tu dah makin tua. Bila Mama nak tengok kamu ni kahwin pula? Mama pun teringin nak ada menantu perempuan." Risau hati ibunya memikir tentang anak terunanya yang sorang ni. Tak mahu kahwin lepas putus tunang dengan Arina tu.
" Belum sampai seru lagi Mama. Ala In Shaa Allah, nanti Zaf kahwin la." Zaf malas melayan soalan cepumas Mamanya itu. Hatinya masih belum terubat lagi walaupun sudah 6 tahun berlalu. Puan Mila hanya mengeluh dengan sikap anaknya itu. Dia tahu Zaf masih rindukan Arina
"Kalau nak tunggu sampai seru. Kamu nak tumbuh uban dekat rambut baru terhegeh-hegeh nak cari ka?"Pening dengan anak teruna dia sorang ni. Si Alia dah depan mata pun tak nampak.
" Mama jangan risau okey. Lelaki ni Mama. Lagi tua lagi ramai peminat. Nanti Zaf bawa 4 menantu dekat Mama, jangan Mama terkejut sudah. Hahahah." Dia tahu Mamanya risau tapi tunggu la sehingga dia boleh terima perempuan lain dalam hidupnya. Memang kini dia rapat dengan Alia tapi dia menganggap Alia hanya sebagai adik saja . Jarak antara Alia dengan dia terlalu jauh. 6 tahun! Bukan setahun dua.
" Zaf, Mama nak tanya sikit ni. Apa pandangan Zaf tentang Alia. Kalau kamu suka Mama boleh pergi merisik." Panjang umur bisik hati Zaf.
" Mama, Alia tu terlampau muda untuk Zaf. Lagi pun Zaf anggap dia tak lebih daripada seorang adik. Alia tu terlampau baik Mama untuk Zaf." Zaf mengeluh lembut.
Dia tahu Alia menyimpan perasaan terhadapnya cuma dia takut yang dia tidak dapat menyintai Alia sepenuhnya. Kerana cintainya hanya pada seorang gadis yang bernama Arina.
" Zaf, kita kalau nak cari calon pasangan kena la yang baik baik. Kamu tolong la fikirkan pasal ni. Jangan sebab mengenangkan kenangan yang dah lepas, kamu hilang permata di hadapan mata. Tolong Zaf tolong move on." Puan Mila memandang sayu anak lelaki tunggalnya. Hati ibu mana tidak sedih melihat anaknya menderita di tinggal kekasih hati,
" Mama, Ba. Jangan risau. Zaf akan cari dan lupakan kenangan yang lama. Cuma Zaf harap beri Zaf waktu untuk membuka pintu hati ini. Zaf janji yang Zaf akan bawa balik Permaisuri hati Zaf seramai empat orang sekali gus. Okey tak Mama." Zaf memeluk erat tubuh ibunya dan mencium manja pipi Puan Mila.
Puan Mila hanya menjeling mendengar gurau anaknya itu. Akhir sekali ruang tamu itu dipenuhi dengan gelak tawa mereka sekeluarga.
YOU ARE READING
LIFE ISN'T A FAIRY TALE
RomantikEngku Fahad Irham dan Azzahraa Kayla ibarat angin dan ribut. Pasti akan bergaduh dan bertikam lidah akibat ego masing-masing. Tanpa mereka sedar mereka merupakan kawan baik ketika kecil-kecil dahulu dan merindui antara satu sama lain. Tetapi apabila...