BAB 10

29 2 0
                                    

Sudah tiga hari dia kurang berehat. Susah juga bila buat wedding ni. Maybe kalau wedding dengan orang kita cinta takla sepenat ni. Family Am menghadiahkan rumah Banglo tiga tingkat. Yang menyakitkan hatinya Am kata tak mahu orang gaji sebab dia tak mahu ada orang kacau 'honeymoon' kami berdua. Bodoh! Dia ingat aku bibik apa. Dah la bilik kami tingkat atas.

" Assalamualaikum, boleh tak saya masuk ni. Nanti tak pasal-pasal dapat 'free show' pula." Lepas habis majlis persandingan di Hotel Gurney. Mereka terus balik ke Villa yang dihadiahkan oleh keluarga mereka. Pertama kali dia berdua-duaan di bawah satu bumbung dengan perempuan. Adat family Zara selagi tak bersanding suami dan isteri harus dipisahkan. Supaya tak hilang seri.

"Am, kau kena kuat. Ingat pasal apa kau kahwin dengan dia. Jangan rampas harta berharganya jika kau tak cintakan dia." Am menasihati dirinya.

Am nak masuk! Zara terus melompat ke arah katil. Dia buat-buat tidur. Hatinya takut kalau Am apa-apakan dia. Dia merasakan seperti ada orang duduk di atas katil itu. Kepalanya terhantuk di bucu katil. Mahu bengkak sebulan ni. Adoiiiii.

" Kau bangunla. Aku bukan nak buat apa pun. Aku nak bincang pasal kita ni. Jangan ingat aku ni bodohla ye. Takkan la kau tidur dengan baju pengantin ni. Nak tipu pun agak-agakla, wahai sayang. Aku bukan baru lahir semalam." Ada tidur pakai baju pengantin. Takut aku apa-apakanla tu. Zara masih membatu. Selepas beberapa minit baru dia bangun sambil tersengih-sengih.

" Awak janji jangan apa-apakan saya ye. Saya ada belajar silat." Zara memeluk tubuhnya. Am hanya tergelak nakal.

" Kenapa kau nak aku apa-apakan kau ke? Well kau pun halal untuk aku so tak salahkan. Dosa tahu kalau tolak permintaan suami." Am tersenyum nakal. Dia hanya ingin menguji dan mengusik Zara. Am mendekatkan dirinya dengan Zara.

" Aw..awak ja..jangan nak macam-macam. Saya tumbuk baru awak tahu." Zara menunjukkan penumbuk tepat ke muka Am.

"Kau jangan takutla. Aku tak kan sentuh kau. Macam ni, kita kahwin atas dasar paksaan keluarga. Tapi aku tak mahu kita ada kontrak yang merepek tu. Daripada segi agama dia Haram. Jadi bagi aku biarla kita teruskan kehidupan macam ni. Kalau betul kita ni ada jodoh, kita teruskan. Kalau tak, kita serah semua ni di tangan Allah.

Aku harap kau faham. Apa pendapat kau?" Dia tahu perkahwinan ni bukan benda main-main jadi dia sudah sedia untuk memikul tanggungjawab sebagai suami cuma dia tahu Zara mungkin tak mahu menjadi isterinya.

Zara amat terkejut dengan kata-kata Am sebentar tadi . Zara setuju dengan cadangan itu. Mereka perlu redha kerana sekarang mereka sah menjadi suami isteri.

" Saya setuju. Kalau awak nak kahwin lain pun saya tak kisah. Scara terus terang saya belum bersedia untuk menjalankan tanggungjawab saya. Saya harap awak izinkan. Saya tak nak jadi isteri yang derhaka." Zara akur kalau Am mahu berkahwin dengan kekasih-kekasihnya di luar sana yang lebih cantik dan bergaya.

" Bagus kalau macam tu. So kau nampak pintu tu? Itu pintu yang sambungkan bilik kita berdua so kalau ada apa-apa kau boleh panggil aku. Tapi Mama Lia ingat itu bilik stor . Jadi senang if mereka datang tidur sini. Kita 'selamat'. Itu pula bilik almari kau. Tu pula toilet kau. Aku izin dan aku tak akan minta apa apa. Cuma aku harap kau boleh jaga makan pakai aku. Aku minta maaf sebab kita terpaksa berpisah tempat tidur." Terang Am sebiji macam warden asrama.

Dia tahula. Dia bukan budak kecil yang perlu tunjuk ajar. Tapi nampak di situ sikap tanggungjawab dia. So sweetla kononnya. Dia tak sedar yang Am sudah berjalan ke biliknya.

" Zara tolong kunci pintu ye. Aku takut aku masuk bilik kau malam nanti. Kau faham-faham sajala kan. Aku lelaki. Benda dah halal, aku takut aku tewas." Serious muka Am. Am sudah menutup pintu biliknya.

Disebalik pintu tersebur ketawa Am. Muka cuak Zara membuatkan dia tidak dapat menahan tawanya. Padan muka!

Tik. Bunyi pintu di kunci. Hahahah. Tahu pun takut macamla aku tak ada kunci.

" Hai, ingatkan dah kahwin bolehla tidur disamping isteri. Tapi sama juga macam hidup membujang. Tidur sorang-sorang. Nasib nasib. Bantal peluk juga jadi teman." Am bercakap seorang diri. Hati lelakinya sedih mengenangkan nasibnya.

****

Azan subuh sudah berkumandang. Siapa yang mendengarnya pasti sangat menenangkan hati. Bilik Am masih gelap. Pemalas nak bangun subuh. Ada hati nak jadi suami. cikk podahhh.

Zara segera membersihkan diri untuk menunaikan solat subuh. Sayu hatinya bila harapan untuk berjemaah dengan suami musnah.

Lepas dia selesai solat. Dia turun ke tingkat bawah untuk menyediakan sarapan pagi. Walaupun mereka bersetuju hidup seperti 'teman serumah' tetapi tanggungjawab tetap tanggungjawab.

" Hari ni nampaknya kena pergi beli barang rumah. Ada ayam dengan telur ja. Nak buat apa ni. Ha!nasi goreng express. Zara bercakap seorang diri. Walaupun dia bukan sepandai ibunya di dapur tapi masih belum pernah ada orang keracunan makanan sebab makan masakannya. So kira okeyla tu.

"Arghhhh mengantuknya. Pukul berapa ni? Aduh pukul 6.50 dah." Menjerit Am melihat jarum jam di dinding. Dia segera membersihkan diri supaya tidak 'terbabas' solatnya itu. Alhamdulillah, masih sempat. Am memandang bilik 'jirannya'. Dia hanya mampu mengeluh dan menggeleng kepadanya.

" Harap saja pakai tudung tapi liat nak bangun subuh. Biarla kubur masing-masing." Walaupun dia sedar yang Zara kini tanggungjawabnya. Am berlalu tanpa melihat katil Zara. Dia terus turun untuk mengisi perutnya yang sudah 'beropera'.

Terkejut dia melihat ada tudung saji di atas meja makan mereka. Dia membuka tudung saji itu dan melihat ada 'nasi goreng bodoh' dan telur goreng. Dia baru perasaan ada post it note berwarna kuning di atas pinggan kosong.

"awak saya ada class pukul lapan. saya keluar awal sebab takut jalan 'jam'. So awak makanla ye nasi goreng tu. Saya minta izin awak ye. Maaf saya keluar rumah tak beritahu awak. Pukul dua belas,In Shaa Allah,saya balik."

From Rara

Tersenyum manis Am bila melihat pesanan itu. Dia tahu Zara seorang perempuan yang baik. Dia patut mendapat lelaki yang lebih baik daripadanya. Am menyimpan kertas itu di dalam poket seluarnya. Dia terus menjamu selera. Am tidak sedar yang sudah semangkuk nasi dia habiskan.

Nasi goreng yang di masak oleh Zara sangat sedap. Kalah masakan hotel mahupun chef-chef luar Negara. Itula berkuasanya air tangan seorang isteri. Macam mana badan tak macam dorami. Pandai masak. Am naik ke tingkat dua untuk ke ruang tamu. Dia mendapat cuti 2 minggu oleh Papanya untuk 'honeymoon'. Tapi memandangkan Zara sekarang final year jadi mereka menangguhkan 'honeymoon' mereka tu. Susah kahwin dengan 'budak-budak' ni. Mengeluh Am.

" Ish, duduk rumah macam anak dara ja aku ni. Tapi malas pula nak keluar. Ha! baik aku jalankan projek aku dekat bilik stor dekat loteng. Sementara dorami tu tak ada. Kau ada mesti pot pet pot pet tanya macam-macam. Dia segera ke loteng untuk final projeknya. Bibir kemerahan yang menunjukkan dia bebas daripada rokok mahupun shisha, tersenyum.

LIFE ISN'T A FAIRY TALEWhere stories live. Discover now