Ruang tamu Banglo Haja Asyraf sudah di penuhi dengan gelak ketawa. Alia hanya membatu. Semua ahli keluarga Zara termasuk Am sudah mengucapkan 'Happy Birthday' tapi Abang Zaf langsung tak cakap apa dengan dia.
Tiba-tiba ruang tamu mereka gelap-gelita. Di pintu dapur kelihatan cahaya kecil. Ruang tamu bergema dengan nyanyi lagu selamat hari jadi. Abang Zaf yang memegang kek berhenti di depan Alia. Mata Alia berkaca kerana terharu dengan layanan keluarga Zara terhadapnya.
" Tengok la tulisan atas kek tu." Abang Zaf bersuara dan tersenyum indah.
Di atas kek tu tertulis 'Sudikah awak menjadi isteri saya'. Air mata Alia mengalir. Hanya Allah saja tahu bertapa gembiranya dia.
"Alia Insyirah , sudikah awak menjadi zaujah (isteri) saya dan menjadi sebahagian dalam keluarga Haja Asyraf?" Terketar Zaf menyampaikan hasrat di hati. Sepanjang malam dia menyusun ayat.
Sebenarnya Mama, Ba dan Zara sudah tahu tentang ini. Orang yang paling gembira adalah Zara.
Dia yang mencadangkan kejutan ini . Jika rancangan Zaf hanya akan berterus terang. Tak payah tutup lampu segala. Alia memandang Zara. Zara hanya mengangguk dan tersenyum lebar.
" Saya setuju kalau Mama dan Papa saya setuju. Tapi Abang kena janji akan bimbing saya di dunia dan akhirat. Terima baik dan buruk Alia." Tangisan kegembiran mengalir ke pipinya. Dia tak sangka bahawa Abang Zaf akan melamarnya hari ni. Dia meniup lilin. Semua bertepuk tangan dan mengucapkan tahniah. Mama Mila memeluknya.
" Selamat datang ke keluarga kami, Alia. Mama happy sangat Zaf akan dapat isteri macam kamu. Tolong jadi isteri dan menantu yang solehah." Mama Mila menasihatinya.
" Tak lupa juga kakak ipar yang solehah dan patuh segala perintah adik ipar." Zara memeluknya. Dia tak sangka yang kawan karibnya akan jadi kakak iparnya. Ini adalah hari yang paling bahagia.
" Tak, aku akan jadi kakak ipar yang paling kejam sekali." Alia tersenyum sinis. Dia tahu Zara ada 'ketua' dalam rancangan ini. Baginya ini adalah hari yang paling bermakna untuknya.
" Abang tengok ini bakal isteri Abang nak jadi kakak ipar paling kejam." Zara mengadu kepada Zaf yang hanya berdiam diri. Zaf hanya menggeleng dengan adiknya. Sebenarnya kalau bukan adik dia yang beria-ia mahukan Alia menjadi kakak iparnya mungkin dia tidak akan menyampaikan hasrat hati. Dia berterima kasih kepada Zara. Kerana menyedarkannya daripada luka dahulu.
" Ish adik ini. Dah ada suami, mengadu la dekat suami. Kalau adik mengadu dekat Abang, Alia nak mengadu dekat siapa? Abang dah tak kisah pasai adik dah. Adik bukan tanggungjawab Abang pun." Zaf menarik telinga Zara. Mereka memang suka mengusik. Tapi tak sangka guraunya itu membuat Zara menangis dan dia menunduk mukanya.
" Hurmmm tak pa la macam tu. Adik tahu siapa adik sekarang. Adik bukan tanggungjawab Abang. Adik lupa. Tak pa la adik nak naik dulu." Rajuk Zara. Air matanya sudah mengalir ke pipi gebunya. Semua di ruang tamu terdiam. Zara sudah melangkah ke atas.
" Mama, kenapa dengan Rara tu. Selalu kami melawak biasa je." Serba salah Zaf dibuatnya.
" Tak apa. Saya pergi tengok dia kejap ye." Am meminta diri untuk naik ke atas. Dia risau dengan isterinya. Selalunya Zara bukan macam tu. Tak akan cemburu dengan kakak ipar kot. Pintu bilik Zara di buka. Dia duduk di birai katil.
****
" Zara, awak okey tak ni. Kenapa tiba-tiba awak emo pula. Awak cemburukan kakak ipar awak ke?" Zara hanya membatukan diri.
"Ish awak ni. Kenapa awak yang naik? Sepatutnya Alia dengan Abang yang naik. Rosakla plan saya." Zara memukul lengan Am yang berada di sebelah. Am tercengang. Zara mahu memberi hadiah kejutan untuk Abang dan Alia. Lepas Abang Zaf beritahu tentang hasratnya terus dia belikan Snow Glob yang di reka sendiri.
" Abang dah tahu dah. Tengok muka adik pun memang tahu penipu. Akak Alia pun dah paham sangat dengan helah adik. Ha plan apa pula yang rosak." Zaf dan Alia yang sembunyi di sebalik pintu. Memang Zara terkenal dengan rancangan kejutan ni. Jadi mereka tahu 'mesti ada udang di sebalik bihun'. Alia hanya tersengih di sebelah Abang Zaf.
" Akak Alia. Eiii please la Abang. Kami kawan karib okey. Tak payah la nak berakak sangat." Loya tekaknya nak panggil Alia dengan panggilan 'Akak'. Zara membuat aksi muntah di hadapan Abangnya.
" By hook or by crook. Mulai sekarang baik Zara mahupun Am kena panggil akak Alia. Tak lama lagi dia akan jadi akak kamu dua orang." Tegas Zaf. Zara sudah mencebik.
" Whatever la. Ni orang ada belikan hadiah untuk Abang dan KAKAK Alia." Sengaja ditekankan perkataan kakak itu. Zara memberi kotak yang dibalut kemas. Ada card di atasnya yang bertulis
TO : MY Abang DAN KAKAK IPAR
Wish you all the best and may ALLAH bless you . Kakak ipar tolong jaga Abang saya yang nakal ini okey. Welcome to the club. Club orang dah kahwin. Abang tolong jaga Alia elok2. Walau apa-apa pun jangan pernah lupa adik comel mu ni. Alia welcome to this family sayang. Lepas ni boleh la kita kutuk suami-suami kita hahahahahah.
" Ish ada-ada la budak ni. Alia, jangan nak kutuk Abang dengan budak hingusan tu tau." Alia hanya tersenyum. Tangan dia
sibuk membuka balutan hadiah itu. Snow Glob yang di dalamnya sepasangan teddy bear yang memakai baju kahwin. Dia lantai snow Glob tertulis .Zaf Alia love Zara Forever.
" Pandai la dia ni. Mentang-mentang suka snow glob dia bagi kita snow glob." Zaf ketawa bila melihat hadiah pemberian adiknya. Alia meminta diri ke bawah.
****
" Am, kenapa la dengan isteri kamu tu. Umur dah 23 tahun perangai macam budak-budak. Kamu tu manjakan sangat." Zaf bersembang dengan adik iparnya. Memang mereka jarang berjumpa tapi dia tahu adik iparnya itu seorang yang baik.
" Nasib badan Abang. Dapat isteri manja macam dia. Tahniah Abang. Abang nak tanya something boleh?"
" Nak tanya apa. Jom la kita turun bawah." Zaf mengajak adiknya keluar dan turun ke bawah.
" Zara tu suka Snow Glob ke? Bukan teddy bear ke?" Am pelik dengan isterinya benda budak-budak juga yang di suka. Tapi pasal snow glob tu tak tahu pula.
" Ohhh, snow glob dan teddy bear memang dia suka. Kalau bagi bunga jawabnya makanan tong sampah. Dia start suka snow glob bila dengan tengok movie My Girl yang Korea tu. Tapi Snow Glob
dia semua dah pecah masa pindah hari tu. Salah pekerja yang angkut barang .Nasib baik dia tak marah. Hanya tinggal teddy bear je la. Abang dulu kalau pergi outstation, beli tu ja la sebagai hadiah. Tapi semua dah pecah. Kamu ini suami dia pun tak tau ka? " Terang Zaf panjang lebar. Dia memang tahu luar dalam adik dia. Mereka memang rapat. .
" Hehehe. My Girl?" Am membuat muka blur. Dia kurang arif tentang drama-drama Malaysia ini pula Korea.Yang Ombak Rindu dengan Istanbul aku datang je yang dia tahu.
" La tak tahu ka. Kejap Abang ambil dvd. Nah, ni la cerita dia. Ambil la lagipun Zara boleh tengok cerita ni berulang kali." Zaf mengambil dvd itu dalam almari. Dia memberinya kepada Am.
Am merenung dvd di tangannya itu. Best ke cerita ni? Dia nak tahu kenapa sebab cerita ini, Zara sukakan Snow Glob. Handsome lagi aku daripada hero ini!
YOU ARE READING
LIFE ISN'T A FAIRY TALE
RomanceEngku Fahad Irham dan Azzahraa Kayla ibarat angin dan ribut. Pasti akan bergaduh dan bertikam lidah akibat ego masing-masing. Tanpa mereka sedar mereka merupakan kawan baik ketika kecil-kecil dahulu dan merindui antara satu sama lain. Tetapi apabila...