BAB 19

27 3 0
                                    

" Oit kau ni kenapa asyik termenung jauh ja aku tengok. Makan la nasi tu." Nabil menegur sikap kawannya dan juga merangkap bosnya di tempat kerja. Usia persahabatan mereka lebih 10 tahun jadi rahsia kawannya itu rahsia dia juga, begitu juga sebaliknya.

" Rara, aku call tadi. Esok dia start kerja. Aku ingat nak balik Penang la. Kau boleh handlekan syarikat tak untuk dua tiga hari." Monyok saja muka Zaf. Dia bukan risaukan adiknya Cuma hatinya dua tiga hari ini tak tenteram.

" Kau jangan nak bagi alasan tak munasabah dekat aku. Cakap je la kau nak balik Penang nak jumpa si Alia tu. Ye la hari jadi orang tu kan hari sabtu ni." Sengih Nabil. Dia tahu tentang tarikh lahir kawan adik Zaf pun bila terpandang kalendar atas meja kerja Zaf. Bapak besar tulisan pada tarikh 19 Ferbuari.

" Apa kau merepek ni. Aku dengan dia hanya macam Abang dan adik. Tak lebih dan tak kurang. So jangan buat andaian sendiri." Walaupun Zaf tidak meninggikan suara tapi Nabil tahu dia marah atau mungkin malu. Nabil hanya menggeleng dengan perangai Zaf yang terlampau ego.

" Aku bukan buat andaian. Zaf kita ni best friend, teman sekerja and housemate. Aku kenal kau since kita umur 20, Zaf. Kau jangan salah diri kau sebab kau jatuh cinta buat kali kedua. Kau boleh benci Arina tapi jangan benci perempuan yang lain. Kau sekarang menderita yang Arina tengah bahagia. Berbaloi ka?" Nabil tahu Zaf terlalu merindui Arina. Arina juga pernah menjadi kawannya. Nabil hanya mengeluh.

" Kau fikir masak-masak. Jangan sampai cinta hati kedua kau pula tinggalkan kau. Aku tahu Alia sayang kau. Aku boleh nampak cara di layan kau. Tapi sampai bila dia nak tunggu kau?" Nabil memegang Bahu Zaf sebelum meninggalkan Zaf. Dia mahu Zaf bersendiri dan memikir nasihatnya itu.

Zaf mencapai kunci Honda Civicnya dan mengambil keputusan mengambil angin di luar. Tanpa dia sedari dia kini sudah berada di Pengkalan Balak yang jauh dari Bandar Melaka. Dia mengambil tempat duduk di atas batang pokok yang tumbang. Tenang hatinya melihat ombak yang memukul pantai. Terkenang saat Alia menjadi tetamu di rumah mereka.

****

Rumahnya sudah gelap gelita. Disebabkan dia pulang tanpa memberitahu sesiapa dan dia bertolak dari Melaka pada pukul dua belas malam. Sudah tentu keluarganya sudah di buai mimpi. Zaf membuka pintu rumahnya dengan cermat. Dia sengaja ingin membuat kejutan pada waktu pagi esok kepada Zara. Dia tahu yang kini adiknya itu sedang mengnikmati cuti semester. Tekak Zaf merasa dahaga. Zaf melangkah mendekati pintu peti sejuk di dapurnya. Zaf membongkokkan badannya untuk mencapai susu di bahagian belakang.

Alia mempercepatkan langkah turun tangga. Dia kesian mahu mengejutkan Zara yang tidur dengan lena. Tapi langkahnya terhenti apabila melihat susuk tubuh badan lelaki muda sedang membuka peti sejuk tersebut. Setahunya Abang Zara tidak pulang kerana sibuk di Syarikat. Alia mencapai penyapu di tepi pintu dapur yang berhampiran.

Lelaki bertubuh tinggi lampai itu sedang khusyuk menikmati minuman hasil curiannya. Alia memberanikan diri memukul sekuat hati di bahagian tengkuk lelaki tersebut.

" Hambik kau! Pencuri. Rasakan." Alia meneruskan pukulan tersebut hingga lelaki itu jatuh kesakitan.

" Hoi, sakitlah. Kau ni siapa. Mama, Ba!" Zaf menjerit sekuat hati. Tengkuk di belakangnya sudah berdenyut kesakitan. Zaf terkejut kerana dia dipukul secara tiba tiba.

" Uncle, Auntie, Zara cepat call polissss." Alia melarikan diri ke atas untuk memaklumkan bahawa rumah Zara telah dimasuki pencuri. Alia merempuh dan melompat ke atas katil Zara. Zara terbangun dek ganggun jeritan di rumahnya

" Hang ni kenapa Alia, Mengigau ka? Dah pukul tiga pagi ni Alia." Zara mengosok matanya dek biliknya kini yang sudah terang. Nafas Alia naik turun seperti di kejar hantu.

LIFE ISN'T A FAIRY TALEWhere stories live. Discover now