BAB 6

37 2 0
                                    

Selesai mereka tunaikan suruhan Allah , mereka kembali ke ruang tamu di tingkat dua. Sudah tiba masanya Rara dengan Am tahu tentang perjanjian 13 tahun dahulu. Selepas Haja melihat Am menjadi Imam tadi. Dia pasti bahawa Am boleh menjadi suami terbaik dan dapat menjaga Rara. In Shaa Allah, Rara akan bahagia disamping Am.

" Am, Rara. Ada sebab kenapa kami temukan kamu berdua hari ni. Papa dengan Uncle Haja pernah buat perjanjian 13 tahun lepas. Kami nak kamu berdua berkahwin selepas Am habis belajar. Jadi kamu berdua setuju ataupun tidak? Kamu akan disatukan lagi 2 tahun. Lepas Am stabil menjadi Pengarah di Syarikat Nazlia. Sekurang-kurangnya Rara dah final year kan?" Sama ada mereka setuju ataupun tidak. Wedding ni akan berjalan. Hatinya berkenan sungguh dengan Rara. Dia mahu Rara menjadi menantu dan puan muda di villanya ini.

"WHAT???" Perkataan itu serentak keluar dari mulut Zara dengan Am. Zara merasa seperti jantungnya berhenti berdegup. Aku tak mahu menjadi isteri kepada buaya darat ni. Dia lebih rela menjadi anak dara tua daripada berkahwin dengan Am. Entah kenapa, hati Am berasa sangat gembira dan tenang sebenarnya.

" Ba, Mama. Apa ni? Zara masih muda. Study pun belum habis lagi. Lagipun Am dah ada girlfriend, Ba. Zara tak setuju. Maaf Uncle, Auntie. Tapi Zara hanya anggap Am tak lebih macam senior di Kolej. Memang kami rapat dulu tapi itu dulu sekarang kami dah macam stranger." Mulut si Alia betul-betul masin. Tapi Am bukan jodoh aku. Aku nak jodoh yang boleh menbimbing aku bukan yang suka berfoya-foya. Tapi bukan ke aku cakap bertuah siapa yang jadi isteri Am, tadi?

" Zara, Ba tahu yang mana baik mana tidak untuk anak Ba. Cinta boleh dipupuk lepas kahwin. Tapi betul ka Am ada girlfriend?" Pada tadi anak dia saja yang membantah. Am seperti berfikir sesuatu. Adakah Am sukakan anak gadisnya itu. Kalau betul, Alhamdulillah.

" Am tak kisah Uncle. Am ikut ja cadangan Mama dan Papa. Am tak ada siapa-siapa lagi sebab Am masih hak Mama dan Papa. Cuma Am nak minta masa untuk persiapkan diri Am. Besar tanggungjawab untuk membimbing sebuah keluarga." Entah kenapa hatinya setuju dengan cadangan orang tuanya. Nama Linda seperti lenyap dalam fikirannya. Semua amat bersyukur dengan apa yang telah Am katakan. Kecuali gadis disebelahnya. Zara berasa seperti di panah petir apabila Am selesai bicara. Oii,kalau nak letak mana semua girlfriend kau tu. Bodoh!

" Am, apa yang awak merepek ni. Awak please sekarang bukan masa bergurau Am. Mama, Ba please jangan buat Zara macam ni. Zara masih muda dan Zara masih belum siap pikul tanggungjawab seorang isteri. Dan Zara tak mahu jadi isteri kepada Engku Fahad Irham!" Pipi montel Zara dibasahi air mata. Semakin lama semakin kuat esakan Zara. Am disebelah terkejut dan pada masa yang sama hatinya terguris. Teruk sangat ke dia ni sampai Zara membantah untuk jadi isteri dia. Pertama kali perempuan menolak aku mentah-mentah. Mahu jatuh ego lelakinya. Sepatutnya aku yang bantah bukan perempuan ni.

" Alhamdulillah, Am cakap macam tu. Senang hati Uncle dengar. In Shaa Allah, Am akan jadi menantu Uncle ye." Haja tidak memperdulikan kata-kata anaknya ataupun tangisan anak gadisnya itu.

" Sayang dah la menangis. Rara tak mahu ka jadi menantu Auntie. Auntie teringin sangat Rara jadi sebahagian keluarga kami. Am ni memang nakal tapi In Shaa Allah dia akan jadi suami yang baik. Bukan sebab dia anak auntie, auntie puji dia. Auntie kenal anak auntie." Dulu dia pun seperti begitu ketika ingin dikahwinkan dengar suaminya tapi kini dia sangat bahagia.

Zara hanya berdiam. Dia kenal Ba macam mana. Hitam katanya hitam la. Puan Mila tahu anaknya sangat kecewa dan sedih. Tapi ini untuk kebaikan dia juga. Puan Mila hanya merenung sayu wajah anaknya.

" Abang, dah pukul 9 dah ni. Mari la kita balik hotel." Lebih baik mereka berbincang di hotel. Haja mengerti isyarat isterinya itu.

" Baikla, Nazzrin. Kami balik dulu. Macam ni, bagi pihak kami. Kami setuju dan sekarang tunggu pihak kau saja la. Kalau pihak kau pun setuju, datang la merisik Rara. Adat, jangan kita pandang ringan."

LIFE ISN'T A FAIRY TALEWhere stories live. Discover now