BAB 17

31 2 0
                                    

" Zara macam mana life lepas kahwin ni? Best tak? Sekarang susah nak jumpa hang. Kita jumpa masa kuliah ja lepas habis kuliah terus hang balik . Ini dah habis exam, lagi la susah nak jumpa" Alia rindu hendak bergossip dengan Zara. Semenjak Zara kahwin mereka tidak lagi dapat luang masa bersama.

" Ala sorry la. Aku kena balik awal la Alia. Faham-faham ja la. Ada King Kong dalam rumah ni. " Timbul rasa serba salah. Hari ni pun Alia datang melawatnya di Villa.

" Ala aku faham la. Saja nak buat drama sedih. Boring tau bila hang tak ada ni. Roomate baru tu dah la junior. Kerek pula. Aku pun nak kahwin la. Macam best ja kahwin sambil belajar. Serious rumah hang cantik gila wehy. Jealous aku." Alia sebenarnya terpegun melihat keadaan villa Zara. Sangat cantik dan mewah. Timbul rasa cemburu tetapi Alia cepat menempis perasaan itu. Dia tahu sepatutnya dia gembira bila melihat kehidupan kawannya sudah seperti puteri.

" Kalau aku diberi peluang. Aku tak mahu kahwin wehy. Aku tak pernah rasa pun kemanisan perkahwinan tu. Siapa kata perkahwinan tu best?" Air mata Zara membasahi pipinya. Kadang- kadang dia rasa seperti tiada siapa mengerti dirinya. Dia selalu rasa yang Am menganggapnya sama seperti orang asing.

" Rumah besar tapi kalau tiada seri kebahagiaan apa guna. Sama saja Alia. Hang lain, insyaallah hang dapat kahwin dengan lelaki yang cintakan hang. Tapi aku? Hanya lelaki yang nak balas dendam. Silap hari bulan esok aku dah dapat 'madu'. Aku tahu Am pun terseksa. Kami berdua sama sama merana. Hang rasa bahagia ka hidup macam tu? Tak tahu apa penghujungnya " Zara mengeluh dan Alia hanya berdiam bila melihat Zara. Alia memeluk kawan baiknya itu. Dia tahu Zara sedang tersesak. Alia turut mengalirkan air mata bila melihat kawan baiknya sedang bersedih. Sehinggakan mereka tidak sedar sepasang mata sedang melihat mereka di tangga.

****

Am yang baru sampai terdengar suara perempuan bercakap. " Siapa pula yang datang ni?" Am bertanya kepada dirinya. Dia perasan yang terdapat kasut perempuan di luar dan dia tahu itu bukan milik Zara. Dia turun ke tingkat bawah untuk melihat tetamu yang datang ke villa mereka. Semasa dia sedang turun dia terdengar suara isterinya yang membuatkan langkahnya terhenti.

" Kalau aku diberi peluang. Aku tak mahu kahwin wehy. Aku tak pernah rasa pun kemanisan perkahwinan tu. Siapa kata perkahwinan tu best? "

Udara di sekeliling Am seperti hilang. Nafasnya seakan-akan mahu berhenti daripada bernafas. Kalau jantung boleh keluar daripada badan. Mesti jantungnya ada di lantai saat ini. Hatinya sebak bila melihat isterinya menangis kerana dia. Dia mengaku selepas hari mereka keluar bersama Baby. Dia jarang bercakap, tidak makan masakan Zara dan sering pulang lewat malam. Tapi itu cuma 2 minggu. Dia buat begitu kerana marah dengan Zara dan sibuk dengan kerjanya. Dia perlahan-lahan naik ke tingkat atas dan memberi Zara ruang untuk melepaskan kesedihannya. Dia juga tidak sanggup mendengar kata-kata yang keluar daripada mulut isterinya.

Am duduk di atas katil selepas mandi dan solat. Suara Zara sperti bermain-main di telinganya. " Adakah aku ni teruk sebagai suami? Adakah aku ni jahat sangat?" Pertanyaan itu bermain di mindanya. Kedengaran bunyi kereta yang baru keluar dari kawasan villanya.

" Tapi bukan aku patut happy sebab berjaya sakitkan hati dia." Ego menguasai diri Am.

****

Tukk..tukkk.tukkk

" Bila awak balik? Tak dengar pun?" Zara terkejut bila melihat kereta Am di tempat letak kereta villa mereka. Dia dan Alia memang kalau bersembang mana ingat dunia di sekeliling. Tapi Zara takut jika Am terdengar perbualan mereka.

" Lama la juga. Saya nampak awak tengah bersembang dengan tetamu tu. Sebab tu saya malas nak kacau. So siapa tu and kenapa dia mai?" Dia mahu melupakan soalan itu. Kerana di patut gembira bila dapat sakitkan hati Zara. Dia patut gembira melihat air mata Zara. Jelas kelihatan mata Zara yang bengkak dek menangis.

LIFE ISN'T A FAIRY TALEWhere stories live. Discover now