Tepat pukul 8.00 malam. Am dan Zara meminta diri untuk pulang. Alia sudah lama pulang ke rumahnya. Sudah puas Mama pujuk Am dan Zara supaya bermalam di rumahnya tapi keesokan hari Am ada temu janji bermain golf dengan rakan seperniagaan mereka. Sepanjang perjalanan ke Tanjung Bunga.
Hanya deejay radio saja yang berceloteh. Am fokus memandu manakala Zara hanya membuang pandang ke luar tingkap. Malam minggu begini sudah biasa dengan kesesakan lalu lintas. Sepanjang perjalanan itu bibir Am tidak berhenti tersenyum. Entah kenapa dia rasa gembira dan hatinya berdebar-debar. Am melihat Zara yang sedang termenung. Sekali lagi bibirnya tersenyum. Masih jelas pengakuan Zara di telinganya.
" Zara, esok awak nak ikut tak saya pergi main Golf." Am membuka bicara setelah lama mereka berdiam. Sepatutnya mereka sudah sampai di rumah tapi sebabkan lalu lintas sudah sejam mereka di atas jalan.
" Tak mau la. Kalau nak main golf kita kena masuk satu golongan tu. Saya bukan orang daripada golongan tu." Zara melihat muka Am. Dia lega Am buka mulut dia. Dia super duper bosan dalam kereta. Nak mula cakap dia takut Am menyampah so dia berangan je la.
" Golongan apa pula awak ni. Semua orang boleh mai Golf la. Oh maksud awak 'member club' ke. Saya ada la." Am membuat muka pelik. Dia tak faham sebenarnya apa yang cuba Zara sampaikan.
"G.O.L.F sama dengan golongan orang lemah fikiran. Hahahahahah." Tersebur ketawa Zara. Muka Am sudah kemerahan sama ada tahan marah atau malu. Sakit perut Zara ketawa. Am hanya mencebik.
" Hahahahah, so funny. Kenapa tak masuk maharaja lawak mega ja. Mesti menang." Sindir Am. Mata Am masih fokus ke depan. Zara masih ketawa. Am menahan amarahnya. Orang tanya elok-elok boleh pula buat lawak bodoh. Haish, nasib la dapat bini macam ni.
" La betul la. Bukan best pun main Golf tu. Am, awak tu muda tapi main permainan orang tua. Saya pelik la memang semua businessman kena tahu main Golf eak. Abang Zaf pun sama. Asyik- asyik main Golf, main Golf, main Golf." Zara pelik. Asal ahli perniagaan mesti main Golf. Nak bincang apa-apa dekat club Golf.
Dekat Malaysia ni banyak lagi tempat menarik. Tempat bosan tu juga yang di pilih. Zara hanya menggeleng kepala dan mengaru kepala yang tidak gatal.
" Awak ingat saya, Hakim and maybe Abang Zaf tu suka ke kena main Golf. Buang masa je semua tu tapi untuk mengambil hati pemegang saham or Dato' tu kena la main Golf. Biasa la semua tu dah berumur so we have to. Semua tu demi masa depan syarikat juga. Macam nak tarik hati pelanggan la" Am pun dulu memang tak suka pergi ke sana tapi memandangkan sekarang dia menjadi CEO Syarikat Nazlia. Dia terpaksa berkorban demi masa depan Syarikatnya itu.
" Oh, awak kita singgah KFC. Saya lapar la." Zara membuat muka comel sambil memegang perutnya. Papan tanda KFC sudah kelihatan. Am hanya perlu belok ke kanan saja. Am hanya menggelengkan kepala.
"Tadikan dah makan banyak. Tak kenyang lagi ka. Dulu selalu cakap saya bela hantu la apa la. Sekarang sapa yang bela cacing dalam perut." Am meletakkan keretanya di tempat kosong yang di sediakan oleh pihak KFC.
Zara hanya tersengih gembira. Mereka berjalan keluar dan masuk ke Restoran KFC. Hampir penuh meja yang disediakan. Zara mengambil tempat tersembunyi supaya Am selesa. Am pula sedang beratur untuk memesan makanan.
Zara hanya merenung Am dari jauh. "Memang betul la kata orang Am ni dikategori sebagai lelaki kacak di Malaysia." Kata hati Zara.
Hari- hari masuk majalah Perniagaan Malaysia. Dia cemburu bila suaminya menjadi santapan mata para gadis di luar sana. Dekat tempat dia bekerja. Ramai nurse dan doktor yang gilakan Am.
" Oit, sampai mana dah. Korea, Jepun atau Songkla. Termenung ja awak ni." Am mencubit hidung Zara. Dia meletakkan pinggan yang berisi ayam goreng di depan Zara. Zara mencebik dan menyapu hidung yang kemerahan. Dia malu bila ditangkap termenung. Zara sudah mencubit isi ayam.
" Awak tak makan ke Am?" Am hanya membeli satu set ayam goreng. Am sedang tekun melayari internet melalui iPhonenya. Am hanya menggeleng. Mata masih fokus di skrin.
" La kalau awak tak makan. Kita bungkus bawa balik. Esok awak kena bangun awal." Zara cuba memancing perhatian Am. Tapi Am masih tiada respon. Makan la iphone tu. Message dengan perempuan lain la tu. Cemburu hati Zara. Hilang selera makannya. Tapi dia teruskan juga.
Tiba-tiba Am menunjuk skrin iphonenya di depan Zara. Gambarnya yang sedang tekun makan. Caption di atas gambar tu 'Monster girl yang suka makan telah menyerang Malaysia' sudah di muat turun di dalam Instagram miliknya.
Ternganga mulut Zara membaca caption itu. Kurang asam jawa punya suami.
" Am, awak ni. Lebih baik awak delete gambar itu. Followers awak dah la ramai." Zara mencebik. Am hanya ketawa tanpa memperdulikan amarannya. Zara hanya menggeleng.
" Zara, awak suap sikit isi ayam tu. Macam sedap ja. Macam rangup je." Am membuat lawak bodoh untuk memujuk Zara. Zara hanya menjeling.
" Ada tangan kan. Cubit la sendiri. Malas saya nak suap awak."
" Ala malas la nak basuh tangan segala. Suap la." Paksa Am. Dengan keadaan terpaksa, Zara menyuap isi ayam goreng ke mulut Am.
" Good Girl" Am mengusap kepala Zara.
" Zara, awak sukakan saya kan." Kata Am sambil matanya merenung mata Zara. Zara tersedak. Am pantas menghulur air coke di depannya. Zara hanya menjeling dan terus bangun. Ayam di pinggan juga masih ada banyak. Muka Zara sudah kemerah-merahan.
" Nampaknya Am. Isteri kau dah jatuh cinta dengan kau." Am tersenyum bangga. Nampaknya cintanya bukan bertepuk sebelah tangan. Dia tersenyum bangga.
****
Setelah sampai di villa mereka. Zara terus keluar dan naik ke atas. Dalam kereta pun diam seribu bahasa. Am hanya ketawa kecil dengan perangai isterinya. DVD di tangannya sudah di pasang. Dia mencapai remote control dan membuka televisyen. Sepanjang malam di menonton movie My Girl itu. Kini dia faham kenapa Zara sangat sukakan drama itu.
Jam ditangan dikerling. Sudah tepat pukul tiga setengah pagi. Esok sudah la kena bangun awal. Am mengambil keputusan untuk berhenti menonton cerita itu dan naik ke bilik. Dia takut kalau nanti tidurnya terbabas. Zara sudah lena dibuai mimpi. Am menghamparkan selimut dan mencium dahi Zara sebelum masuk ke biliknya. Entah kenapa hanya ada gadis yang bernama Azzahraa Kayla saja di fikirannya.
Tanpa Am sedar Azan subuh sudah berkumandang. Dikerling jam loceng di sebelah sudah enam pagi. Sepanjang hari dia tidak tidur asyik termenung saja. Inikah yang dinamakan orang dilamun cinta. Am segera bangun bersihkan diri dan mendirikan solat subuhnya. Bilik Zara pun dah terang. Dia sudah fikir masak- masak. Sudah tiba masanya di selesaikan segera masalah rumah tangganya. Sudah tiba masanya dia dan Zara fikiran ke mana arah tujuan keluarga mereka ini.
YOU ARE READING
LIFE ISN'T A FAIRY TALE
RomanceEngku Fahad Irham dan Azzahraa Kayla ibarat angin dan ribut. Pasti akan bergaduh dan bertikam lidah akibat ego masing-masing. Tanpa mereka sedar mereka merupakan kawan baik ketika kecil-kecil dahulu dan merindui antara satu sama lain. Tetapi apabila...