BAB 28

20 2 0
                                    

Kereta Am memasuk perkarangan Villa. Dia menarik nafas lega. Dia segera keluar untuk memeluk isterinya. Dia terhutang budi kepada Hakim yang telah menyelamatkan rumah tangga dan masa depannya. Dia sudah berada di biliknya. Zara sudah dibaluti selimut tebal. Dia meletak beg dan membaringkan badannya di atas katil. Dia memeluk badan kecil Zara. Zara hanya bergerak kecil dan memeluk tangannya. Dia tidak sedar bila matanya sudah terlelap dengan pakaian pejabatnya.

Am terasa seperti ada benda yang sedang bermain di hidungnya. Matanya yang layu terbuka kecil. Kelihatan wajah Zara yang tersenyum manis dan bibirnya terus tersenyum. Am segera bangun tetapi kepalanya seperti berpusing-pusing.

" Abang demam ka. Orang kerja pun jaga la kesihatan." Zara memegang dahi Am. Kemudian dia memegang dahinya. Dahinya berkerut. Tak panas pun. Sama sahaja. Am mencubit pipi gebu Zara.

" Mana ada sakit. Lain kali tanya dulu. Jangan serbu tak pakai tudung ye Puan Engku Fahad Irham." Am mengusik Zara. Zara mencubik perut kempis Am. Am hanya ketawa gembira. Terlupa tentang peristiwa semalam. Zara hanya tersengih bila mencium bibir suaminya yang sedang termenung.

" Wah isteri Abang dah pandai bermanja-manja ye." Am mengeletek pinggang Zara. Kesunyian malam menjadi ceria dengan gelak ketawa manja Zara dan Am.

" Abang ni la. Sekarang dah nak habis waktu tahu tak. Cepat la pergi ambil wuduk." Zara mencium dahi suaminya. Suaminya hanya mengangguk dan berlalu ke bilik air. Zara hanya tersenyum gembira melihat kebahagian yang Allah telah pinjamkan kepadanya. Dia sendiri tidak sangka orang yang paling dibenci menjadi orang yang sentiasa dapat membuat bibirnya tersenyum.

" Amboi, termenungkan apa sayang. Pergi cepat. Kita berjemaah ye." Am mencuit hidung mancung Zara. Dia segera membentangkan sejadah untuknya dan Zara. Selepas beberapa minit, Zara sudah selesai memakai telekungnya. Selesai mereka menyelesaikan tanggungjawab mereka sebagai hamba. Am membaca doa.

" Ya Allah, Ya Tuhanku. Kami berlindung kepadaMu. Kami hanya hambaMu yang hina, yang selalu melakukan dosa-dosa. Kami memohon pertolonganMu dan bukakanlah pintu taubatMu kepada kami. Limpahkanlah kebahagiaan dalam rumah tangga kami dengan Nur cahayaMu dan keberkatanMu. Jadi kami sepasang suami isteri yang soleh dan solehah. Berilah kami zuriat yang soleh dan solehah yang dapat menjadi pembimbing di dunia dan juga di akhirat kelak. Amin Ya Rabbal Alamin." Am meraup mukanya dan memaling badannya kebelakang. Zara sudah menghulur tangannya. Dia mencium kepala Zara.

" Maafkan segala kesalahan Abang selama ini. Abang harap sayang dapat menerima baik dan buruk Abang." Am memeluk Zara. Hatinya tenang setiap kali melihat senyuman isterinya. Bertapa indahnya bercinta selepas nikah. Dia bersyukur kerana mendapat jodoh seperti Zara.

" Abang, Zara pun sama. Banyak kesalahan dan kekurangan Zara. Tolong bimbing Zara di dunia dan akhirat ye." Zara mencium pipi suaminya. Mereka tersenyum bahagia. Zara mengemas katil sebelum turun ke bawah. Dia harus segera memasak dan mengemas rumah sebelum pulang ke rumah Mama dan Ba dan juga ke rumah keluarga mertuanya.

****

Di ruang tamu Puan Mila dipenuhi gelak tawa Zara dan Alia. Mereka sedang sibuk merancangan majlis pernikahan dan bersandingan Alia dan Abang Zaf. Tidak lama lagi majlis pernikahan mereka akan berlangsung. Alia tidak mahu mengadakan majlis pertunangan jadi kurang sikit penatnya. Zara adalah orang yang paling sibuk berbanding pengantin.

" Yang pelamin ni cantik. Tapi banyak sangat bunga. Macam semak sikit. Kita kurangkan dekat bahagian tepi ni. Kita just letak dekat atas. Kita guna warna tema Baby Blue. Kerusi ni kita ambil warna putih. Okey tak?" Zara sibuk meneliti lukisan hasil tangan pekerja Mamanya. Alia hanya bersetuju kerana dia pecaya dengan cita rasa Zara.

" Adik, Abang oiii. Macam awak pula yang nak kahwin. Lagi busy dari kami." Zaf mencubit pipi gebu adiknya. Semakin hari semakin tembab si Zara. Mungkin terlampau gembira. Dia juga sentiasa bersetuju dengan cita rasa adiknya itu. Gementar juga hatinya bila dia akan mengalas tanggungjawab sebagai suami. Zaf mengambil tempat duduk di sebelah Am.

" Biasa la Abang. Rara ni macam nak kahwin lain. Macam dia pula nak buat majlis kahwin." Am menjelir lidahnya kepada Zara. Yang menjeling ke arah suaminya. Mereka hanya tergelak.

" Biasa la perempuan,Am. Kita ni kalau boleh, baju tu pun beli dekat pasar malam. Lagi cantik daripada baju yang harga beratus ringgit." Am hanya mengangguk tanda setuju. Memang betul lelaki tak akan ambil kerja yang pening. Kalau boleh lagi ringkas lagi bagus.

" Abang ni. Kahwin sekali saja jadi buat la betul-betul. Kita buat simple but nice." Zara membebel. Alia hanya membelek kain satin untuk pelaminnya. Semua tu datang dari kedai pengatin Mama.

" Asyik bergaduh sahaja la kamu berdua ni. Dah boleh jadi Mak Bapa orang pun asyik gaduh." Puan Mila mengambil tempat duduk disebelah Alia.

Dia membelek kain-kain yang akan digunakan untuk pelamin anak pertamanya. Semua kain itu datangnya dari India. Dia sentiasa mahukan yang terbaik bukan sahaja untuk keluarga tapi untuk semua pelanggannya.

" Zaf ingat nanti pergi ambil kad jemputan. Kita dah kena pergi menjemput." Pening dan sibuk dengan majlis yang nak diuruskan. Keluarga Alia masih di London kerana urusan kerja jadi sebagai ibu mertua dia harus menolong Alia.

" Ye la Mama. Esok Zaf pergi ambil. Ala jemput yang penting-penting sahaja. Jangan sampai satu kampung nak jemput." Zaf tersengih seperti kerang busuk. Mama Mila hanya menggeleng. Kalau nak harapkan Zaf dia hanya buat majlis nikah sahaja. Dah besar pun kena memantau semuanya.

" Mama, Rara dengan Am nak kena pergi rumah Mama Lia. Nanti takut balik lewat pula. Esok Zara datang rumah sebab nak temankan Abang ambil kad. Abang esok jangan lupa pergi tengok cincin." Zara menyalami tangan Mama Mila. Mama Mila mencium lembut di dahi anak tunggal perempuannya. Am menyalami sebelum meminta diri.

****

" Awak jangan kerja keras sangat. Nanti awak letih." Am menasihati Zara. Zara hanya tersenyum dan terharu dengan Am yang sentiasa mengambil berat terhadapnya.

" Ala, kawan baik saya dengan Abang saya nak kahwin. Tak salahkan saya tolong sikit. Abang cemburu ke?" Zara mengusik suaminya.

" Perasaan, tak ada masa nak cemburu. Walau apa-apa pun, awak tu milik Abang. Awak yang kena takut kalau Abang cari lain." Am mengangkat keningnya. Am membuat muka bangga.

Zara mencubit lengan Am. Akhirnya mereka ketawa gembira.

LIFE ISN'T A FAIRY TALEWhere stories live. Discover now