BAB 31

23 2 0
                                    

Di hadapan rumah teres dua tingkat. Am melihat sekeliling dan hanya berdiri tegak di hadapan pagar rumah. Sudah tiga jam dia duduk di dalam kereta. Dia takut jika mimpinya jadi kenyataan. Sudah beratus kali dia message dan call Zara. Tapi panggilannya hanya dijawap oleh peti simpanan suara. Suaranya seperti tersekat di kerongkong.

" Eh Am apa yang kamu buat dekat sini." Zaf menepuk bahu Am dari belakang.Mata Am membutang. Dia tak mahu Abang Zaf tahu tentang masalah dia dan Zara. Takut masalah ni akan bertambah besar. Dia hanya mengaru kepalanya yang tidak.

" Eh Abang, Am dah sampai ke. Jom masuk. Kitaorang Baru masak sarapan pagi." Alia datang membuka pagar. Bibir manis Alia tersenyum bila memandang Am dan Zaf. Am sudah pucat kalau Zaf akan memarahinya. Zaf hanya mengikuti langkah Alia dan Zaf.

" Ha kenapa kamu datang ke sini." Zaf masih tidak berpuas hati. Kenapa Am ada di rumah Alia.

" Oh, Alia lupa beritahu Abang ke? Zara teman Alia. Zara tidur dekat sini semalam. Lagipun Am ada mesyuarat kat Kuala Lumpur." Alia membela Am. Alia perasan yang wajah Am serba salah untuk menceritakan perkara yang sebenar. Zaf hanya mengangguk.

" Mana Zara. Dah pukul lapan pagi. Tak bangun lagi ke?"

" Letih sangat la tu. Semalam pukul empat pagi baru kitaorang tidur. Am pergi la nak atas. Zara ada dekat atas bilik belah kanan." Alia memandang Am yang sedang sibuk mencari kelibat Zara.

Alia dan Zaf duduk diruang tamu. Mak Kiah datang menghidangkan air. Mak kiah sudah seperti ibu kepada Alia walaupun mak Kiah hanya pembantu di rumahnya. Mama dan Papanya menghantar mak Kiah untuk menjaganya.

" Kenapa dengan diaorang tu. Muka Am macam hilang bini je." Zaf membisik kepada bakal isterinya. Alia hanya tersengih. Alia memandang sekeliling.

" Diaorang bergaduh besar. Tapi pada pendapat Alia, itu salah Zara. Sebab mulut dia. Ala Abang macam tak tahu adik, Abang tu. Kalau merajuk." Alia ketawa kerana geli hati dengan rumah tangga bakal adik iparnya.

" Kenapa tak call Abang. Zara tu manja lebih. Jangan nanti awak ikut perangai dia sudah la. Abang ni bukan reti nak pujuk pujuk." Zaf tersenyum manis. Alia menjeling.

****

Am berada di depan pintu putih di tingkat atas rumah teres Alia. Tangannya sudah memegang tombol pintu tetapi dia takut mimpinya menjadi kenyataan. Matanya kemerahan dan berasa panas. Zara tidak tahu bertapa sayang dan cintanya kepada Zara.

" Awak buat apa dekat sini." Suara dari belakang. Am memaling ke belakang. Wajah Zara di hadapan. Zara hanya memandang muka yang dirinduinya tanpa perasaan. Marahnya masih menebal buat Am. Am hanya terdiam melihat Zara yang hanya memakai tuala di badan. Zara mengerut dahinya sebelum memandang ke arahnya menjadi tarikan mata Am.

" Awakkkkkk, tenung apa ni. Awak turun sekarang." Zara memeluk badannya. Dia baru tersedar yang di baru habis mandi. Am hanya tersengih sebelum memberi lalu kepada Zara .Zara sudah lari ke dalam bilik dan mengunci bilik.

" Sayang lepas ni, kita bincang tau." Am bercakap dari luar. Dia duduk di luar pintu. Hatinya gembira bila melihat wajah kemerahan Zara. Setelah lima belas minit di luar. Zara membuka pintu.

" Awak nak bincang pasal apa. Nak kahwin lain?" Zara memandang sinis. Am hanya mengeluh lemah dengan rajukan isterinya.

" Sayang jangan la macam ni. Abang sayang dekat Zara tau tak. Cuma ada Zara dalam hati Abang." Am memegang tangan lembut Zara. Mata Zara kemerahan dan air mata sudah membasahi pipi gebu Zara. Am menarik Zara dalam peluk dan telinganya terdengar esakan kecil.

" Kenapa Abang tinggalkan Zara. Kenapa Abang tak datang jumpa Zara. Kenapa Abang tak angkat semua call Zara." Zara memukul belakang Am. Am hanya mengeratkan pelukan. Dia rindukan hangatan peluk Zara.

" Baru tinggal sekejap je isteri Abang dah jadi wartawan. Mana satu soalan Abang nak jawap ni." Am berbisik di telinga Zara dan menarik Zara masuk ke bilik.

****

" Kenapa lama sangat adik awak tu turun." Alia memandang ke atas. Kelibat Am dan Zara masih belum kelihatan. Mereka terpaksa makan dahulu kerana lapar dan Zaf harus ke Kuala Lumpur tengah hari nanti atas urusan kerja. Zaf hanya menyuap bihun ke dalam mulutnya.

" Abang, orang tengah cakap ni. Boleh pulak dia makan. Pergi la tengok. Mana la tahu depa gaduh ka apa ka." Alia memarahi Zaf kerana sikap sambil lewanya. Tadi dengar Zara menjerit tapi lepas tu dengar pintu di tutup. 

" Haish, awak ni. Depakan suami isteri. Pandai la nak selesaikan masalah depa. Entah-entah tengah bergurau senda. Dah makan cepat." Zaf senyum mengoda. Dia tahu yang adik dia dan adik iparnya sudah berbaik. Alia hanya memuncungkan bibirnya dan meneruskan suap yang terhenti tadi.

Am dan Zara sudah turun ke bawah. Senyuman di bibir Zara dan Am tidak lekang di bibir. Alia memandang dengan kehairanan.

" Awak tu Rara kalau ada masalah cuba selesaikan bukan lari. Jangan jadi macam budak-budak boleh tak. Am jangan manjakan sangat isteri tu!" Zaf bersuara tegas. Bukan marah cuma dia takmahu adiknya terbiasa lari daripada masalah. Tambah dosa jika seorang isteri keluar rumah tanpa pengetahuan suami. Zaf menjeling.

" Ala sorry la. Rara cuma emo je lebih." Am mencubit pipi isterinya. Mereka ketawa gembira. Zaf gembira melihat kebahagian adiknya suami isteri. Alia hanya menggeleng melihat kerenah manja kawan baiknya itu. Selepas solat Zohor, masing-masing meminta diri untuk pulang. Zaf juga perlu berangkat ke Kuala Lumpur.

LIFE ISN'T A FAIRY TALEWhere stories live. Discover now