" WHAT? Kenapa Abang pergi jumpa dia." Sebal hati Zara bila Abang Zaf pergi berjumpa Am. Salah dia juga kerana tidak dapat berjumpa Abangnya kerana dia terpaksa ke Hospital di Alor Setar untuk membuat kaji selidik untuk kerja khususnya.
" Kenapa? Salah ka Abang nak jumpa bakal adik ipar Abang. Nak jumpa adik Abang ni. Bulan jatuh ke ribala jawabnya." Abang tersenyum manis bila mendengar kemarahan Zara. Dia masih tekun meneliti laporan di Komputer Macnya.
" Eiii, tolong la Abang. Gelila adik dengar."
" Geli geli tula bakal suami kamu adik oiii. Dia tu Abang tengok okey ja. Muka sikit punya kacak pun kamu tak suka."
" Kacak tu bukan segala-galanya, Abang. Adik tak suka diala. Abang tolong la pujuk parents kita batalkan perjanjian tu." Dia meminta pertolongan Abangnya.
" Adik, kamu nak kecewakan parents kita ka? Apa kata kamu try dulu. Abang rasa Am tu baik dan bertanggungjawab and one more thing dia kan kawan baik kamu." Zaf hairan dengan adiknya itu. Terpancar kebencian Zara terhadap Am.
" Itu dulula Abang. Sekarang dah lain. Rara tak kisah kalau kena paksa kahwin tapi kenapa perlu dia." Zara mengeluh lemah bila mengenangkan masalahnya itu. Setiap hari dia terfikir tentang hal ini.
" Rara, tak baik mengeluh sayang. Setiap yang berlaku adalah yang terbaik dan ada sebab. Rara minta petunjuk Allah. Buat solat istikarah. Abang rasa dia adalah terbaik untuk Rara. Cuma mungkin Rara tak sedar. Bukan semua yang kita benci itu tak baik untuk kita. Kadang tu yang kita benci itulah yang terbaik untuk kita. Abang tahu adik Abang kuat. Rara nak ka jadi macam Abang? Bercinta bagai nak rak at last cinta tu yang membunuh Abang." Zaf mengeluh. Dia mengambil masa yang lama untuk pulihkan keadaan hidupnya.
" Abang, Rara tak maksud nak ingatkan peristiwa tu." Rara menggigit bibirnya. Dia tidak suka bila mengingatkan tentang kejadian yang menimpa Abangnya itu.
" Tak apala Rara. Abang dah okey. So, Abang nak adik Abang kuat dan buat pilihan yang betul. Parents kita bukan memaksa cuma depa nak suruh Rara buat pilihan." Dia tahu niat Mama dan Ba. Mereka pernah berbincang tentang ini dan meminta pendapatnya. Baginya jika Am seorang lelaki yang menepati syarat-syarat sebagai seorang Islam. Dia tiada masalah untuk memberi peluang Am menikahi adiknya.
" Oit, termenung apa tu Abang. Lamanya, banyak kredit sedekahla dekat adik sikit." Zaf meraup wajahnya
"Banyak cantik. Nanti Abang topupkanla bila senang. Kamu tu belajar rajin-rajin jangan fikir kahwin ja. Awak tu langkah bendul and Abang nak hadiah untuk itu."
" Tak ada masa nak fikir kahwin dengan monster tu. Okeyla Abang. Nak solat Zohor. Alia kirim salam, Assalamualaikum." Alia disebelahnya membutangkan mata dan membaling bantal pocoyo kepada Zara. Zara hanya tersengih.
" Ada ada jala. Kirim salam balik. Jaga diri. Waalaikumussalam." Zaf tersenyum manis bila terdengar jeritan Alia. Dia meletak Samsung Notenya di atas meja.
****
Hari ini Am terpaksa menjejakkan kaki di USM kampus di Georgetown. Setelah hubungannya putus dengan Linda. Dia tidak lagi pergi ke Kampus itu. Hampir tiga bulan dia dan Linda menamatkan percintaan mereka. Linda masih lagi menghantui kehidupannya tetapi dia hanya berdiam diri. Am pergi ke perpustakaan Hamzah. Dia sedang membuat kajian. Sedang dia khusyuk mencari bahan. Dia terdengar suara yang amat dikenalinya di sebalik rak buku tersebut.
Dia ternampak wajah gadis polos yang bertudung bawal hijau di celahan buku -buku di atas rak. Gadis itu tersenyum indah. Hati Am berdegup laju bila melihat senyuman itu. Gadis itu sedar dia di perhatikan dan merenung Am yang masih melihat ke arahnya. Buku yang di pegang Am terjatuh ke lantai. Am dengan kelam kabut mengutip buku itu.
YOU ARE READING
LIFE ISN'T A FAIRY TALE
RomanceEngku Fahad Irham dan Azzahraa Kayla ibarat angin dan ribut. Pasti akan bergaduh dan bertikam lidah akibat ego masing-masing. Tanpa mereka sedar mereka merupakan kawan baik ketika kecil-kecil dahulu dan merindui antara satu sama lain. Tetapi apabila...