Penuh meja Am dengan kertas kerja dan proposal daripada syarikat- syarikat yang ingin menjadi rakan perniagaan mereka. Dengan projek untuk membuka syarikat mereka di Korea sudah bermula. Memang terkenal dengan perangai Am yang sangat teliti dengan kerja. Semua akan di semak oleh Am. Rozy menghantar Dokumen Kapal dari Jepun.
" Rozy, hari ni saya nak stay back sebab nak selesaikan semua. Tolong beritahu pengawal. Faham" Am yang sedang menyemak kertas kerja memberi arahan kepada Rozy . Rozy hanya tersenyum gembira. Nampaknya ada peluanglah nak berdua-duaan dengan Am.
" Baik. Engku Fahad, saya akan temankan Engku Fahad." Rozy segera melangkah gembira menuju ke pintu. Tapi langkahnya terhenti bila Am memanggilnya.
" Awak jangan buat lawak bodoh. Nanti hanya kita dua je. Awak nak kahwin free ke? Saya tak mahu. Awak Balik sekarang." Am ketawa sinis. Dia memang agak menyampah dengan perempuan jenis Rozy. Kalau Zara yang teman tak apa la juga. Kalau Rozy macam berduaan dengan kucing miang.
" Baik la. Saya keluar dulu." Rozy menahan amarahnya. Dia terus mengambil beg dan jaketnya di meja dan berlalu. Di sebalik pintu tangga, dia mendail nombor seseorang. Nombor Mak Su Linda Gila, kelihatan di skrin Samsung Wavenya.
" Mak su tolong buat apa yang kita plan hari ni. Kalau Mak Su tak buat, semua rahsia Mak Su akan bocor." Ugut Rozy.
" Ish Mak Su ni. Mak su call pejabat agama bagitahu yang ada maksiat berlaku dekat sini. Bodoh, itu pun kena beritahu ka. Kalau rancangan ni tak berjaya. Mak Su tahu akan akibat dia. Faham." Rozy mematikan talian.
Dia tersenyum sinis bila memikirkan bahawa hari ini dia akan jadi isteri kedua kepada lelaki yang diminatinya sejak remaja, Engku Fahad Irham.
Rozy memusing kebelakang bila dia terdengar orang memanggil namanya. Matanya terbutang apabila melihat susuk tubuh Hakim memandangnya. Hakim hanya tersenyum kepadanya. Rozy senyum gelisah.
" Awak buat apa sorang-sorang kat tangga ni. Tak balik lagi ke?" Hakim menegur Rozy. Sebenarnya dia hendak pulang tapi dia terdengar orang menjerit di tangga. Tapi dia tidak faham dengan perbualan Rozy sebentar tadi. Mungkin dia salah dengar.
" Oh, tadi emak saya call. Nak balik la ni. Mari Encik Hakim." Rozy menipu. Hakim hanya mengangguk dan mengatur langkah ke lif. Mereka telah masuk ke dalam lif. Wajah cantik Rozy di basahi peluh dingin. Hatinya gelisah. Hakim hanya membisu di sebelahnya.
" Oh ya. Engku Fahad dah balik ke?" Hakim memecah kesunyian dengan soalannya. Mata Rozy membutang. Otaknya ligat memikir jawapan yang sesuai. Kalau dia kata Am ada di atas mesti Encik Hakim nak teman. Dia mendapat idea.
" Engku Fahad sudah balik, Encik Hakim. Penat sangat dia kata. Biasa la banyak projek nak kena selesaikan." Tipu Rozy. Bibirnya tersenyum manis. Hakim hanya tersenyum dan bersangka baik. Otak Hakim ligat berfikir dengan apa yang dia dengar perbualan Rozy tadi. Husnuzzon ( bersangka baik).
****
Pintu lif sudah terbuka luas. Setelah Hakim mengucap selamat tinggal. Dia mengatur langkah ke tempat letak keretanya. Hatinya berdebar-debar. Macam ada benda yang buruk bakal jadi. Dia meraba poketnya untuk mengambil telefon Blackberrynya. Dia
mahu menanya khabar Am. Tapi tidak jumpa. Hakim menepuk dahi licin gebunya.
" Aduh, boleh pula lupa nak ambil dalam laci." Hakim mengaru kepala tidak gatalnya. Nak ambil ka tak.
YOU ARE READING
LIFE ISN'T A FAIRY TALE
RomanceEngku Fahad Irham dan Azzahraa Kayla ibarat angin dan ribut. Pasti akan bergaduh dan bertikam lidah akibat ego masing-masing. Tanpa mereka sedar mereka merupakan kawan baik ketika kecil-kecil dahulu dan merindui antara satu sama lain. Tetapi apabila...