7 BULAN KEMUDIAN
Zara hanya tersenyum manis bila melihat Abang Zaf dan Alia sedang berjalan melangkah ke pelamin yang tersergam indah karya Mamanya.
Akhirnya Abang Zaf sudah bertemu jodohnya. Tepat pukul sepuluh pagi tadi, Alia menjadi kakak iparnya. Abang Zaf mengenyit matanya bila terpandang adiknya.
" Oit termenungkan apa tu." Am memeluk pinggang Zara dari belakang. Perut Zara sudah membuncit mengendong bukti cinta mereka. Bila-bila masa sahaja anak mereka akan melihat dunia.
" Dia yang termenung. Kata kat kita pula. Cantikkan pengantin." Zara membalas pelukan suaminya. Berbaloi penat lelah dia dan Mama menghias dewan ini.
" Aik teringin nak naik pelamin sekali lagi ka?" Am mengusik isterinya. Zara menjeling manja.
" Jangan orang yang cakap tu yang teringin naik ye. Siku nanti naik dekat muka kacak Abang ni." Am tergelak lucu dengan amaran isterinya. Dia tak sabar mahu memberi kejutan buat isterinya. Kejutan ini khas buat isterinya semperna ulang tahun mereka.
Majlis berjalan seperti dirancang. Semua keluarga Haja Asyraf sibuk melayan tetamu yang hadir. Abang Zaf dan Alia sedang bersembang dengan ahli keluarga dan sahabat-handai yang datang. Mata Zara meliar mencari kelibat suaminya.
" Abang, nampak tak Abang Am?" Zara menarik lengan Abang Zaf. Abang Zaf hanya mengerutkan dahi dan menggeleng kepalanya. Sebenarnya itu semua rancangan mereka berdua. Tiba- tiba dewan gelap gelita. Terdengar jeritan kecil dek terkejut.
Terdapat lampu di atas pelamin. Dari jauh kelihatan kelibat Am yang memegang guitar dan tersenyum ke arah Zara. Zara terkejut.
" Assalamualaikum, Saya ingin tujukan lagu ini khas buat isteri saya. Azzahraa Kayla Bt Haja Asyraf. Maaf pengantin, lagu ini bukan untuk anda." Seluruh dewan dipenuhi gelak ketawa. Zara menutup muka dek malu dengan suaminya itu. Kini dewan di penuhi dengan bunyi petikan guitar.
Oh Oh Oh
It's beautiful life
Forever I'll stay by your side
It's beautiful life
Always standing right behind you
Beautiful love
Cause we're standing under the same sky
Even though we are world's apart
Beautiful life
Beautiful day
Though I am only living in memories
Beautiful life
Beautiful day
Won't you let me inside your heart
Beautiful my love
Beautiful your heart
It's beautiful life
It's beautiful life
It's a beautiful life
Is it forever you and I?
It's a beautiful life
I hope we'll never say goodbye, no no no no
Beautiful love
Your tears, your smile, it completes me
And always will until the end of time
It's beautiful life
Beautiful day
YOU ARE READING
LIFE ISN'T A FAIRY TALE
RomanceEngku Fahad Irham dan Azzahraa Kayla ibarat angin dan ribut. Pasti akan bergaduh dan bertikam lidah akibat ego masing-masing. Tanpa mereka sedar mereka merupakan kawan baik ketika kecil-kecil dahulu dan merindui antara satu sama lain. Tetapi apabila...