" WHAT?" Kalau dia ada heart attack mahu dia meninggal di sini juga. Dengan muka tenang, Am boleh cakap yang parents dia suruh dia kahwin. Habis aku ni macam mana? Ingat senang-senang aku nak lepaskan Am?
" Ish you ni, sayang. Jangan la jerit-jerit. Malu la orang semua tengok tu." Semua pelanggan di Seoul Garden memerhatikan mereka. Ada juga yang sedang berbisik-bisik.
" You ingat I peduli semua tu ka? Am, you jangan cakap dengan I yang you setuju dengan rancangan bodoh tu. Hello, Am kita ni bukan di zaman, dimana ibubapa yang mencari pasangan untuk anak mereka. Kolot tau tak semua tu. " Girlfriend mana tak melenting kalau kekasih hati beritahu perkahwinan dengan perempuan lain.
Am adalah lelaki yang dapat memberi kemewahan dan kesenangan dalam hidupnya. Dia akan pastikan Am menjadi miliknya bukan perempuan lain. Perempuan mana yang sanggup lelaki berharta jatuh ke tangan orang lain.
" Sayang , rancangan bodoh tu rancangan parents I . So jaga sikit bahasa you tu okey." Walaupun Am berkata dengar nada yang lembut tetapi sangat tegas. Linda tahu yang Am amat hormat dan sayang kepada Auntie Lia dan Uncle Nazzrin. Semua kata-kata mereka pasti Am dengar. Dasar anak mak!
" I minta maaf, Baby. Tapi you tahu tak sakit hati I ni bila dengar you nak dikahwinkan dengan perempuan lain. I cintakan you lebih dari segala-galanya, Baby." Memang betul dia sayangkan Am lebih daripada segala-galanya.
" Hello, sayang. You kan tau yang kuota I untuk berkahwin ada empat. You kan boleh jadi isteri kedua I. Empat isteri pun I mampu okey ini kan pula dua isteri." Am tergelak dengan lawak bodohnya itu. Memang dia diberi peluang berkahwin empat kerana baginya dia lebih pada mampu tapi cukup la satu bagi dia.
" You ingat I ni apa? Hello Am, sekarang bukan masanya untuk bergurau okey. Sekarang memang la you kata you nak kahwin tapi tak cinta. Nanti you datang dekat I kata you ada anak tapi tak sengaja. You think I'm that stupid." Dia cukup takut kalau ada perempuan yang berjaya memikat hati Am. Siapa tak kenal Engku Fahad Irham. Jutawan termuda dan terkacak di Malaysia. Wajah Am juga pernah keluar di dalam majalah, televisyen dan internet.
" You ni sayang. You jangan risau I tak akan cintakan dia. Lagipun I buat semua ni untuk parents I. Mereka berhajat sangat bermenantukan perempuan tu. I tak sanggup nak kecewakan hati mereka. You pun tahu I sayang mereka lebih dari I sayang diri I kan? Mereka banyak berkorban demi I. So I harap you faham okey. Lagipun I cuma nak balas dendam saja. Biar perempuan tu terseksa!" Pujuk Am. Memang betul dia sanggup lakukan apa saja demi Mama dan Papanya. Cuma dia masih tidak faham perasaannya terhadap Zara.
" I tahu. Okey macam ni kalau you nak kahwin juga dengan perempuan tu. You kena janji yang you tak akan sentuh dia langsung. Sebab I tak mahu husband I 'second hand'. Faham tak! Jadi sekarang I nak you bawa I pergi shopping." Ingat senang-senang perempuan tu nak dapat Am. Aku akan pastikan Am jatuh ke tangan aku dan aku jadi puan muda di Villa Prince Charming. Sudah memang menjadi perangai Linda yang suka mengikis harta Am. Tapi Am saja tidak sedar. Cinta itu buta!
"Ish you ni. I akan ceraikan dia. Jangan risau okey. Okey, you beli la apa yang you nak. Ini sebagai hadiah pujuk you. Okey sayang." Am cuba memujuk Linda.
YOU ARE READING
LIFE ISN'T A FAIRY TALE
RomansaEngku Fahad Irham dan Azzahraa Kayla ibarat angin dan ribut. Pasti akan bergaduh dan bertikam lidah akibat ego masing-masing. Tanpa mereka sedar mereka merupakan kawan baik ketika kecil-kecil dahulu dan merindui antara satu sama lain. Tetapi apabila...