BAB 30

22 2 0
                                    

Am dan hakim sudah tiba di bilik penunggu cermin lut sinar. Hakim hanya mendiamkan diri. Am pun asyik teringatkan Zara. Zara sudah tidak menelefonnya lagi.

Tiba-tiba pintu di sebalik ceremin lut sinar terbuka. Kelibat dua polis berpakaian seragam dan Linda kelihatan. Linda mengenakan baju penjara dan tudung putih. Tubuh Linda sudah susuk dan mukanya tidak seceria dulu. Perutnya buncit seperti orang yang sedang mengandung.

" Awak ada lima belas minit sahaja untuk berjumpa." Tegas polis perempuan itu memberi arahan. Dia melangkah dan duduk di tepi penjuru bilik. Linda hanya menundukkan wajahnya. Am menarik nafas .

" You, dah makan? You sihat tak?" Am menanyakan soalan. Dia tidak tahu mahu menyusun ayat. Dia takut menguris hati Linda. Soalannya hanya dijawap dengan anggukan. Hakim di sebelah sudah merapatinya. Hakim mengambil kerusi dan duduk disebelah Am.

" Linda, kitaorang datang ni sebab risaukan you. Tapi you hanya diamkan diri. Apa dah jadi sebenarnya. Ada apa-apa kitaorang boleh tolong." Hakim bersuara. Sayu hatinya melihat keadaan Linda. Linda yang dulunya seksi dan cantik kini sudah tiada lagi. Linda mengangkat wajahnya. Air mata sudah mengalir di pipinya. Matanya sembap dan kemerahaan.

" I tak sangka yang you akan datang. I malu nak tengok muka korang. Tapi mungkin ini last I tengok muka korang. Thanks Am sebab sudi datang setelah macam-macam I buat dekat you." Esakan Linda semakin kuat. Air matanya laju mengalir. Tangannya memeluk perut buncitnya itu.

" Dah la tu Linda. Walau apa-apa pun, you kawan kitaorang. Cuba you cerita benda yang sebenarnya. Apa yang dah berlaku." Am memujuk Linda. Sedih hatinya bila wanita yang pernah bertahta di hatinya kini dalam kesusahan.

" I mengandungkan anak Zack. Dah tiga kali I gugurkan jadi kali ini kalau I gugurkan I boleh mati. Zack tak mahu bertanggungjawab. Malam tu, dia call dan minta I buat kerja kotor tu lagi. I geram jadi I bunuh dia. Betul kata you Am, I perempuan yang jijik." Linda hanya menundukan mukanya. Dia takut kalau kata-kata sinis yang akan keluar dari mulut Am. Anak dalam kandungannya sudah mencecah lapan bulan.

" Linda apa yang I kata dulu, I tak maksudkan. Linda kenapa you tak cerita dekat I. I sanggup bertanggungjawab atas bayi yang you kandungkan tu." Am mengeluh. Dia sanggup bayar semuakeperluan anak Linda daripada Linda hidup dalam penjara. Linda memandang Am dan tersenyum.

" Am, you ni masih macam dulu. Am, you dah ada kehidupaan yang sempurna disamping isteri you. Zara seorang perempuan yang baik, sanggup ke you hancurkan hatinya semata- mata demi perempuan hina macam I. I tak sanggup. Sudahlah dosa yang I dah tanggung." Bibir merekah dan kebiru-biruaan Linda tersenyum terpaksa. Matanya kemerahan.

Am hanya memandang kosong. Betul cakap Linda, dia hanya memampu bercakap tapi dia tak sanggup melukakan hati isterinya. Hakim hanya membisu.

" Am, jaga isteri you baik-baik. Jangan hilangkan dia. I nak minta maaf atas semua kesalahan I selama kita berkawan. Tolong doakan I bila I dah tak ada. Pasal anak saudara you pun semua tu sebab I. I yang langgar dia. I tak sengaja dan I takut. Kakak Tiara dah tahu pasal ini. Dia yang suruh I rahsiakan pasal ini." Linda merayu kepada Am dan Hakim. Dia memegang lembut perutnya. Dia mengesat air matanya.

" Apa yang you cakap ni Linda? You yang langgar Baby? Bila kakak Tiara tahu?" Hakim terkejut dengan pengakuan Linda.

LIFE ISN'T A FAIRY TALEWhere stories live. Discover now