BAB 21

19 2 0
                                    

Awal pagi keesokan harinya, Zara dah ada di dapur tepat pukul empat pagi untuk 'menunaikan' janjinya dekat 'tok penunggu'. Sepanjang malam dia tak boleh tidur. Dia ada pergi ketuk bilik 'bos' besar tapi langsung tak buka. Sehingga dia terpaksa tidur di depan pintu yang menyambungkan bilik dia dan Am. Dasar suami pentingkan diri. Baru Zara teringat yang Am pernah beritahu tentang 'pocong' belaannya.

" Entah-entah semalam tu, hantu belaan dia tak. Haish. Aku dah la duduk sorang kat bawah ni." Zara membaca ayat kursi sepanjang dia memasak. Tepat pukul 6, dia telah siap semua hidang. Sebenarnya dia rasa bersalah sebab sepanjang malam, Am tidak makan. Selesai, makan dihidang. Dia naik keatas untuk solat dan bersiap ke tempat kerja. Dia mengetuk pintu Am. Ternyata lelaki tu sudah bersiap ke tempat kerja.

" Awalnya, awak bangun hari ni?" Zara pelik dengan Am. Am sudah siap. Jam baru menunjukkan pukul 6.30. Selalunya waktu begini, lampu bilik Am baru terbuka.

" Entah kenapa, tidur saya tak nyenyak sangat. Mungkin lapar kot. Ye la ada orang nak masak semalam tapi dia membuta saja." Perli Am.

" Oh maaf la. Saya letih sangat jadi saya terlelap .Awak ada dengar bunyi apa-apa tak semalam?" Tanya Zara sambil berbisik kerana dia takut ada penghuni lain yang dengar. Zara memandang sekeliling biliknya.

" Dengar apa, oh ada. Tapi kenapa?" Am membuat muka tanda tanya walhal urat ketawanya macam nak pecah bila lihat wajah Zara. Walaupun dia rasa serba salah sebab Zara memasak awal pagi tadi. Tapi dia tak perduli. Perut dia dah macam-macam lagu keluar.

" Awak dengar apa, Am. Awak tak takut ka." Mampus Am pun dengar jadi 'penunggu' ni memang sengaja nak takutkan penghuni villa ni.

"Mesti la saya takut. Saya dengar suara perempuan. Dalam rumah ni. Awak nak tahu tak saya dengar apa." Am berbisik di telinga Zara.

" Mengilai ke atau dia ketawa. Atau dia menangis." Zara memegang lengan baju Am. Peluh Zara membasahi dahi licinnya.

" Perempuan tu berdengkur. Haish, memang saya takut sebab dalam hidup saya belum pernah dengar perempuan berdengkur. Dah la saya nak turun." Am menepis tangan Zara. Dia tak ada niat nak beritahu tentang perempuan mengilai di tingkat bawah. Nanti silap hari bulan bilik dia menjadi bilik Zara. Aku ketawa bila fikirkan perangai kebudak-budakan Zara. Tapi kenapa hati aku berdebar bila dia pegang aku. Am menyentuh dadanya.

" Ish jahat la awak ni. Bila masa saya berdengkur. Sah, semua tu belaan si Am." Zara mencebik. Zara turun ke bawah. Am sedang menjamu selera. Selepas dia mengisi perutnya dia meminta izin untuk ke Hospital. Am masih lagi makan. Apa la nasib dapat suami makan macam Jin. Zara hanya menggeleng. Tapi dia gembira bila Am menikmati masakannya. Dia tersenyum sepanjang perjalanan. Hilang terus takutnya.


****

Dia melihat setiap sudut apartment barunya itu. Dia berpuas hati dengan susun atur perabot yang di atur oleh pereka dalaman yang di upahnya. Hakim hanya mengeluh. Walaupun dia dapat memiliki apartment idamannya tapi dia masih rasa kekosongan. Mungkin sebab dia pernah berangan bahawa apartment ini merupakan mahligai antara dia dan Zara. Kakinya melangkah ke bilik lukisannya. Semua lukisannya hanya la wajah wanita yang paling

dia sayangi. Dia mengusap lukisan yang paling besar di situ. Seorang perempuan yang sedang membaca buku. Bibirnya tersenyum hambar. Telefon Note 2nya berbunyi. Nama 'adik' kelihatan di skrin

" Hurmmm,kenapa call ni?" Hakim menjawab malas.

" Abang kitaorang dekat Hosital besar ni. Umie, pengsan tadi. Tapi sekarang dah okey. Lagi 3 jam, Umie boleh balik." Jawab Yunniey. Segera Hakim menyambar kuncinya dan terus turun ke bawah. Dia risau akan keadaan Umie. Umie ada segala-gala untuk dia

LIFE ISN'T A FAIRY TALEWhere stories live. Discover now