" Assalamualaikum, Engku Fahad. Boleh saya masuk." Rozy berlakon sopan. Dia melihat Am yang sedang memeriksa kertas cadangan. Rozy pasti perempuan mana yang melihat Am pasti akan jatuh cinta dan sanggup laku apa saja untuk memilikinya.
" Waalaikumussalam, masuk. Ada apa?" Semenjak Rozy bekerja di situ hati Am sering rasa tak selesa. Tapi kini pakaian Rozy tidak seperti dulu tetapi perangai gediknya itu masih ada. Bila di fikir-fikirkan balik, Rozy ni macam Linda. Am tidak memandang Rozy tetapi terus meneliti kertas cadangan daripada Syarikat Gerhana.
" Hari ni jadual Engku Fahad hanya ada janji temu dengan Pengurus Syarikat Kapal. Pukul 2.30 petang dan dekat Full House. Lepas tu Engku Fahad free." Rozy suka bila berdua-duaan dengan Am. Dia sudah dapat bayangkan bahawa dia adalah isteri kepada Engku Fahad Irham. Rozy tersenyum malu bila Am memandang tepat ke matanya.
" Okey kalau macam tu. Awak beritahu Encik Hakim, suruh dia ikut saya. One more thing, lepas habis meeting tu saya tak masuk pejabat. Awak boleh balik awal." Am mengelak untuk membawa Rozy menemaninya.
" Tapi Engku Fahad. Saya yang patut pergi kan? Saya ni kan setiausaha Engku Fahad. Spatutnya mana Engku Fahad ada kat situ saya kena ada." Terkejut Rozy bila Am memberi arahan begitu kepadanya. Hari ni dia berhias cantik dan sopan semata-mata mahu keluar berdua dengan Am.
" Awak ni merepek apa Rozy. Awak tu setiausaha bukan isteri saya. Kalau isteri tu betul la juga, dekat mana suami ada isteri kena ada di sisi. Dah pergi buat kerja. Ingat beritahu Encik Hakim. Esok awak tolong aturkan janji temu saya dengan Syarikat Faezzram. Kalau boleh secepat yang mungkin." Walaupun Am bercakap lembut tetapi sangat tegas. Kata-kata Am membuat Rozy kecewa. Rozy segera meminta diri dan keluar.
****
" Kau tunggu Am. Satu hari kau akan tergila-gilakan dekat aku. Kau jangan sombong, sayang." Rozy bercakap seorang diri setelah pintu bilik Am ditutup. Dia melihat tepat pintu itu seolah-olah Am yang di situ. Rozy tidak sedar bahawa Hakim sudah di belakangnya.
" Rozy, awak cakap apa sorang-sorang ni?" Hakim pelik melihat perempuan cantik begini cakap sorang-sorang. Rozy hanya tersengih dan kembali ke mejanya. Hakim terus masuk ke dalam pejabat Am.
" Encik Hakim, Engku Fahad minta Encik Hakim pergi mesyuarat petang ini dengan Pengurus Syarikat Kapal." Rozy menyampaikan pesanan kepada Hakim. Hakim hanya mengukirkan senyuman tanda faham sebelum membuka pintu Pengarah.
" Bagus kau datang ni. Macam ni kau tolong ikut aku jumpa Dato' Bakar. Nak bincang pasal kapal-kapal tu. Malas aku nak bawa perempuan tu. Naik lemas aku. Mengalahkan isteri aku." Dia ingat lagi masa perjumpaan dengan Dato Kassan. Rozy melayan Am macam suami sampaikan Dato' Kassan sangkakan Rozy itu 'wife' Am.
" Aku okey ja. Kau ni pelik la Am. Kalau orang lain dah LAMA bawa Rozy makan angin sekali tau." Hakim sangat bangga berkawan dengan Am. Walaupun dahulu Am terkenal dengan sifat 'terlebih mesra' dengan wanita tetapi dia sangat hormat dengan kaum hawa.
Bila Am sudah mendirikan rumah tangga, dia sangat menjaga tingkah lakunya untuk menjaga hati si isteri kerana wartawan-wartawan hiburan suka mencari gossip tentang Am untuk di hidangkan di dalam majalah mereka. Jika Am silap langkah ataupun keluar dengan mana-mana wanita akan diketahui satu Malaysia.
****
Setelah Am dan Hakim selesai berbincang. Hakim meminta diri. Hakim masuk ke biliknya untuk menyiapkan kerja yang tertangguh. Ketika dia membuka laci, dia terlihat sebingkai gambar seorang perempuan yang ayu memakai baju kurung yang sedang membaca buku. Dia terkenang saat manis itu.
Klik.
"Abang Hakim buat apa tu? Tangkap gambar orang ke ? Delete la." Zara yang cuba merampas kamera daripada tangan Hakim. Zara perasaan ketika dia sedang membaca buku, Hakim mengambil gambarnya. Hakim selalu melawatnya ketika hujung minggu. Selalu membawa buku-buku untuk dikongsi bersama.
YOU ARE READING
LIFE ISN'T A FAIRY TALE
RomantizmEngku Fahad Irham dan Azzahraa Kayla ibarat angin dan ribut. Pasti akan bergaduh dan bertikam lidah akibat ego masing-masing. Tanpa mereka sedar mereka merupakan kawan baik ketika kecil-kecil dahulu dan merindui antara satu sama lain. Tetapi apabila...