Sudah seminggu Zara melancarkan mogok. Am hanya berlagak biasa walaupun hatinya gelisah dan sebenarnya dia rindu hendak mendengar suara Zara. Zara sedang berada di tingkat atas. Dia pula sedang menonton filem Ombak Rindu di dalam bilik yang direka khas seperti mini wayang.
"Zara kena dapat suami macam Encik Haris ni baru tahu. Garang nak mampus." Kata Am seorang diri dan melihat ke atas seolah-olah memerli Zara.
Kringgg...kringgg (telefon rumah)
" Assalamualaikum, Am bercakap.Siapa ni?"
" Waalaikumussalam,Uncle Am ini Baby la. Baby boring la. Umi dengan Papa kerja. Baby tahun ni tak pergi holiday pun sebab Papa dengan Umi sibuk. Boleh tak Uncle Am bawa Baby jalan- jalan." Am tersenyum mendengar suara anak saudaranya itu.
" Ala, kesian dekat Baby ni. Nanti Uncle marah Papa dengan Umi okey. Okey lagi sejam Uncle ambil Baby kita pergi jalan-jalan okey sayang. Tapi Baby bagitahu Umi dan Papa dulu okey sweetheart." Aku pun bosan duduk rumah. Ada isteri pun diam macam orang bisu. Lebih baik aku bawa Baby jalan-jalan daripada duduk serumah dengan orang bisu'.
" Jangan la marah Umi dengan Papa. Umi dengan Papa cari duit untuk Baby la Uncle. Uncle bawa auntie Princess sekali tau." Am tersenyum mendengar kata-kata Baby. Walaupun Baby masih kecil tetapi dia faham dengan Umi dan Papanya. Tapi yang Am risau dengan permintaan Baby. Macam mana nak cakap dengan perempuan tu.
Am ke bilik bacaan selepas dia sudah bersiap. Dia tahu yang Zara akan menolak permintaannya. Sepanjang mereka 'berperang', Zara lebih suka menghabiskan masa di bilik bacaan. Tetapi yang membuat hatinya tersentuh, Zara tetap melakukan tanggungjawab seorang isteri seperti memasak, mengemas dan lain- lain.
Am mengetuk pintu bilik bacaan sebelum membuka daripada luar. Kelihatan Zara tekun menghadap I - Macnya. Zara hanya tersedar kehadiran Am setelah Am berdehem kecil. Zara hanya mengerutkan dahinya.
" Zara, saya nak keluar dengan Baby. Dia nak awak ikut sekali. Nak ikut tak?" Am mengaru kepala yang tidak gatal.
" Ye ka? Saya okey ja. Takut awak la tak mahu bawa saya. Awak dah call kak Tiara beritahu nak bawa Baby keluar." Dia tahu yang suaminya itu sangat sayangkan Baby. Aku yang baru jumpa baby pun dah mula sayang dengan budak comel itu. Dia tak sangka yang Am mahu membawanya.
" Dah, saya dah telefon. Awak siap la cepat. Saya dah siap dan saya tunggu dekat bawah tau." Am hanya memakai Baju t-shirt berwarna putih dan seluar jeans berwarna hitam. Terserlah kekacakan Am di situ. Zara pergi ke biliknya untuk bersiap . Zara memakai skirt labuh berwarna putih dan Baju kemeja berwarna hitam serta tudung pashmina. Dia nampak begitu ayu. Setelah dia puas dengan penampilannya, dia turun ke bawah. Zara hanya mengambil beberapa minit sahaja untuk bersiap. Zara bukanlah seorang gadis yang suka bersiap lambat dan mengenakan make up yang tebal.
" Am, saya dah siap. Tapi awak nak naik kereta apa? Dua- dua kereta awak ada dua seat ja kan?" Dia melihat Am sedang menonton filem Ombak Rindu. Muka saja ganas tapi tengok cerita cinta. Dalam hati ada taman la tu. Tapi muka dia ganas ka? Muka macam perlakon Korean. Kata hati Zara.
" Ala kita naik mini cooper awak ja la. Boleh kan?" Dia terpegun melihat keayuan isterinya itu. Betul la orang kata natural beauty adalah kecantikan yang paling cantik. Zara hanya memakai bedak dan eyeliner saja. Mata dah la besar. Pakai eyeliner lagi besar la mata tu. Comel!
" Pakai mini cooper saya. Boleh, jom la." Beli lagi kereta untuk dua orang. Hati Zara berdebar bila Am melihatnya begitu. Dia rindu mahu bergaduh dengan Am dan mendengar suara suaminya itu. Adakah aku cintakan dia?
YOU ARE READING
LIFE ISN'T A FAIRY TALE
RomanceEngku Fahad Irham dan Azzahraa Kayla ibarat angin dan ribut. Pasti akan bergaduh dan bertikam lidah akibat ego masing-masing. Tanpa mereka sedar mereka merupakan kawan baik ketika kecil-kecil dahulu dan merindui antara satu sama lain. Tetapi apabila...