Minggu depan dah start cuti semester. Zara menjemputnya ke rumah kerana family Alia masih berada di London atas urusan keluarga di sana. Hati kecilnya mahu sangat pergi kerana satu alasan iaitu Abang Zaf. Dari pertama kali melihat lelaki itu, hati gadisnya telah dicuri. Tapi dia kecewa dengan sikap dingin Abang Zaf yang selalu melarikan diri. Jarang dia jumpa lelaki yang sangat matang, bertimbang rasa dan sangat menghormati orang tua dan perempuan. Dia suka cara Abang Zaf melayan kerenah Zara.
Rindu aku ingin melihat wajah kacak Abang Zaf. Muka Abang Zaf saling tak tumpah macam Lee Kwang Soo, pemain Runinngman . Cute kan. Bertuah siapa dapat jadi permaisuri di hati lelaki bernama Zafrul Adam. Nak pergi ka tak ni? Zara ada kata yang Abang Zaf balik untuk bercuti seminggu. Pergi sajala daripada duduk rumah sorang-sorang.
Sedang Alia berangan tentang perkahwinannya dengan Abang Zaf tiba-tiba 'debummmm'.
" Bodoh punya lelaki. Awat, dia ingat dia tu bagus sangat? Muka macam pak cik tua anak sepuluh . Geramnya aku dengan lelaki gila tu!" Kalau tengok keadaan Zara sekarang mesti orang ingat dia meroyan. Nafas Zara turun naik kerana menahan amarah yang sudah meletup.
" Amboi hang. Oii aku tau la hang tu kaya. Bilik ni bukan bilik hang. Jadi buka la pintu tu 'slow' sikit. Macam nak pi perang. Lelaki mana pula yang bodoh ni?" Alia tahan saja keinginan nak gelak. Balik- balik kata lelaki bodoh. Hanya seorang saja lelaki bodoh dalam hidup Zara. Engku Fahad Irham!
Zara hanya membiarkan soalan Alia tidak terjawab. Dia mahu menenangkan hatinya yang sedang kusut. Tanpa menyalin pakai, dia terus menarik selimut bercorak teddy bearnya lalu menutup seluruh badannya. Dalam dua tiga hari ni tidurnya tidak nyenyak kerana dia sering bermimpi ngeri. Mimpi itu juga ada kena mengena dengan Engku Fahad Irham.
Alia hanya tersenyum melihat kerenah Zara. Dia tahu kawan baiknya ni sedang berperang dengan perasaan sendiri. Terkejut juga dia bila Zara memberitahu Bahawa Zara akan dikahwinkan dengan orang yang paling dia benci. Siapa lagi kalau bukan Prince Charming Malaysia. Nasib kau la Zara! dapat husband yang menjadi kegilaan wanita di Malaysia ni. Tapi sebenarnya Zara tak tahu yang Engku Fahad adalah lelaki yang cukup terbaik untuk dijadikan suami. Tetapi ego membutakan itu semua.
" Alia tak payah la tersengih-sengih. Tu dalam beg Toys R Us tu ada teddy bear. Hang pilih la yang mana hang nak. Sorry la aku hari ni mood off."
Alia terperasaan beg biru di atas meja study Zara. Dia melihat isi kandungan beg tersebut. Wah, teddy bear Spongebob dan Patrick. Zara tahu yang dia amat meminati watak 'cartoon' Patrick.
" Thanks. Sayang hang. Aku ambik Patrick ni tahu. Yang Spongebob tu hang punya okie dokie." Dia memang tahu yang Zara amat meminati mengumpul teddy bear. Abang Zaf pun selalu mengepos Teddy Bear kepada Zara. Pernah sekali Abang Zaf memberi dua teddy bear kepada Zara. Kata Abang Zaf, satu untuk Zara satu lagi untuk Alia. Teddy Bear berbentuk rabbit. Teddy Bear itu menjadi teddy bear kesayangan Alia dan selalu menemaninya tidur.
" Hang ni dengan Abang aku tu sama. Suka sangat dengan Patrick ni. Abang Zaf kata walaupun Patrick ni bodoh, dia selalu ada untuk spongebob. Hang tau dia pernah kata nak cari isteri perangai macam Patrick. Yang selalu ada dengan dia dan boleh gembirakan hati dia masa dia susah dan senang." Pelik sungguh dia dengan Abangnya yang seorang tu. Susah mahu jatuh hati dengan perempuan lain setelah Kak Arina memutuskan pertunangan mereka setahun lepas. Kak Arina cinta pertama Abang tapi kak Arina sanggup tinggalkan Abang untuk bersama lelaki lain.
" Betul la cakap Abang hang tu. Patrick ni sentiasa ada dengan Spongebob. Memang dia bodoh tapi dia selalu ada disisi Spongebob."
Abang Zaf, Alia sanggup jadi Patrick untuk Abang Zaf. Alia nak sangat Abang Zaf jadi Spongebob Alia.
YOU ARE READING
LIFE ISN'T A FAIRY TALE
RomanceEngku Fahad Irham dan Azzahraa Kayla ibarat angin dan ribut. Pasti akan bergaduh dan bertikam lidah akibat ego masing-masing. Tanpa mereka sedar mereka merupakan kawan baik ketika kecil-kecil dahulu dan merindui antara satu sama lain. Tetapi apabila...