BAB 13

26 2 0
                                    

Zara sedang sibuk hendak menyediakan makan malam untuk mereka berdua. Sudah dua minggu usia perkahwinan mereka. Selama dua minggu tu juga la dia tidak menghubungi Mama dan Ba. Bukan mogok tetapi sibuk hendak menyesuaikan diri sebagai pelajar yang sudah berumah tangga. Dia hanya bertanya khabar melalui aplikasi "What-sapp" sahaja

" Hai nak masak apa pula ni ya?" Zara memikirkan menu untuk makan malam . Sambil memotong bawang. Tetapi dia masih buntu hendak masak apa.

" Hoii jangan masak udang sudah." Am saja mahu menyakat Zara kerana dia tahu isterinya itu kuat melatah. Tapi Am tidak sedar risikonya menyakat orang melatah di dapur. Daripada tadi dia ada disitu melihat gelagat Zara. Takut juga dia kalau Zara letak ubat ka racun ka.

" Ha mati kau pencuri gila." Zara terkejut hingga membaling pisau ke arah Am yang sedang berdiri di pintu dapur.

Nasib baik balingan Zara tidak tepat. Pisau itu terpacak di dinding yang hanya tiga inci tepi Am saja. Muka Am pucat lesi bila melihat pisau itu menuju ke arahnya. Jantungnya seperti sudah tidak berfungsi. Matanya terbutang melihat pisau itu. Nasib baik tak kena kalau tak memang arwah aku hari ni. Am menarik nafas lega. Taubat tak kacau dah Zara masa kat dapur.

" Hoiii ka...kau..n..nak bunuh aku ka apa. Nasib baik pisau ni tak kena muka aku tau." Am tergagap-gagap dan rasa bersyukur yang dia masih hidup lagi. Am bernafas seperti orang yang baru dikejar anjing. Muka Am seperti tiada darah, pucat.

" Ala kenapa tak kena pula. Hish. Padan muka awak. Dah tau saya melatah, kejutkan saya lagi. Buwekkkk." Zara menjelirkan lidahnya. Dia turut terkejut dengan tindakannya itu. Nasib baik aku tak jadi janda lagi kalau tak jatuh saham aku. Am hanya berdiam kerana amat terkejut dengan kemalangan itu.

"Kenapa pula saya tak boleh masak udang? Saya baru nak masak sambal tumis udang." Dia rasa bersalah dan dia tahu Am masih terkejut. Kalau la dia mati tak pasal-pasal semua perempuan di Malaysia kejar aku pasal bunuh Am. Minta di jauhkan semua tu.

"Kau ni tadi nak bunuh aku dengan pisau lani nak bunuh aku dengan udang pula. Kau tau tak aku alah pada binatang tu?" Dia tak sanggup nak masuk hospital hari-hari pasal hanya makan udang. Dah la esok dah start kerja.

" Oh ya ka awak alah udang? Kenapa la awak tak bagitahu awal-awal kalau tak hari-hari saya masak udang." Betul juga masa tu Mama Lia ada kata jangan masak udang. Am kalau makan udang habis muka di naik biji-biji.

" Kau ni kerja nak bunuh suami ja kan. Kau ingat aku ni suami kau. Jangan buat apa-apa yang boleh buat kau menyesal." Am memberi amaran. Jarak Am dengan Zara sangat dekat.

" Kau ni pendek la. Apa la nasib aku dapat isteri macam dorami." Am menolak dahi Zara. Am mahu meninggalkan dapur. Tadi pisau melayang nanti entah apa pula melayang. Perempuan ni bukan boleh. Gila!

" Lebih baik kahwin dengan doreamon daripada kahwin dengan buaya darat macam awak." Kata Zara yang boleh di dengar oleh Am walaupun perlahan. Am menahan geram dengan perangai keras kepala isterinya. Ego,suka-suka hati panggil aku buaya darat.

****

Menu yang aku masak. Jeng...jeng...jeng. Ikan masak tiga rasa, sayur campur, ayam goreng dan keropok goreng. Ini saja la yang boleh di masak. Susah jadi isterinya kena fikir pasal makan ja. Dapat pula suami yang macam bela hantu kalau makan.

Seperti yang dikatakan. Am sudah tambah nasi tiga kali. Zara sudah lama selesai makan. Am masih di meja makan. Tapi badan kurus macam tu juga. Maybe sebab setiap pukul 6, Am akan pergi ke Gym di tingkat atas. Mewah sungguh hidup dia. Rumah pun nak ada gym. Kolam renang kat luar tu pun tak pernah guna tapi nak juga kolam renang besar gedabak tu.

LIFE ISN'T A FAIRY TALEWhere stories live. Discover now