BAB 11

28 2 0
                                    

Tepat pukul 12, kereta Mini Cooper Zara sudah kelihataan di villa mereka. Mini Cooper ni merupakan salah satu hantaran Am untuknya. Kereta yang menjadi impiannya daripada sekolah rendah lagi. Akhirnya termakbul juga. Senang dapat suami kaya boleh kikis duit. Hahahah Zara gelak jahat.

"Hamboi, mentang-mentang anak jutawan. Aircond and tv pasang macam tu ja. Aku hempok juga buaya darat ni kang." Marah Zara dengan sikap membazir Am tu.

" Nak hempuk buaya darat mana? Nak saya tolong hempukkan untuk awak. Ingat saya ni suami awak!" Jerkah Am. Zara tidak sedar bahawa Am sedang berada di tangga semasa dia pulang.

Senang nak hempuk aku. Aku hempuk balik tak mati masuk ICU. Keluar newspaper ' Isteri yang baru berkahwin di hempuk suami kerana suaminya tidak tutup aircond dan tv' wah famous aku nanti. Walaupun sebenarnya aku memang dah terkenal. Am tersengih- sengih dengan lawak yang hanya dia yang dengar.

" Oh kau buaya darat sudah datang ka?" Zara menutup mulutnya itu. Adusss,time-time ni pun dia nak melatah.

" Apa kau kata? Aku tak berapa nak dengar." Jarak Am dengan Zara sangat dekat hingga Zara boleh terbau perfume Am, Bleu De Chanel. Dia ni duduk rumah ja pun tapi pakai perfume macam nak pergi first date. Satu botol perfume apa dia sembur!

" Hoii dorami! Aku tengah bercakap dengan kau bukan dengan tembok tu. Payah dapat isteri kuat berangan dengan melatah macam mak nenek. Dahla masak pun tak sedap!" Entah kenapa Am sangat suka melihat muka Zara masa tengah marah. Dia sangat cute bila marah.

"Awak ni kenapa? Rumah ni punya besar. Yang datang dekat-dekat dengan saya ni kenapa. Kenapa awak suka panggil saya dorami? Suka hati sayala nak masak sedap ka tak sedap. Kalau awak nak makan makanan yang sedap-sedap tu makan kat luar ataupun pergi rumah Mama Lia." Zara menolak badan sasa Am. Aku masak penat-penat, boleh pula dia kutuk masakan aku ! huh.

" Sejak bila kau jadi polis pencen tanya soalan macam- macam. Aku boleh bagi satu jawapan ja. Suka hati akula nak buat apa pun. Aku King dalam villa ni." Lagak Am untuk menyakitkan hati Zara.

" Memang la awak King. Awak King Kong." Zara menjeling.

" Jeling jeling, aku korek biji mata tu kang. Nak? Ingat saya ni suami awak. Respect sikit."

" Dahla saya nak ke dapur. Duduk sini lama-lama pun buat sakit hati ja. Susah kalau nak cakap dengan buaya darat tua ni." Zara balas kata-kata pedas Am dengan kata-kata 'terindah'. Padan muka ! ingat aku heran dengan kau. Pegi dahhh.

" Awak kata saya apa!" Terbutang mata Am mendengar gelaran paling terindah untuk dia. Tak sangka mulut perempuan ni boleh tahan 'manis' juga. Am menarik manja telinga Zara.

" Sakitla. Sayang kan. Muka ada ,kaya pula tu. Tapi pekak bapak segala badak awak ni." Tanpa menunggu lama Zara berlari ke tingkat bawah. Dia tahu jika lebih lama duduk dengan lelaki 'tingtong' itu lagi banyak dosa yang bakal dia tanggung.

Am tergelak kecil dengan perangai Zara. Dia selesai dengan tugasnya. Alhamdulillah, projeknya sudah selesai. Cerita 'Istanbul Aku Datang' menjadi tontonannya.

Zara pula turun ke tingkat bawah. Dia hairan memandang meja makan sudah kemas. Dia pergi ke dapur. Pinggan semua sudah di cuci. Tapi mana nasi goreng yang lebih?

" Am, nasi goreng yang lebih mana? Awak letak dekat mana?" Jerit Zara dari tingkat bawah.

" Aik tak dengar ka. Dia ada kat tingkat dua ja. Am!!!! Nasi goreng ada dekat mana?" Zara masih menjerit lagi tetapi Am masih berdiam. Hish,lelaki ni kalau tak menyusahkan hidup aku tak sah . Zara terpaksa panjat juga tangga untuk ke tingkat dua.

LIFE ISN'T A FAIRY TALEWhere stories live. Discover now